Friday, March 4, 2011

Tentang hujung minggu lepas.

Esok dah nak masuk new weekend tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak cerita yang minggu lepas punya weekend. Tak kisah lah kan. Janji blog tak bersawang.

Hujung minggu bermula apabila inick suami selamat tiba ke pangkuan isterinya yang comel ni. Incik suami juga bertmabal comel sekarang. hehe

Hari Sabtu pula bermula dengan mengunjungi pejabat pos untuk pos perfume-perfume yang di order customer. Lepas tu terus mencari pos laju Malim. Punyelah hangin sebab sesat bagai nak rak cari poslaju ni. Baik nama guna GPS tapi rasa nak campak jek GPS tu kat luar biar kena langgar dengan lori. Tu cakap dalam hatilah. GPS tu abang aku punya. Kang ada yang kena campak dalam laut pulak kang. Dah sampai poslaju, satu hal lah pulak nak tunggu diaorang mencari parcel tu. Padahal awal-awal dah telefon cakap nak self collect.

Orang pos laju: Barang apa ye?
Aku : Handbag
Orang pos laju: Ooo. Besar mana ye bag tu?
Aku : [Dalam hati-Ek?Soalan apakah ini?] Tak tau lah kak
Orang pos laju: Ok ok tak pe, tunggu ye kami carik.
Aku : [ Dalam hati- Brand tak nak tanye ke kak? kehkehkeh] Ok takpe. Saya tunggu.

Aku tak kira aku nakkkk jugak bag tu hari tu jugak. Nasib baik jumpa. Rupanya ada orang lain dah letak siap-siap dah kat tempat yang sepatutnya. Tapi orang yang mencari tu tak tau pastu pergi carik kat belakang. Lantak koranglah. Janji aku dah dapat handbag aku.*lompat bintang*

Balik tu , terus dua orang budak terbongkang kepenatan. Ni gara-gara sesat jalan lah ni. Pukul 6 dah siap-siap semula sebab nak beli YTF. Yong Tau Foo lah. Pastu beli domino's pulak. Pastu beli ayamas pulak. Dalam keta dah macam-macam bau dah. haha. Akhirnya pukul 9 baru sampai rumah dan terus makan. Makan-makan ni sempena sambut birthday aku & hubby. Hubby 20hb , aku 28hb. Oh lupa, si Wafiy anak buah aku pon bulan 2 gak. So sekali harung lah.

ni aku tengah menyakat damia, sepupu aku punya anak. eh. anak sedara lah senang.



gambar 1 & 2 dah siap posing nak amik gambar, tapi hubby memain plak. last-last sentap.
[rujuk gambar 3.hehe]



Hari Ahad, kazen aku kawen dekat Machap. Malam tu semua dah gerak ke KL termasuk ibubapa. Eh tapi sebelum tu sempat singgah PC Fair. Dapat birthday present. hoorayy! Sedih woo masih birthday aku sebab kena tinggal sorang-sorang Terkebil-kebil jek malam tu tengok dinding sebab tak tau nak buat apa. Nasib dah dapat hadiah in advanced. hehe. Tapi still sedih!

Looking forward for this coming weekend. Nak buat apa pulak ye? ^^

No comments: