Friday, January 14, 2011

Tentang.Aku

" Mari mengenali tentang orang lain lebih dekat. Ceritakan 20 perkara tentang diri kamu yang orang lain tak tahu "
-kena tag oleh Cik Nor sayang...

Ooooooo nak korek rahsia ye. haha.

20 tu banyak hokeh. Aku cuba sedaya upaya. Kalau tak boleh 20, 10 pon ok kan kan kan?

Sedia?

1. Aku suka makan sambil membaca.
Ni memang tabiat aku dari dulu tapi cuma di aplikasi masa di rumah. Kalau pagi lagi abah dah beli suratkhabar, sambil breakfast sambil ada suratkhabar depan mata. Kalau tak, masa makan tengah hari aku buat macam tue. Dulu lagi best. Kalau tengah musim baca novel, sambil makan pon tangan pegang novel. Tapi sejak menjak jadi bini orang ni, aku kurang lah buat cam tu...err kadang-kadang ada jugak kot.

2. Aku suka belikan hadiah untuk orang yang aku sayang.
Eh bukanlah makna orang yang aku tak belikan hadiah tu aku tak sayang. Tapi ni yang sayang sangatlah. Kalau pergi bercuti ke aku carikkan souvenier untuk diaorang dulu baru lah aku carik barang aku. Masa bujang belikan untuk ibubapa & adek bradek & sdara mara & kengkawan. Dah kawen, belikan untuk suami pulak. Untungggggg kan siapa jadi suami aku? Incik suami sila jawap... hehe

3. Degil
Ya. Degil. Kalau boleh semuanya kena ikut cakap aku. not good not good. sila berubah wahai diri!

4. Berani..err tapi tak berani sangatlah
Masa bujang, kalau abah & ma nak pergi berjalan, aku akan di tinggalkan sebab aku kan kerja. So kalau seminggu diaorang berjalan, seminggulah aku tinggal sorang-sorang kat rumah. Sorang-sorang tau dalam rumah tu. Tapi kekadang terbayang-bayang gak kot ada h*tu ke yang tiba-tiba say "Hi" masa aku tengah basuh pinggan. Mau aku pengsan kat situ gak. So far alhamdulillah, aku amsih lagi berani duduk rumah tu sorang-sorang.

5. Novel
Aku memang hantu novel. Sedang berusahakan untuk penuhkan rak dengan novel. Dulu aku tak kesah kalau orang nak pinjam tapi skang ni aku bersifat kedekut sebab selalu novel yang orang pinjam tak dipulangkan. T_____T

6. Cili padi
Kalau makanan tu kurang pedas aku ulamkan dengan cili padi. Bagi aku makanan tak pedas macam minum air teh o tanpa gula. heh

7. Peminum coke yang tegar
Itu dulu masa aku blaja kat U. Hari-hari aku belasah minum air coke. Boleh tanya budak rumah sewa aku untuk kepastian. Tapi skang ni dah kurang minat.

8. Suka berjalan
Dalam erti kata lain suka melancong. Kalau boleh tiap tahun nak melancong. Insyallah tahun ni dah plan nak pergi melancong bawak ibubapa sekali.. howyeahhhh!

9. Romantik
Ahem. Kalau aku sayang orang tu, macam-macam benda yang aku akan buat. Bagi kad yang cantik-cantiklah. Takpon buat kad sendiri. Belikan hadiah lah. Kan hubby kan kan?

10. Anak bongsu
Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik ya. Aku bukan anak sulung. Ada ke ada orang ingat aku anak sulung. Tak seswai!

Ok. Aku rasa cukuplah 10 perkara.

Kang terbocor plak rahsia aku.

Bahaya!

Haha

3 comments:

Ichi said...

akak, sangat kelakar oke..haha..
egt nak komen satu-satu, sy komen dalam hati jelah ye. hehe

Devil Inc. said...

Haha. Patut cukupkan lagi 10. Haha. Eh, daku tak disayangi rupanya. Patut la tak pernah dapat apa² (T____T)

aNoi said...

Ichi,
Ala malu-malu plak nak komen.. komen jelah.. hehe

Cik Nor,
Kalau kamu nak tahu souvenier dari Bali untuk kamu masih cantik tersimpan dalam almari saya.. hehe

Saya sayang kamu!