Tuesday, December 11, 2012

Big Bad Wolf 2012

Eh. Ini bukan cerita tentang serigala yang jahat. Ini cerita tentang serigala yang baik hati yang jual buku-buku best dengan harga MURAH. Murah yang memangggggg murah.

Minggu lepas lagi dah perasan dekat newsfeed pasal Big Bad WOlf books fair. Dalam hati dah terdetik. Ada rezeki nak pergi lah tahun ni. Tahun lepas cuma dapat dengar jek so this year, let's go there!

Event bermula pada 7hb Dec. 6hb malam dah bergerak ke KL. Mak + Abah dah gerak awal lagi sebab dia orang nak pergi Genting Highlands. Aku as usual, tak dapat nak ikut. sob T____T

So pagi-pagi lepas solat subuh + mandi semua siap, terus lah aku pergi The MInes Convention Center tempat books' fair ni. Kesian dekat hubby sebab pagi-pagi dah kena teman bini dia yang dah tak sabar-sabar pergi. Ala area the mines tu kalau pergi lambat, confirm jam. Kalau keluar lambat, kompem bertembung dengan orang yang nak keluar pergi tempat kerja lagi. So better gerak awal.

Tip #1  = Plan your trip!

Sampai-sampai memang kereta dah beratur nak masuk parking. Ah lambatnya rasa. Nampak ada parking kosong kat tepi, hubby terus decide parking kat situ. Jauh sikitlah nak jalan ke dalam. Sikit jek!

Tip # 2 = Jeling-jeling, kerling-kerling parking spot dekat luar tu. Boleh parking dekat situ :)

Kami sampai situ dalam 7.30 pagi. Pagi-pagi dah keluar keluar shopping gitu. Masuk-masuk jek. Oh my. Banyakkkkkknyaaaaaa bukuuuuuuuuuuuuu! Aku suruh hubby jalan-jalan mana yang dia nak while aku nak pergi satu area - CHILDREN BOOKS. Ye memang niat utama nak datang sini sebab nak belikan buku untuk Ainnur Nuha. Biar dia rajin baca buku macam mama dia #ewahewah. Tapi being a lovely husband, dia tak nak pergi tempat lain. Dia nak ikut gak mana aku pergi.  #iloveyouhubby!




 
Nak di jadikan cerita, sebab excited sangat nak pergi, sampai kiteorang terlupa nak bawak trolley. Tengok kat dalam MIECC tu masing-masing bawak trolley or luggage bag. Ada tu bawak bag besar macam nak pergi haji ok. Sebab tak bawak bag, aku pon pergilah amik kotak.

Tip #3 = Bring your own trolley/luggage bag! Easier to move around. :)


Konon nak beli sikitlah kan tapi nah amik - 2 kotak penuh. Dah lah kaki aku tengah dalam proses recovery sbb ada retak sikit (tu aku cite laen kali). Gigih ok gigih! Tapi aku bawak yang buku ringan-ringan jek. Mana yang berat, mr.hubby lah yg tolong bawak.

Tip #4 = Pakai kasut/selipar yang comfortable. You didn't know how long you will standing/walking while browsing all those books. 3 millions books maa.

Agak-agak dah puas dengan pilihan buku untuk Ainnur Nuha, barulah kiteorang carik buku masing-masing. Dapatlah buku cerita untuk mak & abah Nuha. 2 untuk saya, 2 untuk awak. hehe. Dekat sini ada disediakan playing area untuk budak-budak & ada cafe. So boleh dropped of buku yang dah dipilih dekat storage dia & pergilah makan. Kiteorang tak breakfast pon ok. Kan dah cakap tadi kiteorang gigih! haha. Tapi balasanya, perut ko dah dah buat head banging dah kat dalam tu.

Tip #5 = Breakfast is a must!

Masa untuk membayar. Cashier banyak and they accept cash & credit card. If banyakkk sangat buku, ada porter yang akan tolong hantar sampai ke kereta. Tapi aku punya takdelah banyak sangat. SO angkutlah sendiri. Oh ya, bagi pemegang OCBC Credit Card, dapat lagi 5% discount. :)

Tip #6 = Kira dulu berapa total semua buku sebelum pergi ke cashier. Manalah tau kot cashier tersalah kira ke kan :)

Inilah hasilnya selam 3 jam di Big Bad Wolf.


40 buah buku = RM300.

Most of it is a hardcover book. Berbalaoi-balaoi wa cakap lu...


Thanks Big Bad Wolf for organising such an awesome event.

See you next year! insyaALLAH.

1 comment:

Ichi said...

patut gamar ni jadi cover photo ka FB kak. hehehehe. yang hujung xtahan tu. hehe