Thursday, February 24, 2011

Tak. Private Dah

Blog aku diserang katak. Eh. Bukan katak yang hidup tu. Ni katak yang jadi icon website imageshack.us. Website tu jd hosted to the most of the images yang ada dalam blog ni. Tapi aku tak tau kenapa aku bukak malam tadi, banyak katak kuning yang menempek. Geli pon ada tengok ada banyak katak dekat skrin. Ewwwww.

Semalam aku ke Tg.Malim & Ipoh. Ada shooting dekat Sekolah Latihan Wanita. Bagus juga ada sekolah tu sebab sekolah tu memang ajar pelajar dia kursus rumahtangga. Ada kursus memasak, menjahit, menyolek, menjahit sulaman & macam-macam lagilah. Tujuan asal untuk para pelajar yang dah tak mahu belajar lagi dah. Otak dah tak boleh terima pelajaran dekat sekolah. Maka diaorang boleh masuk sekolah ni sebab sekolah ni 100% hands on. Kelasa dari pukul 8.00 pagi - 4.00 ptg. Ha kalau hari tu belajar masak, dari pukul 8pg sampai 4 ptg lah pelajar akan memasak. Tapi hanya yang gegirl sahaja yang boleh masuk. Boboy tak boleh. hehe

Yang nak carik calon buat isteri pon boleh lah datang sini. Pelajar ni memang dah taulah serba serbi.Ok. Acah jek. Nak buat lawatan ilmiah, di alu-alukan. Nak buat lawatan rombongan merisik, aku takut pengetua tu hambat pulak korang nanti.

Daytrip kali ni tak penat sangatlah macam minggu lepas punya trip. Pukul 5 pagi dah drive ke Tg.Malim. Berhenti solat subuh dekat R&R Seremban dan sampai Tg.Malim dalam pukul 8pg. Alhamdulillah kali ni ada van yang disediakan. Last week takde van maka aku kena drive sorang-sorang sampai ke Kampar. Melaka-Tg.Malim-Kampar-Tg.Malim-Melaka. Penat sampai pengsan bila sampai rumah.haha

Minggu ni ada PC Fair & sepupu aku kawen. Hari Sabtu ingat nak buat makan-makan.

Oh. Banyaknya aktiviti.

Hujung minggu, sila panjangkan ke beberapa hari lagi, boleh? ^^

No comments: