Friday, January 28, 2011

Minggu.Lepas

19 Januari 2011 Tun Mahathir telah datang ke Philea Resort. Korang tahu tak Philea resort tue kat mana? Resort ni dekat sangat dengan tol Ayer Keroh. Tak sampai 5 minit dari tol. Kira kalau nyanyi satu lagu sempat lah habis sebelum sampai dekat situ. Kalau nak bermalam, satu malam harganya RM1000. Aku yang dengar mula-mula pon dah tersedak. Apa agaknya yang best sampai RM1000 satu malam tue.


Berbalik pada kisah Tun. Sempena kedatangan beliau, syarikat aku ditugaskan untuk buat montaj & video streaming. So aku part montaj, team lain part video streaming. Buat montaj merupakan cabaran pertama sebab nak tunjuk Tun kan biarlah yang boleh berbekas di hati Tun. ahem. Tapi, bila kena handle overall sebab incik bos tiada merupakan super-cabaran bagi aku. Event hari Rabu 19 Januari, tapi nak tahu pukul berapa kami tido? Pukul 4 pagi beb sebab testing hanya dapat buat tengah malam tu . 6.30 pagi dah bangun balik sebab dah nak kena get ready. Super- cabaran. Tu belum campur dengan size montaj yang nampak kecil di skrin projector. Terpaksa betulkan semula. On the way ke resort, air milo satu bekas tumpah dalam kereta. Oh. Dugaan T___T

Dugaan terakhir bila MC annouce nak tunjukkan montaj, montaj tu tak keluar. Berderau darah. Nasib baik 1 minit lepas tu keluar. Kalau tak tak tahulah nak cakap apa.


Alhamdulillah, akhirnya semuanya berjalan lancar.

Puas rasa bila ada pegawai kata 'Tahniah'.

Puas rasa bila ada yang kata 'Good Job'.

Sangat beruntung dapat team member yang komited. Masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing

Apa yang penting, KERJASAMA!


Oh.

Tapi yang paling puas sebenanya sebab aku dapat autograph Tun Mahathir!

3 comments:

Adillah A Nordin said...

We missed this event! Wish I could have met Tun Mahathir.. Anyway, Zaharim is lucky to have committed staffs like u & the rest.. Well Done & Keep up the Good work!

apek said...

betol tu.. saya bagi pihak INSPIM bagi skala 9/10 atas komitmen dan daya kerja mereka ni... 1 lagi saya tak bagi sebab diaorang tak bagi kitaorg McD tu..

hahaha..

aNoi said...

Puan,
Thanks for the compliment...

En.Apek,
Apalah sangat McD kami tu.. nanti saya suruh Tony belanja.. hehe