Thursday, November 4, 2010

Hati.

Ah. Melankolik pula rasa hati hari ni.

Diri merasa ada sesuatu yang kurang.

Ada bahagian yang tiba-tiba hilang dan tak tahu nak cari di mana. Tapi aku sendiri tak pasti 'bahagian' itu merujuk kepada apa.

Konflik dalaman?
Eh aku bukan lagi remaja belasan tahun yang terjerat dalam cinta anak-anak remaja. Ataupun berasa kecewa sebab tak dapat baju yang di mimpi-mimpikan.heh.Bukan bukan.

Hati Pecah?
Juga bukan. Ok tipu. Adalah sedikit. Tapi bukan itu yang hilang. Hati aku masih di sini.

Habis tu?
Entah. Kan aku dah cakap tadi aku tak pasti apa. Kalau aku tahu mestilah aku tak rasa seperti ini kan?

Tak cuba cari?
Nak cari dekat mana? Bawah katil? Dalam laci?

Cari dalam diri sendirilah. Yang pergi cari dekat tempat tu buat apa!
Dah. Tapi tak jumpa

Cari lah lagi! Cari sampai jumpa!

Oi hati, diam boleh?

1 comment:

iza said...

hati awk dh ilang sebelah eh senah??sabar ye..nnt hubby u blk, complete r semula..hihi