Friday, April 20, 2012

Product Review: BabyBjorn Bouncer

Remember this post? Alhamdulillah, now we have one :D. Rezeki Ainnur Nuha dapat bouncer idaman. Bukan idaman Ainnur Nuha, tapi idaman mama dia. Haha. Aku ni ada penyakit, kalau dah berkenan dengan something, siang malam akan dok teringat-ingat, terbayang-bayang. Pastu dok fikir cam mana nak dapatkan ni.



Pendek kata, makan tak kenyang, tidur tak lenalah. Tapi aku mandi still basah yeeeee.

Takdirnya, impian menjadi kenyataan. Mau tak seronok. Pendek kata, Mama yang super seronok. Eh Nuha pon seronok juga tau duduk dalam bouncer nie :D

So how's the bouncer work?

Bouncer ni ada 3 position: play, rest & sleep. Ikut kesesuaianlah nak letak dekat position mana. Bila Nuha tendang-tendang, secara automatiknya, bouncer ni akan bounce sendiri. Kalau Nuha duduk diam-diam, tak bergeraklah bouncer tu.

Lepas tu, tempat duduk dia  ni membuatkan baby terasa macam kena hug. Ala macam kita letak baby dalam buaian tu. Lebih kurang macam tue lah. Since Nuha dah tido dalam buai, bouncer ni memang sangat-sangat membantu time nak tido kan dia. Like last week, pergi rumah Ateh, manalah ada buaiankan. So bila nampak dia dah ngantuk nak tdo, letak dalam bouncer ni, enjut-enjut terus tido. Once dah betul-betul lena, baru transfer kat tilam. Enjutan memang smooth & tak mengeluarkan bunyi langsung :)

Bouncer ni bila lipat memang akan jadi flat, senang nak letak dalam bonet kereta & angkut ke mana-mana. Tak makan space bonet.






Dari segi safety, walaupun mula-mula macam ragu-ragu yang bouncer ni senang terbalik but it's not. Kalau tersepak, tak bergerak langsung bouncer tu. Kukuh statik di tempat asal. Ayat jimat, tak senang bergerak lah.

Material pon best. Nuha punya black air mesh. Sesuai lah dengan nama, selesa jek dia duk dalam tue.

Overall, memang Mama sangat happy dapat belikan bouncer ni untuk Ainnur Nuha. Sampai Nuha 2 tahun pon Nuha leh duduk dalam ni lagi tau...hehe

Inilah agaknya yang di panggil law of attraction.

Terima kasih ya ALLAH sebab menjadikan impian ku menjadi kenyataan.

Yes, dah boleh strike satu daripada my wishlists! :D

No comments: