Thursday, December 16, 2010

Selamat Hari Jadi Mak!


Mak,
Hari ni hari jadi Mak. Malam tadi masa kiteorang balik dari rumah Mokda, kiteorang ingat nak nyanyi kuat-kuat lagu happy birthday to you. Tapi takut nanti ganggu pulak rumah Cikgu Munah tu.

Mak,
Sebelum pergi kerja pagi tadi dah salam Mak dah cium pipi Mak macam biasa dah cakap Happy Birthday to u mak!
Tapi rasa dalam hati macam tak cukup jek. Tak tahu nak berikan hadiah apa sebab dalam dunia ni tak ada hadiah yang boleh membalas kasih sayang Mak pada orang. Tunggu nanti orang dah kaya, orang belikan semua apa yang Mak nak. Mak sebut jek nanti.

Mak,
Selamat Hari Jadi
Semoga Mak di beri kesihatan yang berpanjangan
Di murahkan rezeki
Di lanjutkan usia
dan semoga sentiasa Mak berada di bawah lindunganNYA

Orang sayang Mak
Sayang sangat.

No comments: