Thursday, April 11, 2013

Hello blog!



Berbulan-bulan lamanya tak tulis. Dulu paling malas seminggu sekali.
Ni dah masuk sebulan sekali. Memang malas tahap dewa!
Nak buat macam mana. FB lagi seronok dari you blog. kahkahkah.


Tentang Ainnur Nuha:
Buah hati pengarang jantung dah nak masuk 1 tahn 3 bulan.
Allahuakbar. Cepat sungguh masa berlalu.
Dah dapat lesen L masa 1 tahun 2 bulan tapi gigi baruuuuuuuuuuuuuuuu nak  tumbuh.
Tau semput abah dia nak kejar anak dara yang sorang ni.
Pantang lepas, kehulu hilir nak berjalan walau kekadang terjelepuk jatuh.
Takpe nak, kalau jatuh, bangun lagi dan lagi dan lagi.
Jangan cepat mengalah :)




Semalam, hujan lebat.
Kalau hujan aku suka tanya dia
Mama: Siapa jadikkan hujan?
Nuha: ALLAH
Mama: Siapa jadikkan Nuha?
Nuha: ALLAH
Mama: Siapa jadikkan Mama?
Nuha: ALLAH
Mama: Siapa jadikkan Abah?
Nuha: ALLAH

Allahuakbar. Excited aku bertepuk tangan.

Semoga Ainnur Nuha jadi anak yang solehah, patuh pada perintah ALLAH & hormat orang tua ye sayang :)

Tentang Adik Baby:
Anak mama yang dalam perut mama ni alhamdulillah doing good.
Berat dah 550g.
Gender pun dah nampak.
Seriously mama & abah tak sabar nak tunggu adik baby keluar. Nanti boleh teman Along Nuha main dekat rumah :)

Tentang Ahli Keluarga:
Alhamdulillah semuanya sihat CUMA our dearest cousin telah di uji ALLAH swt dengan kehilangan kaki kanannya.
Kak Long menghadapi saluran darah tersumbat dari kaki hingga ke peha.
Untuk menyelamatkan nyawa, doktor terpaksa potong kaki tersebut.
Terkejut? Sudah pasti!
Kami semua terkejut. Tapi kami semua kena kuat semangat supaya dapat support Kak Long.
Berapa kali jugaklah ulang alik Melaka-KL.
Well, if you love the person, you'll do anything for her (or him) :)
We're like sisters.
Mak Kak Long, Mak aku juga. Mak aku, mak Kak Long juga.
Semoga ada hikmah di sebalik ujian ALLAH ini.

Overall,
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat kehidupan yang ALLAH berikan sampai saat ini.

Semoga bertemu di lain entry. Jumpa lagi! :)

No comments: