Friday, May 25, 2012

Ainnur Nuha :)

Our little caliph ni dah cerdik pandai. Sesuai lah nama sebab Nuha maksudnya bijaksana. Eh, maaflah sebab puji anak sendiri. Kalau bukan mak dia yang nak puji, siapa lagi khennnnn....

Masa umur 3 bulan, dia dah boleh meniarap. Tapi meniarap je lah lepas. Part terlentang balik masih gagal. Lepas tu masih lagi belum berjaya nak keluarkan tangan dia yang tersepit masa meniarap. Kadang-kadang jek boleh. Kalau tangan dia tak lepas alamat menjerit-jeritlah dia mintak tolong. Tolong! Tolong! Tapi tak lah dia cakap tolong. Tu mama dia yang bagi sound effect bila Nuha jerit-jerit. :D


                                            
Tapi aku rasa kegemaran dia sekarang memang menjeritlah. Kalau dok agah-agah, memang jerit suka. Main playgym sorang-sorang, tetiba jerit suka. Kalau nangis mintak dukung pon jeirt-jerit. Bila dah angkat, diam pastu senyum-senyum. Bijak kan? hehe #pujilagianaksendiri


Petang-petang balik kerja, suka nak bawak Nuha jalan-jalan depan rumah guna carrier. Sesambil ambil angin tue sebenanrnya nak suruh dia biasakan duduk dalam carrier. Senang nanti nak bawak jalan-jalan sebab kite orang takde stroller. So far kesukaan Ainnur Nuha dalam carrier is 50-50. Ada masa lama, ada masa baru masuk dah meraung. Meraung tu time dia nak tdo tapi mama dia nakkkkk jugak bawak dia jalan-jalan dalam carrier. Mama tak kejam eh. Mama nak biasakan jek.

Oh. Ainnur Nuha dah ada pacifier. Tapi guna masa tido jelah. Nk bagi dia cepat khayal. Bila dah tdo, aku cabut. Tetapi kadang-kadang dia sendiri yang keluarkan dari mulut. Memang ada yang kata tak eloklah, nanti baby jonganglah & macam-macam lagilah. Tapi puting skang ni dah banyak jenis. Pandai-pandailah pilih. :)


Now dah masuk 4 bulan. Hari Rabu lepas pergi check up 4 bulan. Berat 5.2kg, tinggi 61cm. Lepas check up terus bawak pergi sunat. Tak nanges pon masa sunat plus doc cakap badan nuha selim melim, tak boleh nk potong banyak. Macam tu lah lebih kurang ayat dokter.

Oh. Rambut dah panjang. Tapi panjang ke atas, boleh? Kalau bangun pagi tu kelakar tengok rambut sebab tercacak-cacak. hehe. Dah panjang seinci lebih pon tak turun-turun lagi.. =_="


Rasanya Ainnur Nuha dah mula kenal mama dengan abah dia. Balik rumah jek kalau masa tu bibik tengah dukung, mesti keluar bunyik eeeekkk eekkkk mintak aku plak dukung. Tak pon masa aku balik & bibik tengah pujuk dia merengek-rengek (slalunya sebab nak tdo), aku amik jek kompem diam pastu senyum-senyum. Kol 8.30pm mesti nak berkepit sampailah dia tertdo. Malam bangun feeding dalam 2-3 kali pastu dalam pukul 6 pagi haaaaa memang macm jam loceng dok jerit-jerit kejut mama dengan abah dia.hehe

Lately ni sebab nak khayalkan dia sementara kiteorang bersiap, bukakan youtube. Paling suka lagu Aliff Baa Taaa. Kalau tengah nanges2 pon kalau bukak lagu tu sure diam pastu gelak-gelak suka.

Aaaaaa...tak sabarnya nak balik! Esok dah start weekend means boleh berkepit dengan Ainnur Nuha 24/7!

Wednesday, May 16, 2012