Friday, August 2, 2013

Jumaat terakhir di bulan Ramadhan.

Allhamdulillah. Dah masuk 24 hari kita berpuasa. So far so good. Sehari jek tak puasa. Itu pon sebab terpaksa buka puasa.

Minggu ni dah 39 weeks! Weeeeeeeeeeeeeeeeeee. Sekejapnya masa berlalu. Hari Isnin hari tu ada checked up dekat GH Melaka. Taulah kalau check up dekat situ. Memang lamaaaaaaaaaaaa lah kena tunggu. Pukul 10 kot baru dapat jumpa doctor. Kali ni dah masuk kali ke 4 checked up dekat GH ni.

Macam biasa, buat test amik BP then baru dapat jumpa doc.  Last 3 checked up jumpa doc yang sama but this time doc lain pulak. Doc ni  tanya sikit-sikit then suruh baring. Dia pegang-pegang perut then dia cakap "Eh, baby belum engaged lah. Kita buat VE ye?"

Aaaa...kenapa pula nak buat VE. Normal lah kan kalau baby belum engaged sebab some of the cases baby engaged during labour start. Tapi lepas tu dia cakap "Puan pergi scan lah dulu." Maka tak jadiklah VE. Yessss!

Ok,pergilah scan. Dari scan, semua normal. Air ketuban masih cukup. Then jumpa balik doctor tu. Doctor tu pon cakap "Puan, sebab baby belum engaged, puan kena admit ward ye. Takut cord prolapse".

Pulak dah.  Cam mana pulak boleh kata ada risiko cord prolapse sebab masa scan tu bukan buat detailed scan pon. huhu

"Boleh tak saya dapatkan 2nd opinion doctor". Kompomlah tak nak kena tahan wad. Once dah kena tahan kompemmmmmmmm ramailah student medic yang akan datang interview. Tak mahu tak mahu.

"2nd opinion? Dekat mana?"

"Saya ada checkup dekat hospital pantai hari rabu ni. So saya pergi situ dululah"

"Puan ni nak bersalin dekat mana sebenarnya?"

"Tak pasti lagi. 1st choice Pantai tapi if last minute ada changes, GH lah."

Masa ni aku perasan muka doctor agak tak berpuas hati.

"Macam tu Puan tak payahlah check up dekat sini lagi. Saya buat surat untuk Puan refer dekat Doc pantai dan Puan tandatangan surat refuse untuk kena admit."

"Ok." Tunggu kejap doctor tulis then dia suruh sign. Aku pon baca dan zassss terus sign.

On the way ke car park, terfikir-fikir gak pasal risiko cord prolapse tue. Nak puaskan hati terus pergi poliklinik wahidah untuk buat detailed scan. Alhamdulillah, Doc Wahidah kata tak ada cord pon yang berdekatan dengan kepala. Everything is perfectly NORMAL. Alhamdulillah sangat-sangat.

Hari Rabu, checked up dekat KK pulak. Baby masih belum engaged.  Lepas checked dekat KK, terus ke hops pantai untuk next appointment. Satu minggu 3 kali koooo ada appointment. haha

Jumpa Dr.Tan, cot cet cot cet then dia buat VE. Haaa, itu lah sebab tak boleh puasa. Ada yang kata tak batal. Tapi sebab aku was-was, maka takpelah nanti aku ganti lah semula.

Dari VE, baru 1cm dilated. Aku dengar agak happy sebab once dah ada dilation, means aku berpeluang untuk VBAC. Tapi Dr.Tan cakap chances untuk aku VBAC dari 50% tinggal 10% sebab pintu rahim masih tebal. Pulak dahhh. Kecewa? Tak ponnnnn sebab aku tau aku boleh bersalin normal untuk 2nd pregnancy ni. Bukan Dr.Tan yang tentukan semuanya. ALLAH yang akan tentukan nanti :)

Semalam, dah mula keluar spotting sikit-sikit. Happyyynya rasa. 5th August ni (which is my EDD), akan ada check up lagi dekat KK & Hosp.Pantai but deep down, aku berdoa weekend ni aku dah bersalin.

Adik baby sayang, mama tahu adik baby rasa best duduk dalam perut mama tapi dekat luar ni dah ramaiiii tak sabar nak jumpa dengan adik baby.

Mama dah tak sabar nak peluk cium adik baby. Abah, Kak Yong Nuha, mak wan, tok dang & ramaiiiiiiiiii lagi yang tak sabar-sabar nak jumpa adik.

Keluar cepat ye sayang, we loveeeeeee youuuuuuuuuuuuu!!!

p/s: Tolong doakan aku ye semoga dapat bersalin normal, dipermudahkan & aku serta adik baby selamat. Terima kasih!! <3>

No comments: