Monday, December 13, 2010

Oh.Penat!

Hujung minggu baru ini telah menyebakan badan berasa sedikit sengal-sengal. Padan lah muka sendiri kan sebab dah lama tak bersenam. T___T

Hari Sabtu, Ma buat acara makan-makan keluarga bersempena kepulangan Pak Cik & Mak Cik dari menunaikan Haji. Menu ayam padprik, ikan bakar, lemak pisang + udang, urap, ulam-ulaman & sambal belacan.

Dalam fikiran tak lah ramai, keluarga dekat-dekat ni je mestilah tak ramai sangat. Sekali bila semua datang, dah macam kenduri jadiknya. Riuh rendah macam nak kenduri kawen. hehe

PakCik di jangka sampai tengah hari tapi sebab flight delayed, pukul 5 petang baru sampai rumah. Alhamdulillah Pak Cik & Mak Cik sihat. Malm tu memang flat. Tak terdaya dah nak kemaskan pinggan mangkuk.

Hari Ahad, kami berpadu tenaga kemaskan rumah. Susun pinggan, susun periuk, susun cawan. Semualah benda nak kena susun. Selesai semua kerja kiteorang pergi Gunung Ledang! Cakap jek penat tapi kalau nak berjalan, kite orang takde hal. hehe. Kanak-kanak gerak dulu sebab mak-mak nak siapkan makanan.

Sampai dah tengah hari gak. Aku & hubby konon nak mandi kat area yang paling atas sekali. Ya Ampun.. rasa nak tercabut lutut panjat sampai atas tu. Baru panjat sikit dah pancit kalau panjat Gunung Kinabalu tah cam mana lah.. T__________T

Tapi bila dah sampai kat tempat mandi atas memang berbaloi lah. View sangat cantik. Air sangattttttttt sejuk. Orang yang mandi pon tak ramai sangat. Siapa yang rasa ada plan nak ke Gunung Ledang. Silalah mandi yang kat atas sekali ya!

Sampai rumah barulah perasaan penat tu muncul semula. Malam pulak hantar hubby ke stesen bas. Hubby dah balik kena balik KL.

Hmm..

Kenapalah hujung minggu bukan 3 hari ye?

1 comment:

dyra said...

true! kalaulah weekend adalah 5 hari & weekday 2 shj!

nice kan? hihihih