Friday, November 16, 2012

Entri pertama bulan November.

Last entry aku pada 25.Oktober.2012. Gila lama tak tulis apa-apa dalam blog ni.

Oh minggu ni punya working days terlompat-lompat.

Kerja-Cuti Deepavali-Kerja-Cuti Awal Muharram-Kerja.

Si kecik dekat rumah of courselah paling happy bila aku cuti. Boleh berkepit dengan mama 24 jam kan....

Sekarang punya style kalau aku nak pergi kerja adalah menangis meraung sekuat hati.

Tak kisahlah bibik ke yang ambik or mak aku yang ambik, memang kompem menangis. Aku rasa nanti dia dah berjalan mau dia pegang kaki aku tak bagi pergi kerja. #exaggeratee betul mak awak ni Ainnur Nuha.

Cuti deepavali tak pergi mana-mana. Tengah hari tu lari kejap tengok poster yang dah siap pasang dekat Taman Mini Malaysia. Lepas tu pergi Mydin sebab nak beli creepe durian. Dekat newsfeed masing-masing dok tayang DC. Of course buat aku teringin. Naseb baek jumpa.

Boleh tahan pening gak nak menyiapkan content untuk tiga rumah ni.

Mana nak carik bantal pengantin bertekat emas? Kipas pengantin ada sape-sape jual?

Tu belum masuk part nak carik baju pengantin dolu-dolu. Ada sape-sape yang nak jual? Bagitau aku please.

Pelamin jek yang dah selamat di pasang. DIY okeh. Gigih aku pakaikan skirt dekat platform tu (baca: pasang skirting). Kalau aku tau boleh DIY, baik masa kawen dulu aku DIY jek. hahaha #verangan

Pastu nak carik kayu api nak letak dekat dapur kayu. Nak carik kayu. Nak carik kayu. Eh. Dah macam cerita labu-labi plak.

Rumah lama tu dah almost complete. Almost lah.

Tv lama dah ada.
Jam lama dah ada.
Mesin jahit lama dah ada.
Gramofon pon dah ada.

Nampak cam senang jek kan tapi realitinya T____________T

Semalam kiteorang bersuka ria dekat Kolam Air Panas Jasin. Sekarang kan cuti skolah. Kat rumah penuhlah askar. Nak pergi mandi laut/air terjun, tengah musim hujan. So mandi kolam jelah ye bebudak. Ainnur Nuha pon tak ketinggalan. Kemain suka dia mandi kolam. Nanti mak ajar awak swimming ye Nuha. Swimming guna pelampung. kahkahkah

Oklah esok weekend. Selamat berhujung minggu. Jangan stress-stress macam aku. Happy-happy macam Ainnu Nuha ni tau.. ha.ha.ha.

No comments: