Wednesday, January 4, 2012

2012

Assalammualaikum 2012. Dah masuk hari ke empat baru nak terhegeh-hegeh buat entry baru. Ingat nak buat recap tahun 2011 tapi malas plak. Barang yang lepas jangan di kenang, jadikan pengajaran. eceh

Cuti 4 hari di penuhkan dengan aktiviti makan dan makan dan makan. Lepas makan, makan, lepas makan, makan lagi. Tapi tadi pergi check up, doktor kata berat turun 1kg. Mengikut kata Ateh, kalau berat badan menurun, maknanya dah tanda nak bersalin.

Mungkin lah kot.

Sekarang dah masuk 38 minggu 5 hari. Nak masuk 39 minggu lah senang cite. Berat littlecaliph dah 3kg. Berat mama littlecaliph..errrrr.. tak yah cite lah tapi memang berat lah.

Ikutkan, EDD 14/1 nanti. Tapi kalau boleh ,nak suruh littlecaliph ni keluar cepat-cepat. Biar dia membesar dekat luar. Takut dia membesar dalam perut nanti susahhhhhhh nak push.hehe.

Littlecaliph, cepat-cepat lah keluar ye....

Azam tahun 2012?

Errrrrrrrr...


Nak kembali kurus macam dulu-dulu..ngeeeeeee

No comments: