Friday, January 18, 2013

Ibu Susuan



HOT FM punya status pagi tadi yang aku rasa memang betul-betul hot.

Aku perhatikan ramai yang komen ikut suka-hati-diaorang sahaja tanpa rasa bersalah.

Tak boleh, haram. Ada yang komen pulak -  Mana boleh, itu hak suami.

Wah-wah senang jek jatuh hukum macam tu. Dalil mana yang cakap jadi ibu susuan tu haram dik?

Dah tentulah ibu susuan ni dah dapat kebenaran dari suami dia dulu sebelum dia berikan susunya kepada baby lain.*sigh*

Bagi aku, usaha dia untuk berkongsi susu sekaligus menjadi ibu susuan adalah usaha yang mulia.

Kita ambil contoh yang paling dekat dengan kita, Rasulullah s.a.w.

Bukankah, Aminah, bonda Rasulullah mencari ibu susuan itu Baginda dan akhirnya, Rasulullah menjadi anak susuan Halimatussadiah?

Iya, tak dinafikan kononnya akan timbul nanti anak-anak susuan ini bila dah besar, akan bercinta dan silap-silap kahwin.

Tapi aku pasti ibu susuan ni dah ada plan dia macam mana nak menangani masalah-masalah itu nanti.

Zaman Rasulullah, ada telefon? Ada facebook? Komunikasi zaman Rasulullah dengan zaman sekarang, yang mana satu lebih maju?

Means, sekiranya ibu susuan tu tak menjadi masalah pada zaman dulu, kenapa pula ia akan menimbulkan masalah pada zaman sekarang?

Sebab itulah pentingnya ILMU.

Gali cukup-cukup ilmu tentang dunia penyusuan ni. Google apa hukum ibu susuan, macam mana sesorang itu boleh jadi anak susuan? Kena berapa kali kenyang? Kalau umur dah 3 tahun, boleh di kira anak susuan ke? Macam mana nk buat kalau dah ada anak susuan? Macam mana nak eratkan lagi silaturrahim anatar family & family anak susuan?

Google. Google. Google.

If bukak FB boleh, tak kanlah bukak GOOGLE tak boleh kan?

Please take note: tidak semua baby ini sama.

Ada yang mengalami alahan dengan kandungan susu lembu. Ada yang allergik dengan susu soya. So, what other's choice left kalau bukan susu ibu? Takkan nak bagi anak minum air masak pulak kan?

Lagi satu, janganlah anggap ibu susuan ni ada anak susuan sampai berpuluh-puluh orang. Tahulah ibu susan ni nak limitkan berapa orang. Ni bagi komen macam ibu susuan tu ada anak susuan berpuluh-puluh orang sampai tak boleh nak trace. Haih.

By the way HOTFM,

Sebelum UP kan status macam ni, sila lah peka ye. It's not PERKHIDMATAN. Ingat ibu susuan ni ada bukak kaunter ke untuk distribute susu dia? Aparaa.

Untuk ibu-ibu susuan di luar sana, semoga ALLAH permudahkan urusuan ibu-ibu, melindungi dan memurahkan lagi rezeki untuk ibu-ibu semua.

Oh. Aku tak anti formula milk ye tapi aku sokong penyusuan dengan susu ibu 100%.

Let's feed our future with mommy's milk.

Sekian khutbah jumaat untuk hari ini :)

Thursday, January 17, 2013

365 hari

Ainnur Nuha, buah hati mama dan abah.

Selamat Hari Ulang Tahun yang PERTAMA, jiwa mama.
Terima kasih kerana menjadi semangat mama di saat mama rapuh.
Terima kasih kerana penawar hati mama di waktu mama gundah.
dan
Terima kasih kerana menjadi amanah mama yang jarang sekali menyusahkan mama.

365 hari Ainnur Nuha hadir dalam hidup mama.
365 hari sudah mama dapat menyusukan Ainnur Nuha.
365 hari yang indah.
Penuh warna warni.
Penuh pelangi.

Terima kasih ALLAH atas anugerah ini.

Semoga dia dapat KAU pinjamkan padaku untuk seribu tahun lagi. 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday [22]

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 3, 2013

2 0 1 3

Selamat datang 2013. Hari ni dah masuk hari ketiga tapi baru sibuk nak wish. Takpelah kan. Better late than never. ^^  Tak sempat nak buat wrap up tahun 2012. Tapi overall tahun 2012 memang tahun yang penuh warna warni. Ada suka, ada duka. Ada cerita gembira, ada cerita tak berapa nak best. That's life isn't it?

Tahun 2012 di mulakan dengan kelahiran buah hati pengarang jantung yang di tunggu-tunggu.

Lama tak lama almost setahun jugak lah menunggu. Alhamdulillah, ALLAH kurniakan Ainnur Nuha untuk aku.

Dialah nyawa, dialah kekuatan aku, dialah jiwa aku. Ainnur Nuha adalah aku.

Allahuakbar, nak dekat setahun dah usia anak mama ni. Dah semakin keletah berbicara. Dalam bahasa dia sendirilah.=) Dah pandai meniru perbuatan orang lain. Kita bersin, dia pon nak bersin jugak. hehe

Masih belum boleh berjalan. Baru belajar nak lepas-lepas tangan. Merangkak memang laju lah. Aku baru bagi salam dekat depan pintu rumah, dia teruslah nak lepas dari pegangan bibik.

Selalunya, aku dengan hubby duduk sebelah menyebelah. Nak tengok dia pergi kat siapa. Well, kata anak mama kan. Of courselah mama menjadi pilihan pertama.hehe

Masih lagi menjadi peminat setia susu mama. Kalau malam tu, boleh tahan letih jugaklah sebab dia tak nak lepas. Balas dendam agaknya sebab tak dapat masa siang.

Kalau makan, suka makan buah pisang, betik, apple. Bubur nasi kadang-kadang suka, kadang-kadang tak suka.

Ainnur Nuha, mama memang peminat setia nombor satu kamu!


favourite spot bila dengar azan :)

Semoga tahun ini lebih baik dari 2012.

Again, Happy New Year 2013 ya'll!