Saturday, January 22, 2011

Suri.Rumah

Minggu ni hubby tak balik. Ingat bila hubby tak ada boleh bersenang-lenang lah? Oh. Anda silap. Rutin mingguan adalah seperti biasa:

(Kredit kepada Google Imej)

Menggosok baju & menjahit tak buat lah hari ni. Pertama sebab tiada baju yang perlu di gosok dan kedua tiada benda yang mahu di jahit. Eh kenyataannya memang tidak tahu menjahit langsung. Setakat jahit jelujur atau jahit butang yang tertanggal tu bolehlah.

Oh dalam gambar tu tertinggal lagi satu perkara: memasak. Ya menu hari ni ikan bawal sweet sour & bayam tumis air. Cukuplah untuk diri sendiri & anak buah yang seorang tu makan. Ibubapa awal-awal dah keluar dating. Dating sambil menziarah nenek saudara yang sakit & saudara mara yang sihat. Keluar berdua masih di kira datinglah kan?

Sebenarnya sekarang berada di pejabat. Tadi singgah sebentar di MITC. Ada promosi streamyx & percuma notepad. Laju saja mendaftar. Sejak putus cinta dengan Celcom Broadband maka terus laju mencari pengganti.

Video untuk Green Screen masih lagi sedang di render. Mungkin esok perlu masuk ke pejabat lagi. Mungkin. Insyallah hari Isnin akan ke Tanjung Malim lagi. **Autie baju, baju sudah siap ke?

Malam ni tak tahu lagi nak buat apa. Mungkin mahu sambung menonton Desperate Housewives.
Tak sabar mahu memborong kesemua siri tu nanti!

Oklah, selamat berhujung minggu!

No comments: