Friday, June 21, 2013

Finally!

Finally!
Kehidupan di pejabat akan kembali aman.

Finally!
Tak ada lagi orang buat pejabat, macam pejabat dia sendiri.

Finally!
Tak perlu lah lagi bos kami bayar gaji dekat orang yang buat kerja entah apa apa.

Finally!
Tak ada lagi dah gelak ketawa kau yang begitu annoying.

Finally!
Tak sakit lagilah mata kami tengok pakaian kau yang terjojol sana sini.

Finally!
Kami kembali happyyyyyyyy sebab kau tak ada lagi.

Yes!yes!yes!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 17, 2013

Random.


Ha.
Kan dah cakap...
Mood nak menulis blog ni semakin ke dasar lautan.
Sebulan sekali baru nak update blog.

Hujung bulan 5 hari tu, mak & abah, along & abg long, angah, abang ngah & aidi telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Alhamdulillah, jemaah selamat pulang pada 9hb Jun yang lepas. Kira baru seminggu lebih lah dia orang balik.

Apparently, cuma aku sorang sahajalah yang belum lagi ke sana.
Satu hari nanti, insyaALLAH.

Ainnur Nuha macam tau-tau jek mak wan & tok dang dia tak de.
Awal-awal tu mencari lah jugak. Dok panggil -ooodanggg...waaaaannnn.
Mau tak mencarik sebab selalunya tok dang & mak wan rajinnnn melayan bawak dia naik kereta pusing-pusing taman lah, pergi pasar rabu lah.
Ni mak wan & tok dang takde, tunggu mama & abah balik kerja lah baru dapat bawak jalan-jalan.
Tapi tu pon kadang-kadanglah. Tak hari-hari.

Masa ambil diaorang balik dekat KLIA, muncunggg jek muka Ainnur Nuha.
Tak tahulah tu tanda protes ke apa.
Siap jeling-jeling lagi.
Haha.
Tapi nak jek bila tok dang & mak wan dukung dia.



Ainnur Nuha dah 1 tahun 5 bulan.

Now ni vocab semakin bertambah-tambah. Paling tak boleh blah, if dia buat salah (tumpahkan nasik or air dengan sengaja), kita cakap biasaaaaaaa dia gitu. Nanti dia reply - lepek mama. T_____________T

Lepek tu macam pukul manja2 lah.

Words laen:
-acihhh (terima kasih)
-kom alam (waalaikumussalam)
-cat
-bird
-wahhhh...anteknya (wah cantiknya! : ni kalau tengok lampu warna-warni or nampak baju yang ada manik blingbling)
-mmm..dapppp (mm..sedap)
-jom alan (jom jalan! :: pantangggg lepas mandi & pakaikan baju, sure ajak berjalan)
-nanak (tak nak)
-kukak (bukak)
-amik amik (ambil)
-arlieeee..achooo ( charlie, achoo :: cerita charlie & the numbers)
-boboboy
-pin pin pin (upin ipin)
-eeeemoo (elmo)
-enyommm...enyommm (senyum..senyum : pegang HP sambil gaya nak ambik gambo sendiri. aku wonder mana dia dapat skill ni. haha)
- teeth..teeth (ni bila suruh bukak youtube brush your teeh yang elmo dok nyanyi)

Tu jelah kot yang ingat.
Dah boleh mintak tolong amik kan or pass kan barang.
Kekadang rasa macam eh eh eh, jangan cepat sangat nak besar boleh tak, Ainnur Nuha?

Adik baby,
Sorry kalau mama kurang tulis apa-apa pasal adik.
I know you're doing good inside my tummy.
Kalau adik baby mengeliat-ngeliat, memang perut mama terasa senak.
Macam tengah main bola gayanya.
Tapi mama suka!
Mama, abah, along Nuha & semuaaaaa tak sabar nak tunggu adik baby keluar.

Nak cerita pasal pregnancy kali ni tapi tunggulah bebila kalau rajin.

Semoga berjumpa di lain kali.
Entry bulan 7 pulak nanti.
Mungkin.
Haha.