Monday, May 13, 2013

Pasca PRU13

Nampak gayanya sebulan sekali lah mood nak update blog ni datang.
Kadang-kadang dah siap taip tapi aku simpan dalam draft.

Bulan Mei dimulakan dengan demam PRU13.
Dah tau sape menang kan.
Tapi rumah siap, pahat berbunyi.
Ala normal lah tu. :)

Apa pun, jangan ingat tanggungjawab pemimpin ni senang.
Kalau dekat dunia dia lepas, dekat akhirat belum tentu.
Cybertroopers pun, sudah-sudahlah menyebarkan benda yang tak pasti.
Roti gardenia naik hargalah.
Dah kena GSTlah.
Sudah-sudahlah sebarkan benda tue.
Carik dulu kesahihan berita sebelum sebarkan (sure lepas ni ada yang pangil aku orang BN or macai)
Well, aku tak kesah.
Biasalah, benda yang betul memang pahit nak diterima kan kan kan?
Lagi satu, yang panggil aku macai, korang tau ke aku pangkah sape?
Tak tau kan kan kan?

Nanti aku buat entry pasal isu-isu pasca PRU13 ni.
Tapi tu pun kalau aku rajin.
Kahkahkah.
Doalah supaya aku rajin eh?
Bye.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: