Friday, March 18, 2011

Pray for. Japan

Hari ni, masuk hari ke lapan Jepun dilanda tragedi. Tsunami & gempa bumi tanpa belas ihsan memusnahkan Sendai dan beberapa kawasan lain.

Aku dapat tahu kejadian ni pada pukul 3ptg, 11 Mac. Allahuakbar! Terus teringatkan sepupu yang baru berlepas kesana beberapa hari sebelum itu untuk melawat anaknya. Cuak rasa di hati.

Telefon Ma bertanyakan sama ada Ma tahu tak musibah yang melanda negara matahari terbit itu dan jawapan Ma: "Tak, bila berlakunya?"

Mesti Ma terlupa bahawa anaka saudaranya tu baru ke Jepun.

"Masa solat Jumaat tadi. Ma, Kak Enon kan baru ke sana?Dia ke area mana?"

"Ya Allah. Ma baru teringat! Ok-ok!" Cepat sahaja Ma letak telefon.

Balik dari pejabat, terus join Ma & Abah minum petang. Mata Ma merah. Mesti Ma menangis ni.

"Tadi Ma dah pegi rumah Kak Enon, tanya Kak Yati kau macam mana Kak.Enon & Cikgu Karim (suami Kak Enon)", Ma mula bercerita.

"Macam mana diaorang, dah dapat contact?"

"Masa Ma sampai Kak Yati kata memang tak dapat nak contact langsung, tapi masa dah nak balik baru Kak Enon sms kata diorang selamat & ada dekat hotel Tokyo sekarang ni"

"Alhamdulillah..insyallah tak ada apa-apa tu", ayat klise untuk menenangkan hati Ma.

"Minggu ni memang tak sempat nak jumpa. Dahlah Ma nak pegi umrah ni", Ma menahan sebak.

"Insyallah tak ada apa-apa. Fakhran ada kat sana, mesti dia tau nak buat apa" Fakhran, anak Kak.Enon yang belajar di Yamanashi mesti tau apa yang perlu di buat nanti.

Alhamdulillah, hari ni Kak Enon sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Kalau tak ada aral, esok mereka sampai.

Oh ya, hari Ahad lepas, mesti dah sedia maklum tentang karikatur yang di lukis oleh Berita Harian, bukan?

Gambar ultraman yang berlari menyelamatkan diri dari Tsunami. Akibatnya, teruk Berita Harian di hentam. Gara-gara kurang rasa sensitiviti terhadapa bala yang melanda rakyat jepun.

Aku pun kurang gemar melihat kartun tu, dapat dari pandangan sisi yang lain, aku rasa pelukis mahu tunjukkan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi kuasa ALLAH S.W.T waima Ultraman sekalipun. Tanda-tanda bahawa kiamat yang semakin menghampiri. Allahuakbar!

Saat ini, cuma doa yang dapat aku panjatkan supaya smeuanya akan lekas pulih seperti sedia kala.

Selamat berhujung minggu semua!

No comments: