Thursday, January 3, 2013

2 0 1 3

Selamat datang 2013. Hari ni dah masuk hari ketiga tapi baru sibuk nak wish. Takpelah kan. Better late than never. ^^  Tak sempat nak buat wrap up tahun 2012. Tapi overall tahun 2012 memang tahun yang penuh warna warni. Ada suka, ada duka. Ada cerita gembira, ada cerita tak berapa nak best. That's life isn't it?

Tahun 2012 di mulakan dengan kelahiran buah hati pengarang jantung yang di tunggu-tunggu.

Lama tak lama almost setahun jugak lah menunggu. Alhamdulillah, ALLAH kurniakan Ainnur Nuha untuk aku.

Dialah nyawa, dialah kekuatan aku, dialah jiwa aku. Ainnur Nuha adalah aku.

Allahuakbar, nak dekat setahun dah usia anak mama ni. Dah semakin keletah berbicara. Dalam bahasa dia sendirilah.=) Dah pandai meniru perbuatan orang lain. Kita bersin, dia pon nak bersin jugak. hehe

Masih belum boleh berjalan. Baru belajar nak lepas-lepas tangan. Merangkak memang laju lah. Aku baru bagi salam dekat depan pintu rumah, dia teruslah nak lepas dari pegangan bibik.

Selalunya, aku dengan hubby duduk sebelah menyebelah. Nak tengok dia pergi kat siapa. Well, kata anak mama kan. Of courselah mama menjadi pilihan pertama.hehe

Masih lagi menjadi peminat setia susu mama. Kalau malam tu, boleh tahan letih jugaklah sebab dia tak nak lepas. Balas dendam agaknya sebab tak dapat masa siang.

Kalau makan, suka makan buah pisang, betik, apple. Bubur nasi kadang-kadang suka, kadang-kadang tak suka.

Ainnur Nuha, mama memang peminat setia nombor satu kamu!


favourite spot bila dengar azan :)

Semoga tahun ini lebih baik dari 2012.

Again, Happy New Year 2013 ya'll!


No comments: