Thursday, December 23, 2010

Lewat.Senja

Masih lagi di pejabat. Sambil-sambil tunggu video ni habis render, update lah blog yang dah agak bersawang ni.

Maka nak cerita tentang Majlis Makan Malam bersama tokoh di HOtel Rennasaince, Melaka. Majlis berlangsung pada hari Selasa malam Rabu. Tokoh kali ni Menteri Kewangan II. Cuba teka siapa?

Oh. Yang pakai baju warna biru tu jawab betul!

YB Datuk Seri Ahmad Husni.

Malam tue hidangan chinese course. Tapi kalau dah tekak melayu, masih juga cari apa-apa yang sedap untuk menambah selera. Ikan Siakap stim dia adalah out. Sedap lagi yang dekat Pandan Indah tu.

Majlis habis dalam pukul 12 lebih. Sempat bergambar dengan Datuk Ali.

Oh. Sebenarnya nak tanya satu soalan kepada Datuk Seri Ahmad Husni. Tapi saya malu nak tanya.





Ayat kontot-kontot. Nampak sangat tak ada idea nak tulis apa.

Oh. Tentang soalan yang di tanyakan. Saya tanya di sini sahajalah.


Soalan saya:

"Adakah pendedahan yang telah dibuat atau akan dibuat oleh WikiLeaks akan menggugat kestabilan ekonomi negara pada hari ini atau merencatkan pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang?"

1 comment:

Ichi said...

terima kasih ye letak gambo2 i ngan tok ali di sini..miahahaha...
p/s : sy pulak nyaris2 nak btau tok ali yang melaka johan hari tu masa kat upsi..haha