Friday, December 31, 2010

Kisah.2010.

Akhirnya 2010 telah sampai ke penghujung. Bagi aku, 2010 mempunyai kisah klasiknya yang tersendiri. Penuh dengan warna-warni. Penuh dengan dengan cerita itu ini.

So aku nak recap balik sepanjang tahun 2010.


Januari.


Pengumumam tentang tarikh perkahwinan telah di buat. Oh. Perasaan artis lah pulak sebab nak umum tarikh. Tapi memang sejak aku tunang pada Mei 2009, awal tahun baru aku bgtau seantero dunia yang aku dah tunang & akan berkahwin. Hati berbunga riang.


Februari.
Mula sebok dengan persedian mahu kawen. Telah ke Jakarta bersama Meklah. Ya. Kiteorang berdua sahaja tau. Memang adventure abes lah. Satu benda yang tak cerita kat sini ialah: Kami pernah tersesat masa naik bajaj tu. Nasib baik driver tu baik hati hantarkan kami ke stesen teksi. :D

Mac.
DANAU ke Bali! Oh. Trip kali ni memang super duper seronok. Sampai sekrang termimpi-mimpi mahu kembali ke Pantai Kuta.


April.
Semakin sebok dengan persiapan kawen. Pening kepala di buatnya.

May.
Dalam kesebokan untuk hari gembira, kami menerima berita sedih. Abang Musa akhirnya bertemu Maha Pencipta akibat penyakit kanser yang di hadapinya. Al fatihah untuk Abang Musa.

Jun.
My Love Story. Alhamdulillah. Aku sah menjadi isterinya. Hubby, I love U! ehehe


Julai.
Bullllllllllan madu di awan biru. Tiada yang menggangu. Kami ke Sabah! Oh. Nak pergi lagi!

Ogos.
Ma kena tahan wad. Berkampung seminggu dekat Ampang Puteri. Dugaan di bulan ramadahan.


September.


Selamat hari raya! Tahun ni beraya di Ipoh! ^^


Oktober.


Reunion 10th Year Sekolah Tun Fatimah. Adalah sangat happening!!

November.


Bercuti ke Bukit Merah. Dapat makan Mee Udang yang sedap juga!

Disember.


Bulan makan. Kenduri sangat banyak. Hubby, jangan salahkan saya sebab saya gemok. Salahkan lauk pauk kenduri yang sedap tu. hehe

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana menang Piala Suzuki. Sila kekalkan & tingkatkan prestasi anda.Tak yah lah bercinta denagn artis *cough*. Tu pendapat aku jelah.

Hmm

Pejam celik dah nak masuk 2011. Tak lama lagi 2012. Beberapa tahun lagi masuk tahun 2020.

Selambat menyambut tahun baru 2011 ya.

Semoga azam 2010 dah tercapai & teruskan azam 2011 pula.

oh.

Aku berazam nak dapat Anoi Jr. untuk tahun 2011 ni.

Tolong doakan ye...

3 comments:

syiekin azam said...

anoi,

aku doakan ko dpt Anoi jr..kalo bukan Anoi Jr pon, Anuar Jr pon ok gak..amiiin...

mish u my fren..muah2 from aish budak masham..dgn mama aish jugek..:D

amiza said...

semoga cepat dpt baby!!yg penting berusaha .. :)

aNoi said...

Syiekin & Amiza:

Thanks for the doa. Baeklah aku akan berusaha sejaya mungkin.hehe