Thursday, December 29, 2011

Bouncer

Instead of getting a cradle for the littlecaliph, I'm wishingthinking to have this one:



BABYBJĂ–RN Babysitter Balance Air Black Mesh

Kaching!

Money o money.

Where are you honey?

^^

Friday, December 23, 2011

Risau.

Hari Rabu baru ni ada checkup. Kandungan dah masuk 36 minggu.Pagi checkup dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Nurse comel kata semua ok. Littlecaliph pon dah turun bawah tapi belum enggaged.

Lepas checkup dekat klinik terus ke provate hospital untuk 2nd checkup. Cadangnya kalau bersalin normal, nak bersalin dekat situ.

Masuk bilik, doktor cakap-cakap kejap pastu doktor scan perut.

"Eh.Baby awak ni breech lagi lah"

Ek? Tadi kat klinik nurse kata baby ok dah turun bawah.

"Ye ke doktor?". Saja nak kepastian.

"Iye..ni kepala dia dekat bawah rusuk kanan ni."

"Oh. Saya ingat tu bontot dia...abes cam mana doktor?".Rungsing dah rasa.

"Jom duduk, kita bincang"

Masa tu rasa cool lagi sebab ingat baby masih boleh pusing-pusing. Baru 36 weeks kan..still have time apa..

"Saya bagi masa seminggu. 29hb awak datang check balik, kalau still breech, 30hb kita buat elektif ceaserean"

Ok.Aku dah terkejut. Takkan lah takde option laen? Aku terkejut sampai tak boleh nak tanya apa.

Naseb baek hubby teman sekali. Dia yang banyak tanya doktor itu ini.

Hubby request nak operate on the 1st week of Januari 2012. Tapi doktor tu macam berat hati jek sebab dia kata dia cuti sampai 3hb.

Dalam kereta memang diam tak bercakap. Kalau betul nak kena operate, aku lagi prefer GH. Operation dekat private, 6-7k tak apa-apa. Itu pon kalau semua berjalan lancar. Kalau tak, kena top up lagi.

Lepas bincang-bincang, kiteorang decide nanti nak pergi semula klinik kesihatan utk mintak referal letter ke GH. Minggu depan lah kononnya baru nak pergi.

Malam tu, memang buat semua tips yang baca kat internet supaya baby turun. Kalau boleh biarlah czer tu is the last option.

Semalam plak, around 1pm, ada blood spotting. Oh my. Lagilah cuak. Sebab takut baby dah nak keluar & risau dengan kedudukan baby yang masih songsang.

Terus called hubby suruh picked up dekat opis & pergi klinik kesihatan. Sesambil tu mmg monitor lah kot ada contraction ke or air ketuban dah pecah ke. Naseb baek takde lagi.

Sampai dekat klinik, nurse bising tanya nape tak ke spital. Errr..entahlah sebab rasanya belum sampai masa kot..tue yang ke ke klinik dulu.

Tak lama lepas tu, doctor panggil untuk scan. Sebelum tu dia tanya itu ini pasal last chek up dengan private hospital tu.

Now masa yang ditunggu-tunggu. Let's take a look at you littlecaliph!

Guess what.the baby is almost engaged! Kepala dia betul dah dekat bawah. Masa tengok tu rasa syukur sangt-sangat. Alhamdulillah!

Nurse-nurse pon senyum besar. "Naseb baek awak datang sini dulu."

Sungguh rasa lega sangattttt. Due to blood spotting, doktor suruh bed rest. Dapatlah MC hari ni...

So now, tak sure sama ada nak teruskan hasrat untuk deliver dekat private hospital or GH. Kalau dulu memang hati berat ke private tapi lepas kes yang ni, hati dah berat ke arah GH.

Harap-harap semuanya akan di permudahkan oleh ALLAH.

Littlecaliph sayang,jangan pusing naik atas balik ye.

Oh, littlecaliph keluar Januari 2012 ye sayang...

Mama & Abah love you!

Friday, December 16, 2011

Selamat Hari Jadi, Mak!

Mak,
Selamat Hari Lahir yang ke 65
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan pada Mak
Semoga Allah sentiasa melindungi Mak walau di mana Mak berada
Semoga Allah melimpahkan rezeki yang banyak untuk Mak
Semoga Allah pinjamkan Mak pada Anoi untuk seribu tahun lagi


Anoi sayang Mak
Sayang sangat-sangat!
Selamat Hari Jadi Mak!

Thursday, December 15, 2011

36 minggu.

Semalam pergi checkup 36 minggu dekat klinik gomen. Rutin biasa, sampai dekat klinik letak kad merah. Tunggulah sampai nama kena panggil.

Dah panggil, kena timbang berat badan dulu. Yes!!!!!! Berat badan turun. Errrr... turun sebanyak 400gram. Nampak sikit tapi memberi makna yang besar woooooooo.

Pastu adalah lagi prosedur-prosedur dia. Last sekali jumpa dokter.

Masa doktor check, aku tunjuk lah scan yang hospital pantai buat. Aku tanya lah rasanya bila baby akan kuar.

Doc dengan muka yakin jawap: "Dua-tiga minggu lagi ni awak bersalin lah"

Ek?

EDD aku 14.Januari.2012

Kalau 2 minggu dari minggu ni means minggu terakhir bulan 12.

No no no no. Kenot kenot.

Sebab dah target nak baby tahun 2012 gak.

Littlecaliph, keluar masa 2012 ye sayang ye....

Kalau 1.1.2012 takpe. Mama suka. hehe

Maka sekarang ni dalam fasa berjaga-jaga.

Baju baby dah lama ready. Tapi aku nya belum lagi...ngee. Satu apa pon tak packing lagi.

Braxton hicks sekali-sekala dah memunculkan diri. Still bearable lagilah. Kengkawan kata kalau real contraction errrrrrr terlalu sukar untuk digambarkan sakit tue macam mana.

Aku dah set mind yang contratcion tu tak sakit(eceh) dan masa deliver tak nak kena inject dengan epidural.

Mudah-mudahan di permudahkan ALLAH...

Littlecaliph alhamdulillah sihat. Sekali-sekala bila dia buat tendangan padu memang terasa senaknya.

Hari tu hubby dok cakap-cakap dekat littlecaliph. Entah apa yang dia cakap tetiba littlecaliph tendang.

Tak tau lah tu tendang tanda setuju ke tanda bantah.

Kehkehkeh.

Next week ada check up lagi. Nurse comel kata kalau dah kena start checkup tetiap minggu sampailah bersalin nanti.

Semoga semuanya baik-baik sahaja. :)

Friday, December 9, 2011

Gadget untuk BF.

Sejak dapat tahu yang aku mengandung, aku dah pasang niat untuk BF secara esklusif littlecaliph sampai dia berusia 2 tahun. Tiada susu formula atau yang sewaktu dengannya sampailah dia berusia 6 bulan. 6 bulan baru boleh start solid food tapi still kalau boleh, aku sendiri yang akan preparekan solid food untuk littlcaliph.

Sebagai permulaan, aku google keperluan-keperluan yang perlu disediakan. Dari breastpump sampailah jenis freezer yang mana nak digunakan. Yelah takkan nak share freezer yang dah ada kat rumah tu. Nanti tak pasal-pasal dapat susu ibu berperisa ikan parang. hehe

Breastpump, ikut dari review yang terbaik adalah Medela Fresstyle. Gigih lah survey harga untuk freestyle ni. Once dah jumpa, mak aihhh...memang boleh pengsan lah tengok harga dia. Tapi kalau hati sudah sukaaaaaa, memang masa tu rasa sanggguupppppp jek!

Gigih lagi carik harga yang paling best dekat pak cik gugel ni. Akhirnya, alhamdulillah di temukan dengan blog Kak G: http://www.anakibushop.blogspot.com yang boleh buat sistem kutu. Yey!! [lompat bintang]. Maka tak adalah terasa duet tu sekelepuk hilang.

Mesti ada yang question:

Kenapa tak cari breastpump yang biasa-biasa jek?
Hurmmm....mungkin sebab aku terpengaruh dengan review-review dekat pakcik gugel, so memang hati ni nakkkkkk jugak yang freestyle. Alah membeli, menang memakai :) Insyallah boleh guna sampai adik-adik littlecaliph nanti.. ^^

Kompem ke nanti ada air susu? Kalau tak ada nanti cam mana?
InsyaALLAH ada. Setiap ibu yang mengandung memang ada susu ibu. Kalau rasa sikit, kita sendiri kena usaha supaya susu tu jadi banyak. Insyallah ADA!

Tak susah ke nanti bila dah naik kerja?
Itulah sebabnya kena buat persediaan awal :)

Maka semalam, aku pon telah pergi ke rumah Kak G nak ambil breastpump.. Dekat jek dari tempat kerja aku ni. Senang lah nak rujuk kalau ada apa-apa masalah dengan breastpump ni.

Kak G yang peramah. Macam dah kenal lama jek bila borak dengan Kak G ni. Selain dari breastpump, aku beli Bumble Bee storage bottle. 1 kotak ada 10 botol = RM30. Aku beli 5 kotak terus. Konon nak carik masa Baby Expo dekat Midvalley bulan lepas. Tapi tak pergi ponnnn. Naseb baek Kak G ada jual. Harga pon lebih kurang sama. Jimatt duit minyak & tol.hehehe



Tambah lagi cooler bag & ice cool pack. Ish. Memang tak boleh duduk lama-lama kat rumah Kak G. Nanti adaaaaa jek nak terbeli lagi. :P

Pastu Kak G bagi lagi free gift. Bestttt! Thanks Kak G!

Maka readers, boleh ke: http://wwww.anakibushop.blogspot.com ya. Macam-macam ada! :)

Rasanya dah complete dah gadget untk start breastfeeding.

Mudah-mudahan ALLAH permudahkan niat aku nak BF littlecaliph.

Aaaaaaaaaaaaaminnnnnnnnnnnn!

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Persediaan untuk menyambut Littlecaliph

Now dah masuk 33 weeks. Kaki dah mula membengkak. Tido semakin kurang lenanya. Kalau dah duduk lama-lama, nak bangun tu memang dengan susah payah. Rasanya mommy-to-be pon mengalami simptom yang sama kan? Especially bila dah masuk 3rd trimester ni.

So far rasanya dah cukup barang-barang untuk littlecaliph ni.

Baju lengan pendek - Checked
Baju lengan panjang - Checked
Baju lobang-lobang - Checked
Mittens - Cukuplah 2-3 pasang. Memang tak nak pakaikan dia mitten. hehe
Booties - Checked
Napkin - Checked
Towel - Checked
Blanket - Checked
Barut - Checked! (Barut turun-temurun!)
Set tilam - Checked
Toileterries - Checked

hasil pembelian secara pukal

lipat dulu cantik-cantik simpan dalam bakul


bersedia untuk dibasuh!

Setakat ni rasanya cukup dah tu. Kalau agak-agak tak cukup, nanti mama order dekat Ommi suruh belikan. Ok Ommi? hehe

Since dah berazam dan bertekad untuk bagi anak mama ni susu yang terbaik di dunia, maka mama & abah pon dah siap bersiap-sedia dengan segala gadgetnya:

Breastpump
Storage bottle
Bottle
Steriliser



Ha. Steriliser ni baruuuuuu sampai dekat opis. Alhamdulillah sangat-sangat sebab dapat beli dengan harga yang murah. Dapat free 3 botol susu lagi. Buat masa ni memang tak perlu beli lagi botol susu. (Tapi kalau sesiapa ada jual organickidz punya botol susu, sila maklumkan kepada saya. Terima kasih. ^^)

Chest freezer jek belum beli lagi. Ni pon kena tengok dulu. Kalau rasa peti ais kat rumah tu boleh support, tak payah dah nak beli. Tapi selalunya, peti ais tu penuhhhhhhhhhhh jek. hehe

Littlecaliph jangan keluar dulu tau. Tunggu Januari 2012 baru keluar ye sayang.

We loveeeeeeee you! <3

Wednesday, November 16, 2011

Monday, November 14, 2011

Minggu Ujian

Belom sempat aku nak update pasal bibik baru yang ganti bibik lama, dia dah pon cabut. Cisssss bedebah betul.

Aku pon tak tahu macam mana dia ni yang solat wajib tak tinggal, rajin buat solat sunat & rajin puasa sunat boleh lari ikut jantan kerja kontrak. Apa dia ingat hidup dia akan bertambah senang dengan ikut jantan ni? Jantan ni sanggup nak sara hidup dia ke????

Tahun ni aku balik beraya haji dekat Ipoh. So aku tak bawaklah dia ni. Aku sampai dari Ipoh hari Isnin malam. Tengok dia ok jek. Sehat walafiat. Dalam pukul 11 lebih aku dah masuk tidur.

Esok paginya (Selasa), Ateh ketuk pintu bilik aku. Masa tu dalam pukul 6.30 pagi.

'Anoi ooo Anoi. Kejutkan Nuar'

'Ok-ok dah bangun nak semayang ni.' Ni musti sebab Ateh tengok bilik aku gelap lagi.

'Bibik ko lari ni'

Ah sudah. Bila masa pulak ko sempat lari bibik oiiiiiiii. Dalam masa yang sama, Abah & Ma baru pulang dari masjid. Ateh pon bagitau lah yang rumah gelap gelita jek masa dia bangun. Ma pulak cakap masa Ma nak pergi masjid pukul 5.30 pagi, bibik ni dah bangun & dah start kemas-kemas rumah.

Abah pergi belakang rumah. Tinjau-tinjau kotlah bibik ni pergi buang sampah ke or dia dalam bilik air ke.

Tapi tak ada!

Dalam bilik dia, bag besar dia ada elok bawah katil. Aku pon bukak lah tengok kot ada baju-baju dia.

Tapi tak ada juga!

Yang aku jumpa adalah sekeping surat yang kata dia 'ETI PERGI DARI SINI & JANGAN CARIK DIA LAGI'

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Means, bibik lari antara pukul 5.40 pagi - 6.25 pagi.

Bibik ni manalah tau jalan kat sini so of courselah ada orang yang tolong dia lari. Tak laen tak bukam, pekerja kontrak yang buat rumah sebelah rumah aku ni. Sebab diaorang pon dah cabut lari.

Hanginnn betul lah di buatnya. Pagi tu terus pergi balai polis buat report & pergi imigresen untuk batalkan permit kerja dia.

Permit kerja dia baru siap tak sampai seminggu okeh! Tu yang menambah kegeraman aku. Pastu called agent dia & cerita apa yang berlaku. Agent pon bengang dengan dia ni.

Aku memang tak rasa sedih lah. Cuma aku rasa gerammmmmmmmmm yang membuak-buak.

Ditakdirkan kalau aku terjumpa dia kat mana-mana nanti, tak taulah apa aku akan buat dekat dia.

Hari Jumaat pulak, kuceng yang aku & hubby bela mati kena langgar kereta. Aku ingatkan dia duduk bawah kereta. Rupanya dia pergi berlari ke arah kereta tu masa abah tengah reversed.

Alahai Tomei ku sayang...

Tomei mati memang aku rasa sedey yang teramat. Memang teresak-esak aku nangis cakap dengan Ma supaya jangan tanam dulu sebab aku nak tengok Tomei for the last time. Tapi Ma tak bagi.

Sampai sekarang pon, kalau aku teringat Tomei, mesti aku sedih. T_____T

ALLAH lagi sayangkan Tomei dari aku & hubby sayangkan dia.

Aku hope Tomei happy dengan kawan-kawan dia 'dekat sana'.

Dalam satu minggu yang sama, dua ujian ALLAH bagi kat aku.

Aku percaya hanya insan terpilih sahaja diuji olehMU.

Aku redha ya ALLAH.....

Friday, November 11, 2011

11.11.11 :: Goodbye Tomei ...

Abah telefon.

"Abah nak bagitau ni. Jangan terkejut plak".

Hati berdebar.

"Kenapa bah?"

Hati berdegup kencang.

"Dak hitam ko dah mati".

"Oh.Bila? Macam mana boleh mati?"

Suara sedikit terketar.

"Tadi. Masa abah nak pergi kubur. Abah tak perasan dia duduk bawah kereta. Abah terlanggar."

"Oh. Takpelah Abah. Dah ajal."

.......

Berjurai air mata.

Teringat pagi tadi Tomei lari laju-laju pergi dapur sebab lapar nak makan.

Kalau lambat bagi, kuat jek suara dia mengiau-ngiau. Tak sabar betul!

Teringat pagi tadi Tomei gesel-gesel manja dekat kaki sebelum pergi kerja.

Lepas tu dia ikut sampai depan.

Dia pandang jek sampai kereta jalan.

Comel!

"Kurker jaga Tomei tau!"

Sempat aku jerit dekat kucing lagi satu. Kurker ni dah macam 'abang' pada Tomei.

Suka bergurau & main kejar-kejar dengan Tomei.

Selalu kena buli dengan Tomei.

Tapi Kurker tak kisah sebab Kurker pon sayang Tomei.

Abah kata tadi, Kurker baring jek sebelah Tomei.

Sedih sebab kawan dia dah mati.

Sedih macam aku.

Terima kasih ya ALLAH sebab pinjamkan Tomei untuk aku & hubby walaupun untuk seketika cuma.

Gonna miss you Tomei!
Ya ALLAH, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Wahai Rabb, tunjukanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-MU, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-MU menuju hidayah-MU! Amiin..

Wednesday, November 9, 2011

WORDLESS WEDNESDAY [18]


#$^%&%$!@#$#%#%~_(*_*$%$#%$#%#$%#$%&^*($#@!!#^*

Thursday, November 3, 2011

ROMPERs for your GIRLS



CARTER's Wiggle-in-bodysuits
FOR GIRL

Size: 0-6months
Consist of:
4 pairs of bodysuits
6 pairs of socks

-RM50 (Semenanjung Malaysia)
-RM55 (Sabah/ Sarawak)

+ FREE 1 Lamaze Hand Rattle

Price including shipping ♥

Monday, October 31, 2011

Hi U.

Ah. Lama sungguh blog ni terbengkalai. Maaflah blog, I dah berpaling tadah dengan u. I dah jumpa tempat yang lagi best untuk I bercerita.Dekat mana? Adalah..memang sengaja I tak nak bagitau U. Tapi U jangan risau, I takkan jadi kacang lupakan kulit. I takkan buat u macam habis madu, sepang dibuang bersepah-sepah.

Ni cerita I untuk U:

Esok dah masuk bulan November. Tadi tengok ticker bila nak bersalin, tinggal lagi 79 hari. Cuak pulak rasa. Lagi cuak dari rasa countdown nak kawen dulu. ahem

Dua minggu lepas I kena minum air gula & injection untuk kacing gigi. Malam sebelum tu dah kena puasa. Start dari 12pm sampailah 8 pagi keesokan harinya. Kena ambil darah lepas tu minum air gula. Sebelum ni dengar ramai yang kata air gula tu tak sedap. Boleh buat muntah + azabbbb jek masa nak minum. Tapi I dengan jayanya menikmati air gula tu sampai sendawa. haha. Naseb slow jek I sendawa kalau tak buat malu jek dekat misi tu. Dah settle dekat situ, pergi jumpa misi untuk dengar denyutan lilcaliph . Lilcaliph berbgerak aktif. Tak sabar mama nak tengok wajah kamu. Ikut muka mama ke muka abah? Harap-harap hidung kamu nanti macam hidung abah sebab hidung abah mancung, hidung mama kemek. hehe

Lepas tu jumpa doktor & kena injection kacing gigi. Saketttttttttttttttttttttt yang amat! Tak tau lah sama ada injection ni memang menyakitkan atau misi tu dok buat secara kasar. Ingatkan dah boleh makan, tapi nan ado. Kena tunggu lagi 2 jam untuk ambil darah kali kedua. Maka gigihlah tahan lapar selama dua jam lagi. Balik rumah dulu sementara nak tunggu round ke dua amik darah. Memang masa ni pergi sorang-sorang jek sebab hubby ada kerja yang dia kena settlekan. Cukup dua jam, drive semula pergi klinik amik darah lagi. Memang rasa tak sedap badan masa tu, terus mohon cuti. huhu

Bulan depan misi kata kena inject lagi. Nehiiiiiiiiiiiiii!

Perut dah I lapar. Bye

Tuesday, October 18, 2011

Kurang asam boi betul!

Tadi ada orang post video pasal keburukan yakult. Aku memang tiap-tiap hari minum 2 botol yakult. Err kekadang sehari sampai 3 botol. Bila nampak tajuk video macam tue, of courselah rasa curiousity begitu tinggi. Takutlah kot ada side efek ke ape.

So, klik butang play.

Dia tunjuk sebotol yaakult & sebiji mentos.

Dalam hati eh tak kan lah boleh meletup plak yakult ni.(sebab teringat yang video gula-gula mentos dimasukkan dalam air coke)

Dia bukak penutup yakult & dia masukkan mentos tu.

Lepas tu kuar ayat

"Now watch it closely".

Aku pon tenung lah skrin monitor ni sebab nak tau apa jadi.

Tak lama lepas tu, tau apa yang kuar?

Gambar HANTU yang scary dengan suara yang mengilai!

Terkejut & terlompat okeh!!!!!!

Damn it.

Kurang asam betol.

Terus aku unfriend dengan orang yang post video tu.

Friday, October 14, 2011

Letih!

Letih!

Hari ni aku cuti sebab nak settlekan JP Visa bibik baru ni. Since dah ada pengalaman bab-bab JP Visa ni, alhamdulillah semua dokumen tak ada masalah dan ambil masa sekejap jek untuk tunggu surat penerimaan. Settle hal dekat imigresen, terus hantar dia balik rumah. Lepas tu nak selesaikan lagi dua perkara pulak: pergi FOMEMA & bawak kereta abah pergi Proton Edar.

Sampai dekat FOMEMA dalah pukul 12.15 tengah hari. Kali ni pon bernaseb baek sebab tak ramai sangat orang. Dekat pukul 1 dah settle. Now bibik dah boleh buat medical check up.

Nak di jadikan cerita di tengah panas terik mentari hari ni, kereta abah tak boleh start masa nak balik dari Fomema...ughhhhhhhhhhhhh! Bawak kereta abah sebab kereta abah nak kena bawak pergi Proton Edar kannn. Satu-satunya cara nak hidupkan balik enjin bila enjin tiba-tiba mati adalah dengan TOLAK. Tolak ok T O L A K!

Boleh bayangkan tak pukul 1 tgh hari-kereta banyak-panas terik dan tiba-tiba kereta mati. Hubby yang comel berusaha sedaya upaya tolak tapi tak berjaya. Aku masa tu memang tak tau nak buat apa dah. Peluh menyimbah-nyimbah di tambah perut yang dah lapar. Memamg cranky habes masa tu. Nak nanges pon ada. [Ke dah nanges?haha]. Luckily hubby pergi jumpa pak guard sekolah depan mintak tolong dia tolakkan kereta tue. BERJAYA! YES! Tapi lepas tu hubby tak bagi pasang air cond sebab takut enjin mati lagi. Ya ALLAH. Azabnya rasa. Panas dekat dunia dah tak tahan, panas dekat akhirat entah macammanalah nanti. T______T

Next destination adalah Proton Edar. Tapi sebab dah nak masuk zuhur, so aku suruh hubby hantar aku dekat Jusco while dia pergi sembahyang Jumaat dekat Masjid Al Azim. Laju-laju carik makanan sebab kelaparaaaannnnnnn. Makan light jek dulu sebab nak lunch dengan hubby. Dah makan then jalan-jalan sementara tunggu hubby habes semayang. Pastu lunch. Pastu terusssss bergegas pergi Proton. Again, tak boleh pasang aircond. urghhhhhhhhhhhhhhh! Rasa terbakar kulit T______T

Sampai proton, pot-pet-pot-pet-testdrive-decide-settle. Next week or by the end of this month, dapatlah ayahndaku kereta baru. Aku rasa sebab tuelah kereta skang ni asek buat hal jek. 'Dia' tau dia nak kena jual.

Sampai rumah dekat pukul 6.00pm. Memang flat habes.

Hubby plak malam ni nak balik Ipoh.

Haih.

Another weekend without dearest hubby.

Sigh.

Tuesday, October 11, 2011

Random

Tadi ingat nak tidur. Tapi tangan ni pergi gatal on laptop. Automatik mata menjadi segar bugar dan terus rasa nak update blog.

Hubby pergi main futsal dengan kawan-kawan opis dia. Bila duduk sorang-sorang dalam bilik ni teringat zaman PJJ dulu. Hampir setahun jugalah duduk berjauhan dengan hubby. Jumpa hanya waktu hujung minggu jek. Kadang-kadang dua minggu sekali baru jumpa. Tapi aku bersyukur, sebab ada pasangan tu suami dekat KL, isteri nun jauh di Sabah. Tak pun sorang di utara, sorang di selatan. Maka aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya seminggu sekali dapat jumpa hubby dan sekarang tiap-tiap hari boleh jumpa #ohHeaven

Kadang-kadang aku cuba nak lari dari tulis kisah harian aku dekat blog ni. Macam tak ada topik lain. Balik-balik kisah apa yang aku buat,hari minggu buat apa, keluar jalan-jalan dekat mana. Macamlah blogger famous sampai orang laen nak tau ko buat apa. haha. Bukan tak nak tulis topik lain. Macam-macam topik ada dalam kepala otak ni. Tapi entah kenapa aku rasa semakin sukar untuk aku susun ayat. Nantilah aku update pasal hal-hal lain pulak. Itu pon kalau rajin lah. #silajadiRajin

Ok. Mata dah mengantuk. Nanti aku update lagi.

Itupun kalau rajin. Selamat malam!

Thursday, October 6, 2011

THE MAID [LAST PART]

Wah. Aku lupa nak buat sambungan cerita maid yang dulu tu. Dipendekkan cerita, aku still tak bagitau yang aku akan pulangkan dia dekat agent dia sebab dia teramatlah takut dengan agent dia ni. Agent dia ni an Indian lady. Tapi masa aku ambil dia ni, aku deal dengan sorang malay lady. Konon partner tapi sebenarnya dia cuma carik majikan jek. Kalau maid bermasalah, ko kena pandai-pandai settle sendiri dengan agent india tu. Kira yang malay lady ni just nak amik untung atas anginlah. huh

Aku sampai dulu before agent India tu sampai. Masa tu si bibik dah resah gelisah. Maybe dia ingat aku nak bagi dia dekat majikan laen. 10 minit lepas tu, agent India tu sampai. Once dia keluar je dari kereta, si bibik ni terus memberi jelingan tajam kat aku. Aku buat-buat tak nampak. Masa tu perasan memang nak settlekan cepat-cepat. Lepas tu aku bagi dia duit gaji selama dia bekerja dengan aku. Agent tu kata, bibik ni tak reti bersyukur, dia belum pernah lagi jumpa majikan Melayu baek macam aku. Eceh. Tu betul ye ayat dari agent India. Bukan aku pandai-pandai reka. Lepas tu dia salam aku. Siap cium tangan lagi. haha

Aku cakap dekat dia yang aku minta maaf kalau ada salah-silap aku dekat dia. Kalau aku ada marah ke. Aku doakan dia jumpa majikan yang lebih baik dari aku.

Si bibik ni diam jek. Angkat bag terus masuk kereta. Bergerak jek kereta agent tue, dia lambai aku sambil kesat-kesat air mata. Dia nanges! Macam tak percaya jek.

Tapikan, honestly masa tu perasaan aku bercampur baur. Rasa lega yang teramat pon ada. Lepas satu beban di bahu. Rasa sebak pon ada sebab aku tak boleh nak tolong dia. Cam mana aku nak tolong dia kalau dia tak nak tolong dia sendiri?huhu

Apa-apa pon, aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Aku dah dapat maid baru.

YEY!

Tuesday, October 4, 2011

Hello.Oktober

Dah masuk bulan Oktober. Lepas tu November, Disember, Januari!

Tettt.tet.tet.tet

14 Januari 2012. Insyallah lilecaliph keluar. Kalau dia keluar 1.1.2012 pon best jugak, dapat baby tahun baru! ^^ Lilcaliph keluar tahun 2012 tau. Jangan tahun 2011. hehe

Lilcaliph sudah berusia 25 minggu dalam perut ni. Dah boleh terasa dia tendang-tendang especially waktu malam. Hubby pon dah dapat rasa 'tendangan' lilcaliph. Boleh tahan juga anak mama ni. Abah kata lilcaliph tengah main bola. Mana pulak bola, main barbie doll lah abah.. :)

Persiapan dah mula buat sikit-sikit. Tahun lepas, masa nak kawen ada checklist barang-barang persediaan nak kawen, this time pon ada checklist jugak untuk beli barang-barang dia. Tapi selalu terbabas/tak ikut checklist sebab barang-barang baby ni cuteeeee sangat. So hard to resist!


ini adalah benda pertama yang mama beli untuk kamu!


Like last 2 weekend, Angah + Ateh temankan beli baju baby dekat Sogo. Kebetulan ada Annakku Fair dekat tingkat 4 apa lagi kan...semua tolong carik dan pilihkan baju. End up,errr.... memang lepas ni mama dah tak payah beli lagi dah baju baby sebab Mama Liza & Omi dia dah tolong belikan sekali. Terima kaseh Mama Liza & Omi :*

Weekend baru ni sambung lagi beli napkin, towel & blanket. Beli yang basic jek dulu. Stroller & car seat belum beli. Tengok nanti ada keperluan ke tak. Baby cot, rasanya tak perlu. Nanti litlcaliph tido dengan mama dengan abah jek. Kita golek sama-sama atas katil tu.

Oh. Set bersalin pon dah selamat di beli. Macam awal sangat kan. Tapi sebab ada promo yang best, terussss beli. Aku pilih set Amway. Jamu-jamu dia semua dalam bentuk pil. Senang nak makan untuk orang yang kurang suka makan ubat cam aku ni.

Breastpump pon dah beli. Insyallah niat nak BF lilcaliph sampai dia 2 tahun. Mudah-mudahan, dipermudahkan ALLAH. Tengah survey kat mana nak beli deep freezer jenis drawer. Nanti nak buat stock senang sebab peti ais kat rumah dah tak muat nak isi.

Hati sedang berkira-kira mahu bersalin di mana. Di privatekah atau di GH. Ikutkan memang mahu doktor perempuan yang sambut baby ni nanti. Biarlah yang handle aku masa nak bersalin nanti semuanya perempuan. Dekat hospital private jelah kan yang boleh pilih-pilih doktor. Kalau dekat GH, mana doktor yang bertugas tuelah yang akan sambut baby ni.

Kalau bersalin normal, insyallah affordable lagi nak bayar. Cuma takut kalau kena c-zer, mau over budget dibuatnya T___T

Harap-harap dipermudahkan ALLAH nanti.

Lilcaliph dah tendang-tendang. Lapar agaknya. Lunch dulu!

Thursday, September 22, 2011

Food craving

At 23 weeks of pregnancy, love to have these:



Successfully delivered at my office last week ^^


Also successfully delivered at my office last week ^^

again, successfully delivered at my office last week ^^



Just got it yesterday

^^

Monday, September 19, 2011

Berkelah di pantai yang indah

Indah ke??? Bolehhhhhhhhhhhlah. Tapi tak seindah Pantai Mamutik dekat Sabahhh nuuu.^^

Cuti 3 hari baru ni, macam-macam aktiviti yang kiteorang buat.

Hari Jumaat, aktiviti masak-memasak soto. As usual, bergedil yang aku buat akan habis dulu. Aku tukang tumbuk kentang tue jelah pastu tolong gorengkan. Ada juga tetamu yang datang beraya. Rezeki dia orang dapat makan soto.

Hari Sabtu, Pakcik ajak datang rumah untuk sarapan pagi. Seronok jugak sebab semua sepupu-sepapat, sedara mara ada sekali. Memang banyakkkkkkkkkk aku makan pagi tu. Nasi goreng + nasik lemak + roti jala. Kenyang betul lah. Bila dah jumpa ramai-ramai tu, mulalah ada aktiviti yang di cadangkan.

Akhirnya semua setuju untuk pergi berkelah sambil bakor! bakor! bakor!

AJK bertugas terus bergegas ke pasar beli lauk. AJK makanan + minuman terus balik rumah aku untuk sediakan semuanya.

Tung-tang-tung-tang. Pukul 12 jugak lah baru bergerak ke Pengkalan Balak.

Naseb baek cuaca memberikan kerjasama yang baik. Mendung jek. Kalau panas terik aku rasa bebudak nie dah sama taraf dengan udang yang kiteorang bakar.


Aku tak mandi pon. Tapi aku sukaaaaaaaaaaa dok mencarik remis dekat pantai tu. Remis tue macam lala tapi ni kecik-kecik comel jek. Kalau rebus, sedapppp macam makan kuaci. Cara nak carik, just korek jek pasir pantai tu. Nanti jumpalah.

Anak-anak buah aku awal-awal lagi dah terjun mandi. Sambil-sambil tu kakak-kakak aku dok hidupkan arang nak start bakor bakor. Hubby tak mandi tapi dok buat istana pasir. Layan perasaan la tu. eheh



Menu bakor!bakor!bakor! adalah ikan + daging + udang + kerang.

Perghhhh..sekali lagi makan makan dan makan. Littlecaliph pon seronok :)


Next time nak buat lagi lah!

Oi oiiii cepat balik kampung!

Wednesday, September 14, 2011

Sywal1432H [Bahagian 1]

Hari ni hari Rabu. Sepatutnya aku buat Wordless Wednesday. Tapi sebab perasaan nak update blog tiba-tiba datang pagi ni, so aku skip Wordless Wednesday untuk hari ni.

Mestilah nak cerita pasal raya kan. Sana-sini update pasal raya.

How's my raya?

It was A W E S O M E sebab tahun ni turn beraya dengan keluarga aku. ngehehehe. Tahun lepas beraya rumah mertua dulu. Aku ada 3 kakak + 1 abang + 14 anak buah-buahan. Meriahhhhh suasana. Eh bukanlah aku kata kalau beraya rumah mertua tak meriah. Meriah juga, tapi feeling beraya dengan keluarga sendiri dengan keluarga mertua of course lah lain kan kan kan? Siapa yang dah kawen, kalau boleh tiap-tiap tahun rasa nak beraya dekat kampung sendiriiii jek kan kan kan? Tok sah tipu ehhh :P

Oh setelah beberapa tahun tak dapat penuh sebab ABC, alhamdulillah tahun ni dapat puasa penuh. Littlecaliph memang sangattttttttttttttt baik budi. Tak susahkan mama dia langsung sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Thank you littlecaliph. Tahun depan insyaALLAH kita sambut raya sama-sama. :)

1 Syawal jatuh pada hari Selasa. Hari Sabtu sebelum tu, semua dah balik rumah. Kira hari tu lah baru pertama kali anak beranak Hj Halim dapat berbuka sama. Punyalahhhhhh kecoh. Masa berbuka lah ada yang baru nak mandi, ada yang melekat lagi depan TV, ada yang menangis kena usik dengan abang-abang. Macam-macam lagi lah. Suara mak-mak dah setaraf dengan pembesar suara di buatnya dek bebudak neh. Saborrr je lah.

Jiran sebelah rumah selalu ingat rumah kiteorang ada kenduri sebab kekecohan rumah kiteorang ni. Ala makcik sekali sekala jek makcik dengar bising-bising kat rumah ni. Kalau tak senyap sunyiiiii jek. Dah ahli tetap rumah cuma aku, hubby, ma dengan abah. Memang lah sunyi kan. Sebab tu kalau semua balik, rumah akan menjadi lebih gamat daripada biasa. hehe

Berbalik kepada cerita raya. Hari Isnin merupakan hari mantai. Tak tau apa tu mantai? Mantai ni kira hari penyediaan juadah lah sebelum hari raya. Hari nak pergi beli daging/ lauk- pauk/ rebus ketupat/ masak rendang & macam-macam lagi lah.

Oleh kerana si bibik dah di hantar balik maka aku dengan kakak-kakak aku lah yang jadi bibiknya. hehe. Jangan ingat aku pregnant, aku terkecuali ye. No no no no. Aku paksa diri mengerah tenaga dengan harapan nanti littlecaliph rajin macam mama dia. eceh. Master Chef of courselah Ateh, yang lelaen jadi penolong jek. Ma jadik supervisor. Ateh, aku tau ko baca blog aku ni kan kan kan? :p

Pagi lagi dah mula merendang & petang dah selesai semuanya kecuali ketupat. Ni rebus ketupat daun tau. Bukan ketupat segera. Aku yang tolong anyamkan. (Nak jugak bagitau. haha :P)

1 Syawal pukul 5 pagi aku dah bangun. Kenalah bangun awal since aku dulu orang yang pertama masuk tido. Aktiviti pertama adalah menggososk telekung sembahayang raya & baju raya. Aku amik kontrak untuk aku & untuk ma dengan abah jek.

Lepas tu terus mandi sunat aidilfitri & terus solat subuh berjemaah dengan hubby. Lepas solat, aku salam mohon ampun & maaf dekat hubby. Lama aku salam. Berjurai-jurai air mata. Lepas tu hubby takbir. Lagi bertambah sayu dan sebak. Terharu sebab tahun ni masih berpeluang beraya bersama. Bukan hanya berdua, tapi bertiga.

Nanti sambung lagi lah.

Wednesday, September 7, 2011

Friday, August 26, 2011

The Maid

Ah tajuk seperti movie yang aku tonton samapai dua kali dekat wayang masa aku belajar dulu. Tapi kali ni aku bukan nak bercerita pasal movie tu. Aku nak update pasal maid yang aku ambil hari tue. Pasal bibik.

19hb August, dia buat tantrum pulak kat rumah. Aku baru jek sampai opis, Ma dah called bgtau yang bibik ni dok terjerit-jerit dalam bilik air. Sampaikan jiran aku dengarlah. Ewah-ewah, you make my blodd go upstairs lah bibik. Aku terus called agent cakap nak hantar dia hari tu gak. Perasaan memang sangat marah. Aku risau dia apa-apakan Ma dekat rumah. Setiap jam aku called rumah tanya Ma ok ke tak? Ma kata ok. Bila tanya bibik macam mana, Ma jawap bibik buat kerja rumah gak.

Malangnya, agent tak ada replacement. Nak tak nak aku kena tunggu lepas raya. Balik kerja, aku called agent dan surug agent tu cakap sendiri dengan bibik ni. Aku tak taulah apa agent tue cakap, terus kerja dia up sikit. Sikit jelah T_______T

Bekerja lah dia seperti biasa. Perfect memang tidaklah. Banyak tutup mata jek. Aku pon malas nak tegur-tegur/arah-arahkan dia sangat. Takut lilcaliph nanti jadik bossy. Suka nak arah-arahkan orang. Ohhh. Harap-harap dijauhkan dari sikap macam tu.

Pas pelancong dia tamat 27hb. Aku dapat info dari agent yang pas ni boleh dilanjutkan sampai 30 hari. Guna Pas Lawatan Khas Sementara. So sementara nak tunggu pengganti, aku lah yang kena hidupkan pas tu.

Kenalah aku & hubby amik half day sebab nak uruskannya. Mula-mula pergi bahagian pekerja asing. Aku nak batalkan permohonan JP VISA yang aku dah buat sebelum ni. Bukan senang tau nak menyiapkan dokumen tu. Pening kepala dibuatnya. huhu.

Bila terangkan dekat pegawai imigresen tu, diaorang kata tak boleh sambung pas pelancong. Kena hantar balik secepat mungkin. Pulak dahh. Dia suruh turun tingkat 1 tanya kalau dapat pelepasan.

Dalam hati dah terasa dah memang tak lepas punya pas ni. Seperti yang di jangka, memang diaorang tak bagi sambung. Pilihan terakhir hantar bibik ni balik ke agent. Petang tu juga kena hantar. haihhhhhhhhh

Aku masuk office, call Ma. Bagitau Ma apa yang terjadi dan suruh Ma cakap dekat bibik. Aku pesan dekat Ma suruh bibik mandi dan bersiap. Balik tu, tengok dia dah ready. Beg bertambah lagi satu. Semua baju, seluar & tudung yang aku belikan, dia tanya Ma nak kena tinggal atau bawa. Ma suruh bawa. Kira sedekah jelah. Ma bekalkan kueh raya, biskut, maggi dan abah sempat belikan dia murtabak. Takut nanti di rumah agent dia tak makan. Abah pesan dekat aku suruh belikan air mineral. Tapi memang aku tak sempat nak belikan sebab nak kena sampai Seremban before 7pm. See, agak-agak, beruntung tak jadik bibik dekat rumah aku ni?

nanti sambunglah :)

Tuesday, August 16, 2011

Bibik lagi.

Setelah ahli mesyuarat tingkap bersidang, akhirnya kata putus telah berjaya di capai. Bibik akan di hantar semula ke agent & agent akan ganti dengan yang baru.

Agent kata bibik yang baru akan sampai hari Khamis ni. Sebelum ganti, aku nak interview kaw-kaw dengan dia. Nak pastikan yang dia betul-betul boleh mengucap dan bersolat.

Ramai juga yang bertanya "Kenapa tak diajar jek?"

Ajar memang boleh diajar tapi tak semua manusia ni makan diajar.

Contoh: Masa dia sampai sini, dia dalam keadaan uzur. Dah seminggu dia ada dekat Malaysia sebelum aku ambil dia pada agent. Bila aku tanya, boleh puasa tak, dia jawap "Masih uzur." Beberapa hari lepas, jawapan dia masih sama. Aku buat perkiraan, dia ni uzur dah lebih dari 15 hari. Aku bagitau dia, yang keluar tu bukan di kira darah semasa uzur lagi. Tu dikira darah penyakit dan wajib mandi hadas dan berpuasa. Tapi dia buat tak tau jek. Masih tak puasa.

Bila di tanya tau tak cara nak mandi wajib/mandi hadas. Itu pon dia jawap tak tau. [Ok boleh pengsan sekarang.]

Maka dapat bayangkan tak tahap kebersihan diri dia macam mana? Nanti-nanti manalah tau kot dia kena goreng-goreng sayur ke, rasanya sayur-sayur tu suci ke tak? Ahli dalam rumah tu boleh makan ke tak sayur tu?

Bila tanya suami dia solat ke tak, dia jawap solat. Keluarga mertua dia solat tetapi keluarga dia sendiri tak solat. Haih..boleh pulak macam tu.

Harapnya bibik yang baru nanti tahu bersolat. Kalau malas buat kerja boleh gak aku kerah-kerah. Tapi kalau dapat juga yang tak reti solat, aku akan tunggu sampai agent jumpa yang reti solat.

Mudah-mudahan dipermudahkan ALLAH s.w.t

Friday, August 12, 2011

12 Ramadhan & bibik

Sekejap je rasanya nak menghampiri separuh bulan Ramadhan. Alhamdulillah puasa masih lagi penuh. Harapnya tahun ni tak perlu ganti puasa.
Kehidupan masih seperti biasa. Oh ya. Ada juga yang baru. Ahli rumah baru. Siapakah? jeng jeng jeng

Dia adalah bibik Ma. Technically memang untuk Ma tapi nanti dah deliver, aku akan menumpang sekali lah dengan bibik ni.

Aku ambil dia dari agen pada 4hb yang lepas. Memang dah lama rancang nak ambil bibik untuk Ma. Dengan keadaan Ma yang sudah mencecah 65 tahun. Tahap kesihatan yang kadang-kadang ok, kadang-kadang tak, aku & kakak-kakak aku yang lain berasakan inilah masanya nak bagi Ma seorang pembantu.

Ya, memang aku duduk sekali dengan Ma. Walaupun alahan memang langsung tak ada, tapi memang kudrat semasa mengandung ni betul-betul terbatas. Memang cepat rasa dahaga & letih. Balik dari pejabat terus ke dapur. Ma biasanya akan masak satu lauk & part goreng-goreng sayur, aku yang masak. Part masak memasak memang tak de hal. Part nak mengemas lepas masak tu yang aku lemahhhhhh sket. Same goes dgn part nak melipat baju. haha

Bibik ni muda lagi. Umur 25 tahun, anak 3 orang. The youngest is 10 months. Dia memang tak pernah kerja dekat Malaysia. Kiranya ni kali pertama dia masuk Malaysia. Dia masuk guna passport pelancong so segala permit/visa, aku yang kena uruskan sendiri.

Dari segi buat kerja rumah, kira boleeeehhhhhlah. Apa ko suruh, dia akan buat. Macam tukul dengan pahat. Dia kata rumah dia dekat sana kecik jek. Rumah ni besar. Tak taulah nak terima sebagai pujian atau alasan dia tak tau reti buat kerja rumah. Dia cakap dekat sana kerja dia hanya mengasuh anak. Masak jauh sekali. Nak makan semua beli. [Beli??]

Nak harapkan 100% perfect memang tidaklah. Tapi mana yang tak ok, aku akan suruh dia buat lagi sekali. Cuma yang masalah sekarang ni, dia tak reti solat dan puasa. Terkejut jugak aku bila pertama kali dapat tahu sebab depan agen hari tu dia kata dia Muslim & boleh solat serta puasa.

Haih. Ma dah suruh tukar dengan yang lain. Aku pulak tak tau nak buat apa. Memang solat & puasa boleh di ajar tapi siapa nak ajar? Boleh ke dia ni di ajar? Aku ada call suami dia dan bertanya tentang hal ni. Nak tau apa jawapan suami dia bila aku tanya isteri dia ni reti solat ke tak?

"Dia masih belajar buk. Perempuan tu goblok." Tu jawapan suami dia.

Aku yang dengar ni dah tercengang. Suami boleh cakap isteri dia macam tu? Haih

Aku serahkan dekat Ma sama ada nak biarkan bibik ni terus berkerja (dan kena ajar solat & puasa) atau pulang balik pada agen. Tapi agen kata lepas raya baru ada pengganti. Haih

Tengoklah nanti macam mana.

Aku pon dah pusing. T___T

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan.

Assalammualaikum.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan selamat datang Ramadhan ya mubarak.

Hari pertama Ramadhan, aku sambut di Ipoh bersama keluarga hubby. Bergerak balik Ipoh hari Sabtu. Plan asal nak bergerak ke San Peng carik baju-baju blouse buat pergi kerja. Baju aku semua dah tak muat. Baju mana yang muat tuelah yang aku dok selalu pakai sampai rasa dah agak kebosanan. u__u

San Peng ni tempat jual borong. Lokasi dekat dengan Jalan Pudu, kalau tak salah aku lah. Dah nama tempat hanya untuk memborong, so paling minimum kena beli 6 helai. Kebetulan, adek beradek aku yang lain semua ke KL except Angah. Dapatlah kiteorang beli share-share. Tak kesah lah design sama/warna sama. Bukan nak pakai pada masa yang sama pon kan kan kan? Kalau dah terpakai sama ke, anggap jelah kite dari kumpulan boria..haha

Aku budget pukul 11 dah gerak balik Ipoh. Tapi malang betul sebab kereta abang aku kena pecah. GPS abang aku hilang. Silap abang aku jugaklah sebab tak simpan GPS tu dalam dashboard. Abang aku terlupa katanya. Now PapaGo already gone. Settlekan dulu kereta abang aku, pukul 12 lebih baru sampai San Peng. Dapatlah membeli tiga, empat lima enam helai baju. Memang murah-murah! Orang pon ramai gak sebab diaorang nak jual balik dekat kedai-kedai. Cari duet raya! Lepas tu kiteorang lunch dekat restoran ayam kampung. Ala yang dekat dengan HUKM tue. Ayam dia memang terbaiklah dari ladang.

Dah settle, terus bergerak balik ke Ipoh. Alhamdulillah, selamat sampai dalam pukul 6.00 petang. Malam keluar makan lagi dekat restoran Ciku-ciku.


Hari Ahad petang ajak hubby jalan-jalan dekat Jusco. Kebetulan ada 31% discount dekat Baskin Robins, haruslah tak lepaskan peluang kannnnn.
3/4 aku yang makan, 1/4 jek untuk hubby. miahahahaha



Malam lepas solat maghrib, bersiap-siap nak pergi masjid untuk terawikh. Alhamdulillah dapat juga tunaikan terawikh. Lebih bermakna sebab dapat terawikh sekali dengan littlecaliph.

Hari Isnin, Ramadhhan yang pertama. Agak saspen juga sebab takut lapar or tak larat, tapi again, Alhamdulillah sebab ALLAH permudahkan. Ada juga rasa lapar dan haus tapi tak adalah sampai rasa nak berbuka. Sempat jugalah ke Ipoh parade sebab nak cari pergi bookstore. Malam lepas berbuka, terus balik Kl. Sempat lagi singgah Williams sebab mengidamkan Arabiata Seafood. Naseb baek hubby aku ni jenis melayan jek apa aku nak makan.

Sampai rumah ateh lebih kurang pukul 12 tengah malam.

Selasa, lepas sahur & subuh terus gerak balik Melaka. Sekali ada pulak accident dekat dengan area Nilai. Tengok keadaan kereta memang teruk. Harap-harap tiada siapa yang meninggal.

Finally pukul 8.35 dah duduk dekat meja opis. Hari Khamis hari tu aku dah siap-siap kemas tapi tak sempat 10 menet aku dah sepahkan balek sebab carik pensel kegemaran tak jumpa. T___T

Sampai rumah terus bergegas masak. Ma nampak sangat penat. Dah bagitau dekat Ma kalau rasa tak larat, tak payah pergi tadarus. Tapi taulah kan mak-mak, sayang nak tinggalkan tadarus & tarawikh. Ma keluar tadarus pukul 8 pagi and pukul 2 petang baru balik. Nak cepat khatam katanya. Harap-harap mak sihat sepanjang bulan Ramadhan tahun ni. Tak mahulah ma masuk hospital macam last year :(

Aku masak simple jek. Masak padprik daging. Abah pulak memang rajin pergi param. Macam-macam Abah beli. Cukoplah dengan satu jenis lauk. Tak yah membazir. hehe

Alhamdulillah, dapat habiskan hari ke dua berpuasa. Way to go lilcaliph. Kita ada 28 hari lagi! :)

Selamat berpuasa semua!

Friday, July 22, 2011

Truly. Madly. Deeply.



As promised, aku nak cerita pasal majlis perkahwinan adik ipar aku bulan 6 yang lepas. Okeh baru sebulan yang lepas so takde lah lambat sangat kan aku update. Gambar majlis pihak perempuan aku dah tak ingat aku letak dekat mana. Aku jumpa gambar yang majlis sebelah pihak lelaki jek. Itu pon tak ada gamabr pengantin sebab yang pegang kamera adalah busyyyyy.


Majlis berlangsung pada 11 Jun 2011. Ye, hari anniversary aku yang pertama. Emm.. memang aku agak terkilan sedikit [sedikit ke?haha] sebab tak dapat nak bercandle light bagai seperti yang dirancangkan, tapi nak buat macam mana kan?

MIL dah sediakan sepasang baju kurung untuk aku pakai. Kira sedondonlah dengan ahli keluarga yang laen. Luckily muat sebab masa tu badan dah start membesar bagai johan. Terima kasih Mak sebab jahitkan sepasang baju kurung kelabu untuk saya. ^^

ni jek gambar pengantin yang aku ada


Aku cuma dapat tolong sikit-sikit jek sebab rasa letih betul hari tu. Masa tu lilcaliph baru 2 bulan lebih dalam perut mama. :) Pukul 2 ptg aku dah pengsan dalam bilik. Kesian hubby aku kena basuh pinggan sorang-sorang sebab aku tak larat nak temankan. Sedar-sedar dah dekat asar. Aku memang plan nak buat small surprise untuk hubby. Since tak dapat nak ber-candlelight dinner, aku ajak adek ipar & kakak ipar aku temankan pergi Secret Recipe beli kek. Naseb baek ada yang dekat tu pon tekejar-kejar balik sebab ada mak-mak sedara yang dah nak berangkat pulang ke rumah dia orang.


Selain kek, beli jugaklah cekedis-cekedis. Macam sambutan hari jadi plak aku rasa. Tak kesahlah janji ada something yang memorable sempena our 1st anniversary.

Hubby pulak masa tu tengah tido. Dok mamai-mamai lagi bila aku tunjukkan kek suruh dia potong.




Hubby kata dia terharu sampai speechless. Eceh hubby aku ni. hehe

Apa pon,

Thank you hubby for made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane.


I love you.

Truly,madly, deeply.

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 4, 2011

H.i !

Tada! Tora datang lagi!!
Hampir sebulan blog tidak berupdate. Satu rekod bagi sendiri yang mana dulu kalau boleh hari-hari nak update blog. Hari-hari pening tak tau nak tulis ape dekat blog. Haha
Tak tahulah kenapa semakin hari semakin malas.
Pembawakan junior? Mungkin. Mungkinlah. Tapi aku rasa sebab utama adalah malas.
Dekat rumah pon sekarang boleh tahan kemalasannya.
I tell you waktu paling lewat masuk tidur sekarang ni is 9.30 pm.
Paling awal, lepas maghrib! Lepas tu pukul 3 - 4pagi baru tersedar untuk solat isyak.
T__T
Housework, sangat-sangat bersyukur dapat hubby yang sungguh ringan tolong.
Like yesterday kami keluar pergi beli barang-barang dapur.
Tapi rasanya salah masalah sebab orang punyelah ramai.
Memang tak tahan dengan bau yang bermacam-macam menusuk hidung ni.
Pening wooo.
Tahan jek diri supaya tak termuntah.
Balik jek rumah terus baring and terusssss tertido. Padehal ada lagi satu round baju yang belum siap di sidai.
Pepagi tadi baru teringat. Alamak! Baju still dalam washing machine. Habeslah bau tak best nanti baju tu. Kena basuh balik. T__T
Bila bagitau hubby, hubby jawap 'Orang dah sidaikan malam tadi'
Auwwwwwwwww..i love you very the much lah hubby!
Minggu lepas, my sepupu kawen. Sepupu sebelah abah.
Sabtu yang baru ni pon, ada lagi my sepupu kawen. Kali ni belah emak pulak.
2 minggu sebelum tu, akikah si Mia Alisha.
Tiga minggu berturut-turut ada event.
On my pregnancy.
Again, alhamdulillah ya Allah sebab permudahkan kandungkanku ini.
Heavy morning sickness takdelah.
Kekadang jek pening-pening manja.
Little Caliph memang sangat baik!! Tak buat mama dia rasa penat sangat pon.
Masa kenduri kawen baru ni, sebok ke hulu-ke hilir tolong makcik susun goody bag.
Sampai kena sound dengan mak. Jangan dok berjalan ke sana sini. Duduk diam diam!
Hehe.
Nama pon wedding. Jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Maka haruslah ke sana sini kan.
Dah balik rumah baru risau kot ada bleeding ke apa.
Tapi alhamdulillah, semuanya selamat :)
Banyak lagi yang nak di update.
Pasal sambutan anniversary.
Pasal adek ipar punye majlis kawen bulan lepas.
Pasal renovate rumah.
Macam-macam lagi lah.
Gambar semua dalam kamera.
Tak sempat nak transfer lagi.
Ah. Tak sempat atau malas?
Semoga berjumpa lagi dalam waktu terdekat.
Ngeeee

Thursday, June 16, 2011

9 minggu.

Assalammualaikum buat anak mama yang baru berusia 9 minggu.

Ye. Sekejap je dah masuk 9 minggu.
9 minggu yang penuh rasa bahagia.
9 minggu yang kadang-kadang buat rasa diri ini tidak percaya.
Tidak percaya dalam diri ini, ada lagi satu nyawa.

Anak mama dan abah,
Sampai saat ini belum pernah mama merasakan kesusahan mengandungkan mu.
Alahan boleh di katakan tak ada langsung.
Kadang-kadang mama rasa tak macam orang mengandung.
Semua benda mama boleh makan.
Alhamdulillah sangat-sangat.
Mama tau anak mama ni baik sangat.
Tak nak susahkan mama, abah, mak wan dengan tok dang.
Harapnya kesihatan mama dan kamu akan berpanjangan.

Anak mama dan abah,
Hari tu masa usia kamu 8 minggu, mama dan abah dah dapat dengar denyutan jantung kamu.
Subahanallah.
Macam tak percaya bila dapat dengar degupan kamu yang laju tu.
Abah pon excited sangat.
Sampai ke telinga abah senyum.
Mama rasa bahagia sangat sayang.

Anak mama dan abah,
Kadang-kadang, kami kami panggil kamu little caliph.
Semoga nanti kamu akan jadi khalifah Allah yang terbaik di muka bumi ni.
Kadang-kadang, kami panggil kamu junior.
Sebab kami tak sabar nak tegok nanti kamu jadi junior mama atau junior abah. hehe
Abah kan, hari-hari tanya mama bila perut mama nak besar.
Abah dah tak sabar nak tunggu kamu keluar.
Mama pon!

Ok sayang, abah dah sampai nak jemput mama.
Kita balik rumah ye.
Nanti bila dah besar, kalau jumpa blog mama ni , inilah dia coretan pertama mama buat kamu.

i.love.you little caliph.

Thursday, June 2, 2011

Ada orang rindu?

Eh. Ingat celebrity blogger ada orang nak rindu? Ingat macam blog si cantik manis Hanis Zalikha tu ( Hi Hanis!)
Sebenanrnya, aku yang rindu nak menulis di blog ni. Hampir seminggu blog ni di tinggalkan. Maafkan aku wahai blog. Banyak yang mahu aku coretkan tapi semuanya tertanam diam dalam minda. Ok ayat jiwa-jiwa dah keluar.

Lately ni semakin banyak ayat jiwa-jiwa dekat status FB aku. Pada yang jadik kengkawan aku, dapatlah baca, pada yang dah unfriend. Eh ada juga yang dah unfriend dengan aku. haha. Ingat aku tak tau? Unfriend lah. Aku tak kesah ponnnnnnnnnnn. Adatlah dalam dunia ni. Bukan semua orang suka dekat aku. Aku pon sama. Tak semua orang aku akan suka. Eh. Suka hatilah.

Hari Rabu baru ni, aku dapat lagi seorang anak buah yang comel lote. Sepupu aku selamat melahirkan baby boy secara cesarean. Sebulan awal dari EDD. Alhamdulillah Busu & baby sihat. Petang ni ingat nak pergi melawat busu & baby. Alamak baby, mak na tak belikan lagi hadiah. Insyallah minggu ni ye baby.

Tentang lilcaliph. Alhamdulillah lilcaliph nak masuk ke 8 minggu. Hari Rabu hari tu pon dah selamat buat kad pink. So far alhamdulillah sangat-sangat sebab tak ada lah mabuk teruk. Morning sickness boleh di katakan tak ada langsung. Part mengidam, ada dua benda. Satu nak makan laksa buyong dekat Kuala Kangsar nuuu. Err yang lagi satu terasa mahu ke USS. ha ha. Boleh tak ngidam nak g USS? Part ngidam nak pergi USS tak kritikal sangat. Tapi part yang laksa buyong tu memang kritikal. Next week balik Ipoh aku akan make sure aku dapat makan laksa buyong. Tunggu lah ko laksa buyong. ^^

Esok naik Kl. Adek ipar nak kawen. Nikah sabtu petang, majlis Ahad tue pulak. Rasanya hari Sabtu tu nak ajak incik suami ke Tanjung Malim. Nak amik baju kurung raya. Ye. Baju kurung raya okeh. Aku takut tak sempat pakai jek masa raya nanti. Maka haruslah aku pakai nak pergi kenduri kawen sana sini.

Hari ni hari membangkitkan kemarahan lah aku rasa. Aku marah bila tengok berita yang baby kena campak dari tingkat 5. Aku marah bila terjumpa blog yang memaki hamun Allah, Nabi Muhammad & Agama Islam. AKu marah sangat-sangat!

Harap-harap manusia yang bertanggungjawab atas perbuatan mereka tu akan mendapat balasan yang setimpal.

Entry ni tak bergambar sebab tak tau nak letak gambar apa.

Ok bye.

Tuesday, May 24, 2011

Yey!


1st time menang contest.

Teruja seyyyyyy!!

Thanks Nuffnang! <3

Oh. Kalau tak nampak, sila klik untuk tumbesaran gambar ye! ^^

Thursday, May 19, 2011

DIA lebih tahu.

Betullah Allah tu lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Pertama: Tentang handphone
Handphone saya dah lama buat perangai. Ok bukan handphone saya. Handphone ni ateh yang punya tapi saya buat macam harta sendiri. ha ha.

Handphone ni touchscreen tapi saya dah TERhilangkan stylus pen maka ia telah menyusahkan saya. Memandangkan jari saya comel (tak nak ngaku gemuk.haha) maka amatlah sukar untuk saya menekan keyboard pada screen tersebut. Terpaksalah saya mencari benda-benda yang senang untuk di gunakan supaya saya dapat tekan keyboard tu. Oh barang yang selalu menjadi mangsa adalah PENSEL. Tak kelakar tau bila kena taip padatouchscreen guna pensel. Macam apa jek. T__________T Tapi sebab tak ada pilihan kenalah juga gunakan. Kadang-kadang guna kunci kereta atau apa sajalah alat kecil yang saya rasa boleh digunakan. Walaubagaimanapun, pensel tetap menjadi pilihan pertama.

Sampailah suatu masa suami saya berasa amatlah kasihan melihat isterinya ni selalu kalut carik pensel sebab nak balas SMS, maka pada suatu hujung minggu, suami saya bawak balik hadiah si beri hitam. Oh oh.

"Hadiah untuk sayang"

"Ye ke ni?" buat-buat terkejut padahal dah memang tahu sang suami ada menyebut nak belikan.ha ha

"Yelah. Nak call susah, asek abes bateri jek. Lagi pon senang sayang nak surf facebook internet nanti."

Punyelah gembira masa tu. Memang tak ada dalam list terdekat pon nak ada si beri hitam. Tapi iphone4 ada. Haha. Kidding-kidding. Smart phone kan mahal sebab tu kalau teringin jek mesti kata dalam hati "Ish.nanti-nantilah.mahal derrr".


Mungkin hati asik menyebut, sebab tu Allah murahkan rezeki sang suami untuk belikan buat saya. Law of attraction. Alhamdulillah.

Oh. Sebelah beri hitam tu, hadiah anniversary in advanced untuk sang suami. HP suami telah masuk washing machine. Perfect time untuk saya hadiakan untuk dia. hehe

Kedua: Tentang perpindahan sang suami
Pada malam sang suami menghadiahkan isterinya ni cik beri hitam, sang suami sebenarnya dah tahu yang dia dapat pindah ke sini. Tapi dengan niat nak bagi kejutan kedua, dia cuma letak surat tu atas katil. Saya kan tengah excited dapat hadiah memanglah tak perasan surat tu.

"Ni surat untuk dia". Suami bagi dekat tangan saya.

"Surat apa pulak ni?"

"Bukaklah. Dah lama dah kat tepi tu. Dia yang tak perasan. Oohh..dah dapat blackberry tak nampak lah surat ni eh?"

Saya tersengih dan slow-slow bukak surat tu.

Bila dah baca. Rasa mahu melompat dekat situ jugak!

Suami saya dapat di tukarkan dari Cyberjaya ke Melaka. Hampir setahun kami duduk berjauhan akhirnya dapat juga duduk sebumbung.

Perasaan masa tu lagi best dari dapat blackberry. Syukur sangat-sangat ya Allah. Insyallah hujung bulan Mei ini kami akan dapat duduk bersama. Tak perlu berjauhan lagi. Alhamdulillah.

Ketiga: Tentang LilCaliph
Terlebih dahulu, sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat yang mendoakan kami supaya di kurniakan zuriat. Rasanya baru hari tu saya menulis keluh kesah saya sebab tak tahu nak beri jawapan apa lagi pada yang bertanya. Sekarang insyallah saya dah ada jawapannya :)

Tanda-tanda Cik P nak menjelma dah muncul beberapa hari sebelum 7hb April. Perut cramp. Moody. Cepat letih. Semua tu memang dah ada. Cuma satu jek yang belum muncul : jerawat. Jerwawat memang akan muncul seketul dua kat muka ni kalau cik P nak datang tapi kali ni tak ada.

7hb April : Tak ada pon Cik P. Ok jangan berharap. Entah-entah esok.

8hb April : Masih lagi tak muncul. Kebetulan hari ni hari Ibu. Satu hari kami keluar jalan-jalan dengan Abah & Ma sebab celebrate. Nantilah cerita pasal sambutan hari ibu. Ada satu masa suami tegur:

"Perut tu nampak boncet"

Ingat nak tarik muka tapi bila tengok balik memang boncet.

"Tuelah. Perasan gak. Cik P pon tak datang lagi. Tapi B jangan berharap dulu tau"

Suami senyum-senyum comel jek. hehe

10 April : Saya hampir pitam semasa lunch hour. Naseb cepat bersandar dekat tepi dinding, kalau tak sure tergolek dah dekat situ. Petang tu saya beli UPT. Nak ikutkan, bacaan yang paling accurate dalah dengan menggunakan sampel urin pertama tapi sebab saya tak sabar nakkkk juga test.

Kalau dulu saya buat test, saya akan tercongok tunggu depan UPT stick tu dengan mengharapkan keajaiban akan berlaku. Tapi kali ni saya biarkan jek sambil saya dok kemas-kemas dalam bilik.

Agak-agak dah lama baru saya tengok semula. Eh. Sungguh ke ni? Terkesima saya dekat situ tengok ada dua garis! Saya menangis dekat situ jugak. Esok paginya saya buat lagi test dan dua garisan itu masih muncul. Alhamdulillah ya Allah.

Saya tak bagi tau pon dekat suami sebab nak buat surprise.

Maka, saya beli digital test supaya lagi senang suami nak baca. Takut nanti tunjuk UPT stick tu dia tak paham. hehe

Reaksi suami saya? Terkejut yang amat. Kami betul-betul bersyukur atas nikmat Allah yang satu ini.

Bak kata kakak saya: "Nak tunggu Abah dia ada dekat sebab tu baru dia muncul"

Sungguh. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Syukur ya Allah!

Saturday, May 14, 2011

333 days since our wedding

Alhamdullilah ya Allah...
Thank you to all of u for the doa
I'm now a mummy to be
I still need your doa
To keep this baby healty.
Thank you. Thank you. Thank you.
Our little caliph is on the way now...
Almahdulillah
:)

Thursday, May 12, 2011

Just found out how to blog with blogger.com :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bandung 2011: Hari. Tiga [Akhir]

Aku masih berhutang entry ke Bandung kan kan kan? Walaupun sudah hampir sebulan, aku rasa aku wajib juga habiskan entry ni.


Flight pukul 12 lebih so pukul 8.30, lepas breakfast terus checked out dari Rumah Ebo. Bye-bye Rumah Ebo [melambai dengan sedey].

Amir bawa pergi ke Kartika Sari. Like last time visited, this time beli juga pisang molen & kek cheese bakar.




For info, Kartika Sari ni hanya terdapat di Bandung. Tak ada di Jakarata, Bali, apetah lagi di Malaysia. Kira eksklusif produk dari Bandung lah.

Lepas tu kiteorang ke lagi satu kedai dekat Jalan Cihampelas. Murah-murah tau beli kat sini. Owner tu siap bagi diskaun lagi. hehe. Beli kacang bandung & samosa goreng. Rugi jek beli samosa goreng tu sikit sebab sekejap jek dah abes. Dah lah sedap. T___T


Sape pegi nanti, nak kirim boleh? hehe

Setel kat situ, terus pergi airport. Aku nasihatkan, guna jek khidmat porter dekat situ sebab senang. Lepas tu bagi lah upah. Aku bagi lebih sikit sebab aku rasa luggage aku dah terlebih 60kg tapi pakcik porter tu tolong kot so semua bag lepas tanpa kena bayar lebih. :)


model teh botol :)


hand luggage kami :)

peserta AF yang terkeluar. kena hantar balik naik flight.hehe

Alhamdulillah selamat sampai di LLCT lebih kurang pukul 3 lebih. Kena cukai RM50 T____T (Niat sedekah kalo tak cam mana diaorang nak dapat income kan kan kan. Sedapkan hati)





Ateh terpaksa jemput kitaorang sebab kereta tak muat! haha.


Berhenti untuk lunch & solat dekat Seremban R&R dan selamat sampai du rumah ku syorgaku dalam pukul 6 lebih.

Overall, trip ni sunggulah meyeronokkan.

Terima kasih ya Allah atas rezekiMu, dapat aku bawa Ma & Abah ke Bandung.

Kalau ada rezeki, memang nak pergi lagi!

Wednesday, May 11, 2011

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu, bonda.

Bonda,
Selamat hari ibu.
Terima kasih atas segalanya.
Dari susu bonda yang membesarkan orang sehinggalah saat bonda melepaskan orang kepada suami orang.

Orang tak mampu untuk menulis panjang sebab orang tahu orang akan menangis nanti.
Orang terlalu amat sayang pada bonda.
Terlalu.
Selamat hari ibu.

Thursday, April 28, 2011

Hi Hubby.

Dear hubby,

Being at almost 365 days as your wife but did not have any baby [yet] is not easy.

It's not easy to endure the feeling when you heard about your friend who just got married last month got pregnant. Lucky her.

It's not easy to smile back when your relatives who just got married and said to you 'Lepas ni kita lumba tau?'. Now he's daddy to be.

It's not easy when people thought that you're not-ready to be a mummy.

It's not easy hubby.

Sigh.

But hubby,

I'm lucky to have you as my hubby.
For being with me when I'm down.
For lending me your shoulder to cry.
For my reason to smile.
I'm lucky to have you by my side.

Sometimes, it hurts a little bit but I do believe Allah has a plan for us. A better plan that Allah knows better what suit us at this time, right hubby?

Don't you worry about me hubby. I'm not tired to answer to them: 'Belum ada lagi rezeki yang satu tu, tolonglah doakan dapat cepat-cepat ya.' . I'm doing great saying that. Heh

Hmm..

You know what hubby, how I wish we already have our little one at this time.

Hm..

It's not easy to be me but I'll keep going.

Love you hubby!
Wifey.

Saturday, April 23, 2011

oh.my.iPAD 2 !!!



Dear perfumelovers,

How about surfing ther perfumerack blogspot on your iPad 2?

Sounds nice right?

Do Click:

I WANT THAT IPAD2!!!!

Maybe you can have one. Who knows right?

xoxoxo

Thursday, April 21, 2011

Bandung 2011: Hari. Dua

Bertemu lagi di rancangan Jalan-jalan Bandung. Cheh. Perasan jadik host. Tapi kalau lah ada orang offer kerja berjalan-jalan around the world, mesti aku dah mintak.

Oh.Orang tua-tua kata, kalau dekat tapak kaki ada tahik lalat, maknanya orang tu suka berjalan. Yesza aku memang ada satu dekat bawah tapak kaki kanan. Tidak syak lagi bahawa aku suka berjalan ^^. Incik hubby pon ada juga. hehe

Sambung cerita hari kedua di Bandung ya.

15.4.2011



Pukul 8.30 pagi ahli rombongan cik anoi bergerak ke Tangkuban Perahu. Ikut aku, memang aku tak nak pergi. Dalam kepala otak fikir nak shopping jek. Tapi sebab masa trip 2008 kitaorang tak pergi sini menyebabkan kali ni wajiblah aku membawa Abah ke sini. (Abah jek yang nak gi sini..aku dengan Ma tak nak.haha)


Alhamdulillah, perjalanan lancar. Setengah jam dah sampai puncak. Dinasihatkan pergi masa weekdays & pagi-pagi. Tak jem. Oh bersedialah untuk dikeremuni dengan penjual-penjual di sana. Sila buat muka toya dan berkata 'Sudah di beli, terima kasih'. Lepas tu jalan laju-laju ikut supir. hehe


Tapi aku tak lah sekejam tu. Aku beli jugak strawberry & raspberry. 4 bungkus = 100k rupiah. Manis dan sedap. Boleh makan cam tu jek.



Tak lama pon duduk dekat Tangkuban Perahu. Dah ambil gambar, terus turun menuju ke Pasar Baru. [Eh. It's rhyme!hehe]



Dekat sini ada satu souvenier yang tak ada dekat Pasar Baru. Which is pokok batik. Pokok ni diaorang buang jek kulit pokok tue dan terus dapat corak batik. Menakjubkan bukan? Kuasa Allah. So aku beli lah yang tempat letak pensel punya :)


Turun dari Tangkuban Perahu masing-masing terlelap. Best agaknay dengan cuaca dekat Bandung yang nyaman. Pak Supir kata, cuaca di bandung ni sejuk sebab tu penduduknya pon sejuk-sejuk jek. Tak suka marah-marah. Aku setuju part ni sebab semalam aku singgah satu kedai telekung ni, kakak tu tunjuk design macam nak rak tapi aku tak berkenan maka tak adalah membeli. Sikit pon diaorang tak marah. Err tapi kalau diaorang kutuk belakang, tak tau lah aku. Tapi at least depan customer diaornag bermanis muka ^^

Misi telekung tak habis lagi. Ma memang juara beli telekung. Ma borong lagi telekung sulam goyang. Kali ni dekat kedai lain pulak. Dah habis beli Ma punya telekung, kitaorang jalan-jalan lagi carik kain pasang. Stop dekat kedai Chand Moda (Lantai 2). Beli dan beli lagi....ngeeee




Lepas tu jalan-jalan lagi ke Lantai 4 (Tingkat 4. Dekat sini panggil lantai) . Oh. Ni tempat blouse cantik-cantik. Borong baju kerja dekat sini pulak. :)

Dah habis pusing Lantai 4, terus ke Lantai 6. Ma & Abah dah tak larat nak jalan so diaornag tunggu dekat food court while aku & hubby belum lagi habis shopping. Nak beli baju kurung moden yang bersulam-sulam tu. Turun balik Lantai 1 terus masuk kedai yang mana nampak sebab kedai dah nak tutup masa tu. Dapatlah 3 pasang :D





As usual, Pasar Baru tutup baru kiteorang bergerak ke destinasi berikutnya: Factory Outlet/

Pergi FO sebab nak beli seluar jeans & baju anak-anak buah. Dah tau kat mana FO yang best maka terus je ke Toko Anak Kecil, Sahara (FO Baru dekat Jalan Riau), & Heritage. FO Jalan Dago tak pergi pon sebab dah tak larat.




Dapatlah jeans Armani Exchange, Hugo Boss, Burberry & Slack dari Miss Sixty. Kemeja Esprit untuk hubby.

Kalau nak beli kat Malaysia, aku memang tak mampu derr...

Dinner malam tu dekat Roemah Nenek. Tempat eksklusif siapa ada live band lagi. Tapi sorang makan dalam RM10 jek. Kelas!



Sampai Rumah Ebo, terus packing. Masa ni berdoa lah jelah supaya berat bag tak terlebih. Dah beli siap-siap 60kg tapi tengok kan masa tu macam dah terlebih. Berdoa banyak-banyak supaya esok bag selamat lepas.

Peh. Panjang lebar dah ni. Tunggu cerita last day pulak ye. ^^