Thursday, October 25, 2012

Tuesday, October 23, 2012

9 bulan 8 hari.

Siapa lagi yang baru berusia 9 bulan 8 hari kan kalau tak cikibum-cikibum sorang ni. Masih lagi minum milk mama. Masih lagi makan bubur dari air tangan mama. Belum boleh merangkak tapi dah laju ber-commando crawl.

Akibat bercomando crawl yang laju telah menyebabkan dia melepasi kubu pertahanan, JATUH KATIL dan seterusnya benjol di dahi. Mak tak tau cam mana boleh terjadi sebab dia dengan abah dia. Mak dia dalam bilik air eh. Tetiba dengar dah meraung dan tuuuu diaaaaa Ainnur Nuha dah kat lantai T_____T.

Tinggi katil + tilam adalah dalam 2kaki lebih. Boleh tahan tinggi lah. Mau tak meraung kan. Mak dia pon kerai skali. Yelah sebab tak pernah jatuh sampai camtu skali. Tapi alhamdulillah tak ada apa-apa. Nuha kan kuat. Kuat macam mama!

Sekarang dalam fasa angkat bontot tinggi, try nak duduk-duduk, try nak berpaut-paut. Ha ni pon ada kisah gak. Aku tengah nak solat. Nuha kat luar dengan sepupu dia. Baru nak angkat takbir tetiba dengar dia meraung. Ni kompom tergolek lagi ni. Betul pon. Tangan terkucil sbb cubaaan berpaut & berdiri dekat kerusi. Apa lagi, benjol lah lagi sebelah dahi.

Takpelah nak. Ni proses belajar namanya.

Tak apa lah Nuha kalau Nuha lambat nak merangkak. Lambat nak tumbuh gigi. It's ok.

Take your own swwet time.

Benda-benda cam tu bukan boleh dipaksa-paksa ye tak?



Sempena usia yang ke 9 bulan, rambut Ainnur Nuha dah kena potong.

Selamat tinggal rambut KPop. :p

Thursday, October 18, 2012

Trip. Tak pergi pon... ^^

Alhamudlillah, tahun ni murah rezeki Danau dapat pergi Jogjakarta. Tapi kali ni, untuk pertama kalinya aku tak dapat join company trip ni. sob sob srettttt. Well dulu sorang, sekarang dah bertiga. Yang nombor tiga masih kecil. Baru 9 bulan. Masih menyusu badan. Malam-malam masih mengempeng. Kalau tak mengempeng pon, time dia hok hek hok hek bukak mata, dia akan pastikan yang aku ada kat sebelah dia. Kalau tak, kompem meraungggg.


 beautiful jogja. picture from google.

Aku dah test hari tu. Dia dah tdo. Tak lama lepas tu dgr dia merengek-rengek. Aku mintak tolong kat abah dia suruh tepuk-tepuk. Lagi abah dia tepuk, lagi kuat dia nanges. Failed! haha

So bila bos tanya bulan lepas sama ada aku akan join this trip or not. Aku memang cakap, sorry tak dapat nak ikut. Tak sampai hati nak tinggalkan si kecik tu. Nanti nak bercuti pon rasa tak best sebab asek teringat-ingat dekat anak. Kang memalam takut aku yang tak boleh tdo sebab tak de anak kat seblah.Eh tapi kalau ikut trip ni, hubby pon akan ikut sekali. So bleh tdo jugak kot. ngee

Insyaallah, ada rezeki nanti berjalan jugak. Nuha, kita ajak abah pergi Bandung nak tak? (Bandung lagi??!! haha)

Kejap nak bandung. Kejap nak xbox kinect. Kejap nak ps3 move.

Macam banyak duet khenn.

Ala, berangan jek. Bukan kena bayar pon.

Tapi kalau ada orang nak bagi,

kecik tapak tangan, stadium hang jebat saya tadahkan!

^^

Thursday, October 11, 2012

Ustaz Kazim datang Melaka wehhhhh!!



Berkat tiap-tiap minggu call PA Ustaz Kazim, InsyaALLAH, jika tiada halanganNYA, Ustaz Kazim pujaan keluarga kami akan datang berceramah ke Masjid Al-Ghafar Jasin Melaka.

Semoga dipermudahkan urusan pada hari Jumaat nanti.

Jemput datang semua!!!!

Wednesday, October 10, 2012

Nuha's 1st solid food.

Dah nak masuk 9 bulan baru nak cite pasal 1st solid food kan. Belasah jelah.

Cer teka cer teka makan apa as 1st solid food. Apa? Bubur + ikan bilis? No no no no no *sambil gerak-gerak jari telunjuk*.

Ikan bilis ada kandungan garam yang sangat tinggi. Tak sesuai untuk baby-baby comel. Lagipon baby tak perlu lagi di perkenalkan dengan rasa masin sampailah dia berusia 2 tahun. Ala kompem ada yang cakap "Dulu aku bagi kau makan itu ini itu ini nenonenoneno, kau sihat jek sampai sekarang". Ya betul. Tak di nafikan. Alhamudillah tak ada apa-apa yang terjadi. Tapi tu dulu. Where's ppl tak ada internet. Where's ppl tak tau lagi keburukan bagi garam pada babies. Sekarang dah tau so tak apalah kan kalau kita nak bagi baby pemakanan sihat. Kalau sakit nanti, siapa yang kena jaga? Mak dia jugak yg jaga kan. Bukan orang laen yang asek dok cakap "Eh, kau bagi jelah anak kau makan itu ini nenonenoneno. Kesian dia tak dapat makan."

Eh. Jauh melalut. So back to the topic. Nuha had her 1st solid food on 14th July 2012 and it was a pear puree. 1st time makan, terkemut-kemut jugaklah mulut dia. Sebelum ni rasa susu mama jek kan. Tak pernah lagi rasa food texture yang lain. Tu yang dia rasa pelik tu.hehe Habis jugaklah dalam 2-3 sudu besar. Excited ye nak?

Lepas 4 hari, bagi puri epal plak. Tunggu lagi 4 hari. Pastu buat bubur kosng + puri epal. Ada jugak puri pear + puri epal.

Hari ni,  at almost 9 months old, favourite food dia adalah bubur + stok ayam + ayam + labu.

Kalau buat ni mmg kompemlah abes.

Nuha dah 8 bulan, nak masuk 9 bulan tak lama lagi tapi berat lom sampai lagi 7 kilo. Selim melim anak dara i ni.

Takpelah nak, tu ikut genetik abah awak lah tu. Sebab tu kurus comel. Kalau ikut mama, tak berapa nk kurus tapi comel. haha

Hari tu buat macaroni + creamy cheese. Tapi Nuha tak suka. Maka mak dia jugaklah yang kena abeskan.

Tak nak makanan omputeh eh Nuha? gud gud.

The best part is Nuha masih lagi fully BF. Alhamdulillah. Walaupun stok bawak balik kejap banyak, kejap sikit tapi alhamdulillah still cukup untuk Ainnur Nuha.

Nuha...nuha..mama rasa nak bawak jek awak datang opis ni hari-hari!