Tuesday, February 8, 2011

Helo Februari

Ha.Dah masuk hari ke lapan di bulan Februari. Entry terakhir sewaktu di penghujung Januari. Berkapuk dah kamu wahai blog..

Perkara menarik yang berlaku di awal bulan Februari ialah cuti CNY yang panjang. 4 hari tue panjang lah bagi pekerja swasta macam aku. Ateh & Abang bestlah sebab dia cikgu, seminggu kau diaorang dapat cuti..jeles? Of cozlah jeles.. hehe

Maka seperti lazimnya, kalau cuti yang agak panjang Ma & Abah akan buat kenduri doa selamat. Majlis berlangsung pada hari Jumaat.

Kali ni bersempena potong jambul.

Ok. Acah je. Tak kelakar.

Kali ni sempena Ma & Abah yang akan pergi menunaikan umrah tak lama lagi.

Alhamdulillah ramai tetamu yang hadir. Tapi ada dua orang tetamu tu dah sampai tapi boleh patah balik sebab konon tak pakai baju melayu? Apa daaaa...

Itu perkara menarik, yang tak menarik nya keadaan aku yang lembik macam agar-agar akibat minum kopi apa entah masa sehari sebelum kenduri.

Kenduri hari Jumaat kan, aku minum kopi tu Khamis malam. Rasa ok jek, belasah sampai 2 gelas. Sekali tu amik perut memulas-mulas macam kena period pain. Pergi toilet tapi tak kurang gak. Sakit yang amat sampai nangis.huhu

Hubby dah tolong sapukan minyak pon tak ok gak. Last-last bila hubby urut, terkeluarlah segala isi perut. Baru rasa lega sikit

Pagi tu , makan apa pon tekak dah tak boleh terima.

Bayangkan ayam percik + daging black pepper + asam pedas ikan parang + kerabu mangga... semua hanya dapat di pandang sahaja.

Sadis bukan.

Maka hari Jumaat tu memang tak dapat nak mengerahkan tenaga bersama-sama.huhu

Sekian cerita awal di bulan februari.

Ok, jangan fikir yang bukan-bukan, aku masih belum pregnant.

Tolonglah doakan aku supaya cepat2 dapat baby ye..

No comments: