Thursday, January 12, 2012

Belum.

Ikut EDD, lusa dijangka bersalin. Tapi sampai saat ini, masih belum ada tanda-tanda littlecaliph nak keluar. Bila google, macam-macam petua yang ada untuk mempercepatkan proses bersalin. One of it, makan telur ayam kampung yang digoreng dadar. OK tipu. Tak kelakar. Ni telur ayam kampung mentah-mentah. Telan begitu sahaja. Kembanggggggggggggggggg tekak ni bila baca. EWWWW!

Petua lain adalah banyakkan berjalan. Weekend hari tu memang dah buat. Teman Ma beli barang-barang dapur & beli barang untuk goody bag kenduri. Iye, littlecaliph belum keluar tapi dah rancang kemain nak buat majlis aqiqah masa raya cina nanti. Bukan apa, kalau betul ikut EDD, tarikh aqiqah just nice 7 hari selepas littlecaliph keluar. Kebetulan, kakak-kakak & abang aku memang semua nak bercuti dekat rumah Ma masa tu. So bukankah ia perfect timing? :) Apa pon kita manusia ni hanya mampu merancang, ALLAH jua yang akan menentukan.

Petua lain yang aku baca adalah turun naik tangga. Maka semalam, masa lunch hour,gigihlah turun naik tangga dekat opis. Naseb baek tak de orang. Kalau tak sure diaorang kompius tengok apa aku buat. haha. Tak sampai sepuluh kali turun naik tangga, nafas dah semput..alahaiii. Petang balik opis, sambung lagi jalan-jalan dekat Pasar Rabu pulak. Memang jalan-jalan sajalah. Makanan pon tak beli. Ajaib wooo sebab kalau ikut kebiasaan, ayam percik bangsar jek beli 3 ketul. hehe. Eh tapi adalah jugak beli jagung bakar untuk ma & abah. Lepas tu paw cendawan goreng hubby. ^^

Tapi masih lagi tak rasa littlecaliph nak keluar.

Kakak-kakak & abang aku boleh di katakan hari-hari call tanya dah sakit ke belum dah sakit ke belum. Kalau diaorang tak call aku, diaorang call ma atau abah. Eceh. Comel jek kan diaorang ni. Kalau diaorang tak sabar, aku & hubby lagiiiiiiiiiiiiiiiiilah tak sabar-sabar. Macam-macam lagu dah yang di ubahsuai & dinyanyi-nyanyikan dekat perut aku yang comel ni nak pujuk baby keluar. Tapi nampaknya masih belum berkesan.

Last scan, littlecaliph dah 3.2kg. Boleh tahan semangat cik baby ni.

Takpelah littlecaliph.

Take your time sweetheart.

Tapi jangan lama-lama sangat tau.

Dah tak sabar sangat dah rasanya nak peluk cium kamu!

No comments: