Tuesday, November 16, 2010

Being. Random [again]

Sekejap je dah 5 bulan aku kahwin. Tapi tiap kali jumpa rasa macam baruuu jek kahwin. Ye. Aku dan hubby masih lagi belum duduk bersama. Hubby di Cyberjaya. Aku masih lagi setia di Melaka.

Setiap hujung minngu hubby balik lah ke sini. Tapi kalau ada agenda lain dekat KL, aku pulak yang kesana.

Jarak jauh bukan mudah. Semua kena ambil kira. Tentang hati dan perasan terutamanya. Contoh: Tengah baca buku Jaja & Din tiba-tiba ada satu part rasa sedih. Sedih sangat sampai nangis tersedu-sedu. Sedih rasa nak ada hubby dekat sebelah. Tapi tengok sebelah hubby tak de. Yang ada cuma Atam. [Atam adalah teddy bear yang hubby bagi sebagai peganti diri hubby [kononnya].]



Telefon? Telefon hanya dapat dengar suara. Tak membantu bila emosi seperti itu muncul secara tiba-tiba.

Akhirnya kena pujuk diri sendiri. Kena bagi tahu hati supaya sabar. Kena bagi tahu hati supaya tabah.

Hmm. Oklah. Sebenarnya situasi di atas bukan contoh. Benda tu memang terjadi dekat aku few weeks back.... heh

Petang ni hubby balik. Esok Hari Raya Aidiladaha.

Selamat menyambut hari raya qurban ya.

Semoga pengorbanan yang di buat mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

2 comments:

ederq said...

sabar sirn. aku doakan korang cepat2 dpt dok sama2. huhuh.

oh ya, video call adalah lebih membantu dari call biasa. hehe.

selamat hari raya!

aNoi said...

Ederq,
Mekaseh!

Video call eh? maka haruslah beli henpon baru kan kan kan? Sebab henpon skang tak leh buat video call.. hehe