Monday, April 18, 2011

Bandung 2011: Hari Satu

Alhamdulillah, hajat nak bawa ma & abah bercuti dah tercapai. Siapa sangka dapat lagi ke Bandung tahun ni :)

Sooooooooooo, kembali ke percutian kami anak beranak. Aku & hubby, ma & abah. Honeymoon gitu.eceh.

14.4.2011

Flight di jadualkan pukul 9.40 pagi. Kami bergerak dari rumah pukul 5.30 pagi & berhenti solat di RnR Seremban pukul 6.30 pagi. Selamat sampai di LCCT lebih kurang pukul 8 pagi. Sebelum bergerak, kita minum dulu!



Pukul 10 lebih baru fly sebab pilot kata dekat atas ada traffic jammed. Okeh acah jek. Laluan sebok so flight kiteorang dapat turn no 12 untuk berlepas.


2 jam flight selamat mendarat. Amir, supir kami dah sedia menunggu. Terus dibawa ke Warung Suluh untuk lunch.




Kedai Warung Suluh ni cantik. Kecil tapi sangat bersih dan banyak barang-barang antik.

Makanan dekat sini murah-murah. Untuk lunch, kiteorang makan Nasi Timbel Komplit. Paling best dekat Bandung ni ayam dia semuanya ayam kampung. Tak kan adalah ayam-ayam injcet ni. Yummeh!


Lepas lunch terus ke destinasi pertama: Pasar Baru. Ma nak beli telekung. Kiteorang duduk kdekat kedai telekung tu sampai lah kedai tu tutup! haha. Memang borong sakan dekat sini sebab haraga telekung murah-murah. Di bandingkan dengan KL, dua kali ganda murahnya harga telekung dekat sini. Jumlah pembelian: mencecah 5 juta rupiah. Berbaloi-baloi untuk bepuluh pasang telekung. ^^






Oh. Aku masih lagi setia dengan kedai telekung yang aku pergi tahun 2008 dulu. Toko Laris & LJ Collection. Tapi aku lagi prefer LJ Collection sebab dia bagi harga yang sama untuk peniaga-peniaga dari KL yang beli dengan dia. So, sesiapa yang nak beli telekung, sila ke LJ Collection. Nama penjual tu Kak Ani.


Balik dari Pasar Baru, singgah Merdeka FO & DSE FO. Dapat lah rembat sehelai dua helai baju. Kemudia dinner di Bakso Malang. Bakso yang enak! Harga tak sampai RM5. Murah!


Dah dinner, baru lah kami check in di Rumah Ebo. Ya benar. Kami dah bagitau Amir yang kami nak check in malam. Senang tak payah hantar bag dulu. Turun flight dah boleh terus pergi shopping! ^^

Rumah Ebo ni much more nicer dari Cassadua guest house. Dekat pulak tu dengan Factory Outlet. Tapi dekat sini FO nya pukul 9pm dah tutup (Waktu Malaysia pukul 10 malam. Malaysia awal satu jam dari Bandung).

Bersihkan diri terus ZzZzZzZ.

Tunggu next entry ya!

2 comments:

amiza said...

wahh..bestnyerr dpt pergi bandung lagi..nak juga!!

Perfume Rack said...

amiza,
silakan!!! hehe ^^