Monday, March 14, 2011

Umrah

Alhamdulillah, Ma & Abah dan ahli rombongan yang lain sudah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah.


Hari Sabtu semua ahli keluarga ada kat rumah. As usual lah kalau dah semua ada, meriah macam hari raya rumah tu. Kali ni lagi best sebab dalam rumah ada wayang. Ateh baru beli LCD Projector. Wah. Apa lagi. Tak perlu dah pergi wayang. Pasang aja kat rumah. Dua hari movie marathon wa cakap lu... hehe


Hari Ahad, pukul 9 pagi kami semua dah berkumpul di masjid. Selain dari Ma & Abah, Mok Teh, Kak Long + Kak Imah + Kak Ijah (sepupu) pon ikut sekali.Ahli jemaah lain ialah kawan-kawan Ma yang specifically memang nak ikut Ma kalau Ma nak pergi buat Umrah. Sepatutnya bulan 12 2010 lagi dah pergi. Tapi terpaksa di postponed sebab tak dapat Visa. Alhamdulillah, dapat juga meraka menjadi tetamu Allah.


Satu bas ok hantar diaorang. hehe. Tapi aku tak naik bas. Aku & hubby bawak keta Ateh. Family aku besar. Kalau naik kereta dah berapa buah keta yang nak jalan nanti. So better sewa bas.

Kiteorang berhenti sekejap dekat Masjid KLIA. Makan dulu!

Dalam pukul 12.30 tengah hari dah selamat sampai di KLIA. Ramai betul yang nak pergi buat Umrah kali ni. Agak sesak juga. Mana tak sesak kan, yang datang hantar jek dah satu bas! hehe




Pukul 1 lebih, jemaah dah nak check in. The saddest part of the day! Sedih sungguh bila salam & hug Abah dengan Ma. T________T


Dah babai semua, naik bas & balik semula ke Melaka.

Kali ni aku naik bas sebab hubby terus balik KL.

Semoga Abah, Ma & ahli jemaah Umrah dipermudahkan urusannya dan semoga mereka selamat semuanya :)

Oh. Tadi ada missed called. Rasanya Abah yang called. Sebab tido mati, langsung tak sedar.huhu.

Ateh pon called tadi bgtau Abah & Ma dah ada dekat Madinah sekarang.

Rindulah rasa...

Baru satu hari dah rindu.

Haih....

Ops. Sebelum tu, terimalah....


Sila lihat kecomelan hubby aku itu.. hehe. ^^

Nite!

1 comment:

Devil Inc. said...

Okey, hubby kamu memang com3l. Dah macam duduk sebelah kakak yang serius pula :P