Monday, February 14, 2011

Movie Review: Khurafat

Seperti yang di janjikan, hari ini aku nak review cerita melayu yang dengarnya dah mengutip juta-juta lemon.




Khurafat merupakan cerita melayu yang kelima yang aku tengok di panggung wayang. Empat cerita terdahulu: Embun (Puas hati), Waris Jari Hantu(Puas hati), Sepi (Ok lah) dan Jangan pandang belakang(Duhhh T_T).

Kami menonton pada hari kedua ia mula di tayangkan. Sungguh awal kan.

Tak perlulah aku cerita sinopsis. Google jek sinopsis khurafat sure keluar.

Overall aku bag dua setengah bintang. Sebelum pergi wayang tu aku tengok sikit-sikit preview dekat Youtube. Ada satu klip tu siap upload video 'Reaksi penonton yang menonton filem khurafat'. Teruja juga bila tengok tapi bila aku tengok movie tu,aku tak jadi macam tu pon masa tengok cerita tu. haha

Overall jalan cerita biasa je. Sound effect memainkan peranan 90% dalam menakutkan penonton. Tak mahu rasa takut? Tutup sahaja telinga. haha

Hantu dalam cerita melayu masih lagi disolekan secara menakutkan. Muka keluar darah sana sini. Mata merah & hantu yang biasa dipertontonkan tue lah. Apa salahnya kalau hantu tu disolek cantik ya? Adakah hantu yang cantik tak menakutkan? Ok. Meremang pula rasa sebab terfikir perempuan cantik itu sebenarnya hantu.

So bagi pendapat aku, tunggulah dekat Astro Fisrt tu, beli dan boleh tengok ramai-ramai. Kalau tengok dekat wayang, kurang berbaloi.

Adakah aku berasa puas menonton cerita ini? Tidak. Tapi dapat menghabiskan masa bersama hubby, priceless!

Cerita hantu yang betul-betul memberikan kesan yang menakutkan ialah The Ring (Versi Jepun) & Nang Nak.

Oh ya. Aku cadangkan korang tengok cerita The Maid.Cerita dari production Singapore. Cerita genre horror /thriller. Aku tengok dua kali cerita ni dekat wayang. Menakutkan yang amat!

Oh. Hubby kecewa sebab aku langsung tak menjerit. Konon nak dengar aku menjerit sebab aku memang penakut kalau tengok cerita hantu. Tapi hantu dalam cerita khurafat ni gagal membuatkan aku jerit.

Sorry Buibui, misi anda gagal untuk dengar saya menjerit.

Sila cuba di lain kali. ^^

No comments: