Friday, January 28, 2011

Minggu.Lepas

19 Januari 2011 Tun Mahathir telah datang ke Philea Resort. Korang tahu tak Philea resort tue kat mana? Resort ni dekat sangat dengan tol Ayer Keroh. Tak sampai 5 minit dari tol. Kira kalau nyanyi satu lagu sempat lah habis sebelum sampai dekat situ. Kalau nak bermalam, satu malam harganya RM1000. Aku yang dengar mula-mula pon dah tersedak. Apa agaknya yang best sampai RM1000 satu malam tue.


Berbalik pada kisah Tun. Sempena kedatangan beliau, syarikat aku ditugaskan untuk buat montaj & video streaming. So aku part montaj, team lain part video streaming. Buat montaj merupakan cabaran pertama sebab nak tunjuk Tun kan biarlah yang boleh berbekas di hati Tun. ahem. Tapi, bila kena handle overall sebab incik bos tiada merupakan super-cabaran bagi aku. Event hari Rabu 19 Januari, tapi nak tahu pukul berapa kami tido? Pukul 4 pagi beb sebab testing hanya dapat buat tengah malam tu . 6.30 pagi dah bangun balik sebab dah nak kena get ready. Super- cabaran. Tu belum campur dengan size montaj yang nampak kecil di skrin projector. Terpaksa betulkan semula. On the way ke resort, air milo satu bekas tumpah dalam kereta. Oh. Dugaan T___T

Dugaan terakhir bila MC annouce nak tunjukkan montaj, montaj tu tak keluar. Berderau darah. Nasib baik 1 minit lepas tu keluar. Kalau tak tak tahulah nak cakap apa.


Alhamdulillah, akhirnya semuanya berjalan lancar.

Puas rasa bila ada pegawai kata 'Tahniah'.

Puas rasa bila ada yang kata 'Good Job'.

Sangat beruntung dapat team member yang komited. Masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing

Apa yang penting, KERJASAMA!


Oh.

Tapi yang paling puas sebenanya sebab aku dapat autograph Tun Mahathir!

Wednesday, January 26, 2011

Saturday, January 22, 2011

Suri.Rumah

Minggu ni hubby tak balik. Ingat bila hubby tak ada boleh bersenang-lenang lah? Oh. Anda silap. Rutin mingguan adalah seperti biasa:

(Kredit kepada Google Imej)

Menggosok baju & menjahit tak buat lah hari ni. Pertama sebab tiada baju yang perlu di gosok dan kedua tiada benda yang mahu di jahit. Eh kenyataannya memang tidak tahu menjahit langsung. Setakat jahit jelujur atau jahit butang yang tertanggal tu bolehlah.

Oh dalam gambar tu tertinggal lagi satu perkara: memasak. Ya menu hari ni ikan bawal sweet sour & bayam tumis air. Cukuplah untuk diri sendiri & anak buah yang seorang tu makan. Ibubapa awal-awal dah keluar dating. Dating sambil menziarah nenek saudara yang sakit & saudara mara yang sihat. Keluar berdua masih di kira datinglah kan?

Sebenarnya sekarang berada di pejabat. Tadi singgah sebentar di MITC. Ada promosi streamyx & percuma notepad. Laju saja mendaftar. Sejak putus cinta dengan Celcom Broadband maka terus laju mencari pengganti.

Video untuk Green Screen masih lagi sedang di render. Mungkin esok perlu masuk ke pejabat lagi. Mungkin. Insyallah hari Isnin akan ke Tanjung Malim lagi. **Autie baju, baju sudah siap ke?

Malam ni tak tahu lagi nak buat apa. Mungkin mahu sambung menonton Desperate Housewives.
Tak sabar mahu memborong kesemua siri tu nanti!

Oklah, selamat berhujung minggu!

Friday, January 21, 2011

Takziah

Takziah kepada Cik Yan sekeluarga atas pemergian suami tercinta , YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan (Adun Merlimau).

Arwah dulu sekampung dengan aku. Bila dah jd YB, beliau masih lagi dengan sikap yang merendah diri. Tak sombong. Sebab tu aku oleh panggil isteri dia Cik Yan. Tak panggil datin. Cik Yan pulak memang baik dengan sepupu aku. Tapi Arwah aku panggil Datuk lah. Tiap tahun kalau raya memang kitaorang ramai-ramai pegi open house dekat Japerun Merlimau.

Al fatihah untuk YB..

Semoga rohnnya di cucuri ramhmat & di tempatkan di golongan orang yang beriman.

Friday, January 14, 2011

Tentang.Aku

" Mari mengenali tentang orang lain lebih dekat. Ceritakan 20 perkara tentang diri kamu yang orang lain tak tahu "
-kena tag oleh Cik Nor sayang...

Ooooooo nak korek rahsia ye. haha.

20 tu banyak hokeh. Aku cuba sedaya upaya. Kalau tak boleh 20, 10 pon ok kan kan kan?

Sedia?

1. Aku suka makan sambil membaca.
Ni memang tabiat aku dari dulu tapi cuma di aplikasi masa di rumah. Kalau pagi lagi abah dah beli suratkhabar, sambil breakfast sambil ada suratkhabar depan mata. Kalau tak, masa makan tengah hari aku buat macam tue. Dulu lagi best. Kalau tengah musim baca novel, sambil makan pon tangan pegang novel. Tapi sejak menjak jadi bini orang ni, aku kurang lah buat cam tu...err kadang-kadang ada jugak kot.

2. Aku suka belikan hadiah untuk orang yang aku sayang.
Eh bukanlah makna orang yang aku tak belikan hadiah tu aku tak sayang. Tapi ni yang sayang sangatlah. Kalau pergi bercuti ke aku carikkan souvenier untuk diaorang dulu baru lah aku carik barang aku. Masa bujang belikan untuk ibubapa & adek bradek & sdara mara & kengkawan. Dah kawen, belikan untuk suami pulak. Untungggggg kan siapa jadi suami aku? Incik suami sila jawap... hehe

3. Degil
Ya. Degil. Kalau boleh semuanya kena ikut cakap aku. not good not good. sila berubah wahai diri!

4. Berani..err tapi tak berani sangatlah
Masa bujang, kalau abah & ma nak pergi berjalan, aku akan di tinggalkan sebab aku kan kerja. So kalau seminggu diaorang berjalan, seminggulah aku tinggal sorang-sorang kat rumah. Sorang-sorang tau dalam rumah tu. Tapi kekadang terbayang-bayang gak kot ada h*tu ke yang tiba-tiba say "Hi" masa aku tengah basuh pinggan. Mau aku pengsan kat situ gak. So far alhamdulillah, aku amsih lagi berani duduk rumah tu sorang-sorang.

5. Novel
Aku memang hantu novel. Sedang berusahakan untuk penuhkan rak dengan novel. Dulu aku tak kesah kalau orang nak pinjam tapi skang ni aku bersifat kedekut sebab selalu novel yang orang pinjam tak dipulangkan. T_____T

6. Cili padi
Kalau makanan tu kurang pedas aku ulamkan dengan cili padi. Bagi aku makanan tak pedas macam minum air teh o tanpa gula. heh

7. Peminum coke yang tegar
Itu dulu masa aku blaja kat U. Hari-hari aku belasah minum air coke. Boleh tanya budak rumah sewa aku untuk kepastian. Tapi skang ni dah kurang minat.

8. Suka berjalan
Dalam erti kata lain suka melancong. Kalau boleh tiap tahun nak melancong. Insyallah tahun ni dah plan nak pergi melancong bawak ibubapa sekali.. howyeahhhh!

9. Romantik
Ahem. Kalau aku sayang orang tu, macam-macam benda yang aku akan buat. Bagi kad yang cantik-cantiklah. Takpon buat kad sendiri. Belikan hadiah lah. Kan hubby kan kan?

10. Anak bongsu
Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik ya. Aku bukan anak sulung. Ada ke ada orang ingat aku anak sulung. Tak seswai!

Ok. Aku rasa cukuplah 10 perkara.

Kang terbocor plak rahsia aku.

Bahaya!

Haha

Wednesday, January 12, 2011

Tuesday, January 11, 2011

Hi.

Semakin kurang pulak entry dalam blog ni. Nak kata malas, kadang-kadang ada jugak rasa nak tulis tapi tak tertulis. Cheh, samalah ertinya dengan malas kan.

Kejap jek dah masuk sebelas hari bulan. Oh. Hari ni hari jadi boss. Happy birthday boss. Semoga di panjangkan umur + di kurniakan kesihatan yang baik + dapat projek yang best-best... ^^

Hari tue masa hantar hubby, telah terbehenti sekejap di tempat orang jual broadband. Akibat terpengaruh dan ada 7 days trial, maka telah mendaftar dengan celcom broadband. Malangnya connection adalah sangat slow terhegeh-hegeh. Nak bukak satu page, ko boleh pegi mandi dulu pastu bila check balik belum pasti page tue dah ada. Kesimpulannya, hari Jumaat ni nak pergi terminate. Sorry , we're not meant for each other. eceh

Tahun ni ada 3 event kahwin yang besar, anak buah yang rapat, adik ipar dan anak buah yang rapat. Agak-agak nak lantik diri sendiri jadik wedding planner boleh tak? haha

Oklah. Dah merepek-repek. Sapa nak beli perfume, pergi perfumerack. Dia tengah buat jualan cuci kain gudang.

Eh. Acah jek! hehe

Bye!

Friday, January 7, 2011

Misi.Satu

Saya nak kurus seperti ini:


Ini gambar tahun 2009. Tahun 2010 masih lagi seperti ini. Oklah adalah sikit penambahan.

Tahun 2011 saya nk kembali seperti ini.

Berusaha!


**saya harap suami saya tak baca blog saya sebab saya tahu dia akan senyum penuh makna pada saya sebab dah banyak kali dia dengar saya cakap yang saya nak kurus T___T