Tuesday, November 2, 2010

Makan Sedap. Harga Murah.

Penggunaan tajuk tak boleh blah!haha. Saja nak bakar korang pergi kedai makan ni. Pada sesiapa yang makanan kegemaran adalah haiwan di laut, sila lah berkunjung ke gerai ikan bakar haji musa di Alai. Eh. Macam tak sopan lah cakap haiwan di laut. Eh. Bukan kah ikan + udang + sotong adalah haiwan. Kang panggil binatang lagi tak senonoh. ^^

Maka sempena kepulangan ahli keluarga ke rumah setelah seminggu di tinggalkan bersendirian (T__________T) Sabtu malam kami ke Alai. Kami tu aku & hubby, Ma & anak buah aku. Abah tak nak ikut sebab Abah ada kelas mengaji malam tu. Anaknda Abah yang kureng ni cuba menghasut: 'Ala Abah ponteng jelah'. Tapi ko ingat Abah aku nak ponteng? Tak da lah Abah nak ponteng. Abah kata Abah dah lama tak jumpa Ustaz tu. Tapi Abah kata nanti tapaukan jek. Eheh. Comel lah Abah.

Sampai dekat sana dalam pukul 8.30. Punyelah ramai umat manusia. Cheh. Salah timing lah. Hujung minggu pada bulan pertama. Macam mana boleh tak teringat daa. Tapi nak makan punya pasal kami tunggu juga untuk dapat seat yang best.

Sambil-sambil tu pilih lah nak makan ape. Akhirnya dapat jugak seat. Dalam setengah jam jugaklah lauk pauk siap. Layan gambar je lah ye.


Sotong Goreng Tepung


Udang goreng butter


Ikan jenahak bakar


Ikan jenahak tiga rasa & ikan pari bakar


Tiada dalam gambar: Ketam masak black paper

Total damage: RM125

Kaching!

Bagi aku berbaloi-baloi lah sebab dapat bawak balik untuk Abah lagi. So kepada sesiapa yang datang ke Melaka, sila lah ke Kedai Ikan Bakar Haji Musa di Alai.

Insyallah sedap!

3 comments:

InaKay said...

jahatnye!!!! saje tau buat aku terliur... :P
beb, ni tempat kita makan masa aku dgn huda dtg haritu eh?

aNoi said...

babe.... ehehehhhe.. ni kedai sebelah dia.. nanti ko datang aku bawak ko g makan kat sini, hokeh? ^^

PurPLe LaDy AiFA said...

thanks anoi!! hehe. ikan jenahak tu nmpk juicy!