Friday, December 14, 2012

Bila Ainnur Nuha tak sihat.

Ainnur Nuha sangat jaranggggggggggggggg sakit. Sangat-sangat jarang. Kadang-kadang jek dapat selsema + batuk. Tapi mama dia tak bagi ubat & biasanya tak lama lepas tu dia dah ok. Berkat #susuibu  :)

Tapi minggu lepas hari Khamis (6/12), Ainnur Nuha dapat selsema + batuk. Takde lah risau sangat sebab dah tau nanti mesti baik. Cheh. Kompiden jek mama kamu ni kan Ainnur Nuha. Tapi dah bacaan, baby memang elok kalau dapat selsema + batuk. Biar antibodi bekerja lawan virus-virus kurang sihat tu. Jumaat petang gerak balik ipoh. Masa dalam perjalanan dah rasa badan macam dedar jek. Sampai Ipoh memang badan agak panas. Teruslah buat sponging. Kurang sikit panas & dapatlah dia tdo. Tu pon tak lena sebab terbatuk-batuk.

The next day (Hari Sabtu) memang cranky. Tak boleh mama hilang dari pandangan. Memang nak dengan mama jek. Opah ke Atuk ke Abah ke semua dia tak nak. Time tdo pon nak mama hug. Badan kejap panas kejap sejuk. Memang tak bagi pakaikan baju supaya panas badan keluar. Towards petang nampak ok. Nak lah dia bermain-main dengan syarat mama ada dekat sebelah. hehe

Malam tu lepas Nuha tido, dalam pukul 1pagi dengar Nuha merengek-rengek nak susu. Tetiba rasa badan Nuha panas. Panas yang amat. Hubby plak keluar dengan member pergi tengok bola. Cepat-cepatl called suruh balik sebab nak bawak Nuha pergi klinik. Naseb baek tunggu hubby tak lama. Kalau lambat memang dah drive sendiri jek. Tapiiiiiiiiii dekat area Jelapang tu bolehkan tak ada klinik 24 jam. T____________T. Berpusing-pusing carik tapi still tak jumpa. Dah nak menghala ke bandar Ipoh barulah nampak 24 Hours UNIKL Medical Center. Teruslah masuk situ. Sampai-sampai, register & doctor terus checked. Temperature masa tu 38.9'C. Doctor bagi ubat masok kat vontot & 3 jenis ubat lain - demam + batuk selsema.

Balik Melaka demam still on & off.  Flu tak kurang & batuk makin teruk. So semalam (Khamis) bawaklah Nuha jumpa paed yang selalu dia jumpa. Doc cakap lung dah ada noise. Kena on antibiotik & ubat batuk baru.

Alhamdulillah pagi tadi, demam dah tak ada. Batuk & flu pon dah kurang. Esok kena jumpa paed tu balik untuk review.

Bila tengok gambar bawah ni..alahai sedih rasa hati. Kalau boleh biar mama yang demam. Nuha tak payah demam-demam. huhu



Cepat baik ye sayang. Mama rindu dengan seyuman manis + gelak ketawa awak.

Cepat baik tau!

No comments: