Friday, August 12, 2011

12 Ramadhan & bibik

Sekejap je rasanya nak menghampiri separuh bulan Ramadhan. Alhamdulillah puasa masih lagi penuh. Harapnya tahun ni tak perlu ganti puasa.
Kehidupan masih seperti biasa. Oh ya. Ada juga yang baru. Ahli rumah baru. Siapakah? jeng jeng jeng

Dia adalah bibik Ma. Technically memang untuk Ma tapi nanti dah deliver, aku akan menumpang sekali lah dengan bibik ni.

Aku ambil dia dari agen pada 4hb yang lepas. Memang dah lama rancang nak ambil bibik untuk Ma. Dengan keadaan Ma yang sudah mencecah 65 tahun. Tahap kesihatan yang kadang-kadang ok, kadang-kadang tak, aku & kakak-kakak aku yang lain berasakan inilah masanya nak bagi Ma seorang pembantu.

Ya, memang aku duduk sekali dengan Ma. Walaupun alahan memang langsung tak ada, tapi memang kudrat semasa mengandung ni betul-betul terbatas. Memang cepat rasa dahaga & letih. Balik dari pejabat terus ke dapur. Ma biasanya akan masak satu lauk & part goreng-goreng sayur, aku yang masak. Part masak memasak memang tak de hal. Part nak mengemas lepas masak tu yang aku lemahhhhhh sket. Same goes dgn part nak melipat baju. haha

Bibik ni muda lagi. Umur 25 tahun, anak 3 orang. The youngest is 10 months. Dia memang tak pernah kerja dekat Malaysia. Kiranya ni kali pertama dia masuk Malaysia. Dia masuk guna passport pelancong so segala permit/visa, aku yang kena uruskan sendiri.

Dari segi buat kerja rumah, kira boleeeehhhhhlah. Apa ko suruh, dia akan buat. Macam tukul dengan pahat. Dia kata rumah dia dekat sana kecik jek. Rumah ni besar. Tak taulah nak terima sebagai pujian atau alasan dia tak tau reti buat kerja rumah. Dia cakap dekat sana kerja dia hanya mengasuh anak. Masak jauh sekali. Nak makan semua beli. [Beli??]

Nak harapkan 100% perfect memang tidaklah. Tapi mana yang tak ok, aku akan suruh dia buat lagi sekali. Cuma yang masalah sekarang ni, dia tak reti solat dan puasa. Terkejut jugak aku bila pertama kali dapat tahu sebab depan agen hari tu dia kata dia Muslim & boleh solat serta puasa.

Haih. Ma dah suruh tukar dengan yang lain. Aku pulak tak tau nak buat apa. Memang solat & puasa boleh di ajar tapi siapa nak ajar? Boleh ke dia ni di ajar? Aku ada call suami dia dan bertanya tentang hal ni. Nak tau apa jawapan suami dia bila aku tanya isteri dia ni reti solat ke tak?

"Dia masih belajar buk. Perempuan tu goblok." Tu jawapan suami dia.

Aku yang dengar ni dah tercengang. Suami boleh cakap isteri dia macam tu? Haih

Aku serahkan dekat Ma sama ada nak biarkan bibik ni terus berkerja (dan kena ajar solat & puasa) atau pulang balik pada agen. Tapi agen kata lepas raya baru ada pengganti. Haih

Tengoklah nanti macam mana.

Aku pon dah pusing. T___T

No comments: