Thursday, October 18, 2012

Trip. Tak pergi pon... ^^

Alhamudlillah, tahun ni murah rezeki Danau dapat pergi Jogjakarta. Tapi kali ni, untuk pertama kalinya aku tak dapat join company trip ni. sob sob srettttt. Well dulu sorang, sekarang dah bertiga. Yang nombor tiga masih kecil. Baru 9 bulan. Masih menyusu badan. Malam-malam masih mengempeng. Kalau tak mengempeng pon, time dia hok hek hok hek bukak mata, dia akan pastikan yang aku ada kat sebelah dia. Kalau tak, kompem meraungggg.


 beautiful jogja. picture from google.

Aku dah test hari tu. Dia dah tdo. Tak lama lepas tu dgr dia merengek-rengek. Aku mintak tolong kat abah dia suruh tepuk-tepuk. Lagi abah dia tepuk, lagi kuat dia nanges. Failed! haha

So bila bos tanya bulan lepas sama ada aku akan join this trip or not. Aku memang cakap, sorry tak dapat nak ikut. Tak sampai hati nak tinggalkan si kecik tu. Nanti nak bercuti pon rasa tak best sebab asek teringat-ingat dekat anak. Kang memalam takut aku yang tak boleh tdo sebab tak de anak kat seblah.Eh tapi kalau ikut trip ni, hubby pon akan ikut sekali. So bleh tdo jugak kot. ngee

Insyaallah, ada rezeki nanti berjalan jugak. Nuha, kita ajak abah pergi Bandung nak tak? (Bandung lagi??!! haha)

Kejap nak bandung. Kejap nak xbox kinect. Kejap nak ps3 move.

Macam banyak duet khenn.

Ala, berangan jek. Bukan kena bayar pon.

Tapi kalau ada orang nak bagi,

kecik tapak tangan, stadium hang jebat saya tadahkan!

^^

No comments: