Friday, April 1, 2011

Otak kau letak kat mana sebenarnya?

Aku tak faham
Kau bersungguh-sungguh jaga hati boyfriend kau. Tak nak boyfriend kau kecik hati.
Tapi dengan mak ayah kau, kau suka hati sakitkan hati mereka.

Kau kalau boleh tak nak buat kawan-kawan kau menangis. Kau nak mereka happy sebab diaorang ada kau kononnya as kawan baik diaorang.
Tapi dengan mak ayah kau, air mata mak ayah kau begitu murah bagi kan... Kau suka ya tengok mereka menangis?

Kau sedar tak mak kau susah payah lahirkan kau kat dunia ni?
Kau sedar tak ayah kau bertungkus lumus carik rezeki untuk kau?
Kau sedar tak siapa yang sekolahkan kau?
Kau sedar tak siapa yang bagi duit untuk kau belanja?

Mak, nak itu!
Mak, nak ini!
Ayah, nanti hantar pergi situ!
Ayah, nanti lepas tuisyen, nak pergi sini!

Kau tak payah cakap 'Oh. Itu dah memang tanggungjawab mak ayah. Memanglah dia orang kena buat.'
Habis aku nak tanya kau, kau rasa kau dah laksanakan tanggungjawab kau pada mak ayah kau?
Kau melawan diaorang, tu ke tanggungjawab kau?
Kau memberontak, tu ke tanggungjawab kau?
Kau nak semua benda ikut cakap kau, ikut kepala kau, tu ke tanggungjawab kau?

Aku tak faham
Otak kau letak kat mana sebenarnya?
Lutut... atau bontot?

Tolong fahamkan aku.

2 comments:

apek said...

marah sungguh nampaknya si mono ni..

Devil Inc. said...

Uish, mestilah pilih boipren dengan kawan² daripada mak ayah.

Boipren muda lagi,
Mak ayah dah tua.

Boipren kacak lagi muda,
Mak ayah dah kedut².

Boipren ada kederat lagi,
Mak ayah asyik sakit je.

Kawan² boleh berjaga malam pergi clubbing,
Mak ayah lepas Isyak dah nak tidur.

Kawan² boleh berjalan seharian pergi ke kompleks membeli belah,
Mak ayah mana larat nak pergi berjalan jauh.

Hidup ini macam roda. Nanti dah tua, ayat yang sama akan dibagi pada mereka nanti. Masa tu baru nak menyesal.

*Sigh*

P/s : Patut campak ke lombong ikan piranha budak macam tu (>___<)