Thursday, December 6, 2012

Australia.


Tengok dekat sidebar sebelah ada iklan dari Nuffnang tentang Australia. Tetiba teringat kisah aku ke sana tahun 1996. (Ambil calculator kira berapa tahun yang sudah)

16 tahun yang lepas. Gile lama!

Masa tu aku baru Form 1. Sekolah dekat STF. Last minute kot aku baru dapat pergi sebab masa tu aku aku rasa aku baru jek lagi join band skolah. Bila sir cakap aku dapat pergi & suruh aku buat passport, best gila rasanya! Yelah, aku manalah pernah berjalan pergi oversea kan maka perasaan tu sukar digambarkan dengan kata-kata. Chewah.

Masa tu form 1 yang pergi adalah dalam 30 orang kot. So we alls naik flight dari Senai-Subang (ke KLIA? tak ingaattt). Then ke Sydney.

Sydney! Opera House! Kangaroo!

Cheh. Tak keruan betul masa tu. Gembiara kemain.

Dah lah masa tu aku & ina jek yang tersesat dekat apartment senior. Bebudak junior lain duduk kat apartment lain. Tak boleh nak bersuka ria. (Takut wooo dengan senior).

Tak salah aku kiteorang dekat sana, seminggu lamanya. Ada buat performance depan opera house, dekat darling harbour bridge, dekat one of the school kat sana. Tu jek kot yang aku ingat.

Beside STF, lagi satu sekolah yang mewakili Malaysia was VI. Tapi masa tu bebudak VI kerek. Tak join ngan kiteorang. kahkahkah.

Oh! Ada sekali aku kena denda dengan Sir Azhar berdiri dekat car park. Sejuk beku wehhhhhh. Jari-jemari semua numb. Yelah masa tu tengah nak winter. Tak ingat aku kena denda sebab apa. Mungkin sebab tak hafal note. (Susah ok nak hafal! Dah lah ada banyak lagu. wuwuwuwuwu). Aku main trumpet masa tu.

Then kiteorang ada visit bluemountain & macam-macam tempat lagilah.

Benda paling banyak aku beli adalah coklat. Sebab coklat dia sedap. haha

Aku try carik gambar tapi dekat mana entah album tu tersorok.

Well, aku harap one day aku dapat pergi lagi sekali.

Tak dapat pergi Sydney, pergi Gold Coast pon jadiklahhh...

Haha.

No comments: