Sunday, March 6, 2011

Hujung.Minggu

As usual,hujung minggu akan bermula apabila hubby selamat sampai ke destinasi. Seperti minggu lepas, balik kali ni hubby balik dengan ateh.

Semalam, sepupu yang akan menunaikan umrah bersama-sama Ma nanti buat kenduri. So kiteorang berkumpul rumah Mok Da untuk aktiviti masak-memasak. Menu untuk kenduri adalah Mee Kari + Nasi Ayam + cendol + kuih-muih+ tembikai. To be exact, kendurinya malam hari, kiteorang pergi rumah Mok Da awal-awal sebab nak masak untuk makan tengah hari. Lepas makan tengah hari nanti baru start masak untuk kenduri plak.

Part masak-memasak untuk makan tengah hari aku tolonglah. Lepas makan, terus balik rumah. Konon nak balik sekejap jek. Entah macam mana, boleh kan tertido. Ter ok. Maknanya tak sengaja lah kan? u_________u

Sedar sebab Ma suruh hantar dia pergi rumah Kak Imah. Aku suruh hubby yang hantar.hehe

Balik dari hantar Kak Imah, aku ajak hubby pergi pasar minngu. Tapi sebelum tu kena pergi balik rumah Kak Imah sebab nak hantar barang. Balik dari pasar minggu, terus bersiap, solat & bergegasssss ke ke rumah Kak Imah.


Sampai-sampai orang masjid dah start baca doa. Aish. Malunya. Turun kereta buat muka seposen & jalan laju-laju pergi belakang. Sebab dah tak tolong masak untuk kenduri kan maka aku pon tolonglah lah membasuh pinggan 1st trip. Pastu tolong kemas apa yang patut. Kenduri habis dalam pukul 10.30mlm.


On the way nak balik, Ma ajak jalan-jalan pergi Merlimau. Aku ON aje. Maka bergeraklah kami satu kereta ke Merlimau. Sebab pergi tengah malam so memang tak nampak sangatlah kemeriahan benderanya. Sampai depan Politeknik Merlimau memang meriah suasana macam pasar malam. Dekat situ ada gerai-gerai jualan. Macam pesta lah. Aku ajak Ma singgah, tapi Ma tak mahu. T__________T Terus balik rumah.

Hari ni, hari bermalas-malas. Tengok movie The Maid lepas tu pergi carik henpon untuk Ma bawak pergi umrah nanti. Aku tak dapat pergi, henpon dapat ok pon takpelah kan. Harapnya satu hari nanti aku berpeluang menjadi tetamu Allah.

Finallay, dalam pukul 8.45mlm, hubby & ateh pon gerak balik ke KL. huhu.

Now I'm back to square one.

Weekend oh weekend, kenapa engkau sekejap sangat?

No comments: