Friday, February 8, 2013

Hello 14 weeks :)

Macam rasa neglected pulak bila tak ada cite pon pasal kehadiran orang baru dalam rahim ni. Sorry adik baby, mama sekarang memang dah lama tak menaip dekat blog.

Banyak jek mama nak story tapi now tengah super busy. Pergi kerja, balik kerja, main dengan Kakak Ainnur Nuha then tido. Konon mama semangat nak tengok movie, last-last tv tengok mama.

Kembali ke pada tajuk. Ni update lepas baba ederq punya blog lah niiieee.. hehe

Yes, now I'm 14 weeks of pregnancy.

Terkejut? Aku pon terkejut macam korang masa tau dulu.hahaha

Since puasa, menstrual cycle upside down. Bulan puasa dapat puasa penuh lagi. Then regular balik.

But entering November, macam tak ada tanda-tanda pulak. So I thought mungkin sebab stress & penat.

That time sebok dengan family day PSH & Taman Mini Malaysia re-opening. Memang bergerak lasak lah ke sana-kemari. Siap jatuh tangga, kaki retak. You name it! Maka, ignore jelah bila ia tak kunjung tiba.

Entering December pon rasa still cool. Tapi dah mula perasan yang susu drop. Ingatkan wahh it's coming it's coming. Tapi tak ada ponnnn. Masa ni dah rasa "entah-entah pregnant". Haih. Berdebar-debar rasa. Mula terfikir, kalau pregnant macam mana? Nuha belum 2 tahun. Last time cser. Ish, kang nurse kompem marah.

Belum kompem lagi dah fikir macam-macam kannnnn.haha

So 11/12/12 pergilah beli UPT test. Dah kenapa entah masa nak beli tu pon rasa malu-malu. pfft

12/12/12, pagi-pagi bangun subuh terus test. Tanpaaaaa menunggu lebih lama dan tanpa rasa kabur-kabur, TWO LINES UP!

Cam mana aku react eh masa tu- Keluar bilik air, bagitau hubby (hubby muka terkejut + ala2 risau) & aku plak menangis sambil peluk cium Ainnur Nuha. Nangis yang sungguh-sungguh ni. Masa tu rasa cam mana dengan Nuha ni cam mana ni cam mana ni. haha. Emoooooo tak menahan. Padahal bukanlah nak bagi Nuha tu kat sesape pon or bukanlah nak pergi abaikan Nuha ke once dia dah ada adik. Sengal jugak lah aku masa tu. Rasa cam alahai Nuha ni kecik lagi tapi dah beradik. Time tue jelah. Now cam tak sabar pulak nak suruh adik baby keluar, so Nuha boleh ada geng kat rumah. ^^

Tanya hubby, jawapan dia - Alhamdulillah. Rezeki. Tapi jawap dengan muka risau okehhhhh. Bila tanya kenapa risau . Jawapan dia sebab last time aku bersalin cser & belum lagi sampai 2 tahun. Ohhh. Itu sebabnya. Aku cakap, insyaALLAH tak ada apa-apa. This time nak go for normal delivery kalau boleh.

Tapi 2-3 hari jugaklah aku nanges especially time BF kan Ainnur Nuha. Siap cakap - sorry Nuha, mama tak dapat fully BF sampai Nuha 2 tahun. Pastu nanges, nanges dan nanges. Blame the hormone ehhhh! haha

Kali ni memang ada mabuk-mabuk. Siap admitted sekejap dekat hospital sebab dehydrated. Dah nak masuk 15 weeks ni pon still ada rasa mabuk-mabuk.

Pumping session pon dah stop sebab tak larat & tak boleh dah nak supply demand Ainnur Nuha. She needs at least 18oz per day. Tapi aku dapat around 6oz jek. Dia dah minum FM bila dia 1 tahun lebih hari tu. Malam jek baru DF. Tapi nak bagi FM pon challenging. Macam-macam perisda dah cuba still tak nak. Now try sustagen coklat. Oklah, minumlah sikit-sikit. Malam hari, belasah DF. Balas dendam katanya.hehehe

InsyaALLAH kali ni nak mencuba VBAC. Masih lagi mencari-cari doctor yang support VBAC unfortunately tak jumpa lagi. Last option kalau tak jumpa jugak means ke GH lah nampaknya.

So that's all for now :)

Ainnur Nuha will be Kak Yong sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

InsyaALLAH.

Kita merancang, ALLAH juga merancang tetapi perancangan ALLAH adalah lebih baik untuk hambanya.