Tuesday, April 5, 2011

Hujung Minggu@Ipoh




Amacam gambar? Boleh jadi model durian tak? :D

Hujung minggu baru ni, aku & hubby balik Ipoh. Dah lama bebenor kiteorang tak balik Ipoh sebenarnya so kali ni jatuh hukum wajib balik. hehe

Jumaat lepas kerja terus gerak. Singgah Seri Kembangan dulu amik hubby lepas tu ke rumah ateh pulak buat fish delivery. Dekat KL takde ikan parang fresh katanya. As adik yang baik hati lagi comel, hantarkan lah ikan tu ke rumah Ateh. From Melaka with love.

Dah makan kuey teow goreng special Ateh, (aku siap tapau bawak balik Ipoh.haha) baru gera-gerak khas ke Ipoh. Punyalah banyak kereta kat highway tu. Mungkin sebab awal bulan so beramai-ramailah pulang ke kampung halaman. Sampai Ipoh pukul 1 pagi.

Hari Sabtu ikut hubby pegi padang polo. Dia pergi jogging, aku duduk tepi main psp. Bersenam lah jugak kan. Bersenam jari. :P

Petang tu, borak-borak lah dengan ibu & bapa mertuaku. Tanya durian kat Ipoh ni kat mana yang murah-murah. Ibu mertuaku terus suggest balik Kg. Tg. Tualang sebab kat sana insyallah ada.

Maka, hari Ahad yang indah kami pon bergerak balik ke Kg. Tg. Tualang.

Sampai rumah Mak Uda, duduk minum kejap jek lepas tu dengan panatas meneruskan misi mencari durian.

Mula-mula jumpa 2 tempat jek. Satu tu kecik conet jek duriannya, satu lagi mahal. 3 biji=RM20 Pengsan!

Last-last pergi satu rumah tokei durian ni. Nama dia Wak. Alhamdulillah rezeki dapat jugak durian yang sedap at reasonable price. Dah lah baru gugur durian-durian tu. Fresh from the tree! Wak tu bagi lagi durian yang dah rosak-rosak untuk buat tempoyak. Eh kena bayar juga tapi tak lah mahal sangat :)






Tapi tak lah banyak sangat sebab Wak kata dah hujung musim. Tak apalah tahun depan mula jek musim kitaorang datang rumah Wak.



Pukul 3 lebih gerak balik Ipoh semula & pukul 5 gerak balik KL.

As expected, heavy traffic all the way from Ipoh to KL.
Ko pon nak jalan-jalan ye itik?

Pukul 8.45 baru sampai.huhu

Hari Isnin pagi-pagi pecut balik Melaka pulak.

Oh. Bila di kenang-kenangkan, tak larat lagi dah nak PJJ ni.

Need to do something!

Dan

Kereta sekarang ni dah bau durian jek.

T________T

1 comment:

apek said...

oklah tu.. kat Melaka RM17 sekilo D24. ceh.. seb baik kenangkan wife nak makan..
kalau tak mau aku sagat muka tokey tu dgn kulit durian.