Wednesday, December 10, 2014

Cerita Parking

Hari tu pergi Jusco. Outing anak-beranak. Punyalah ramai manusia. Nak parking pon susah. Ini tak boleh jadi. Suruh husband berhenti & aku turun dulu sambil dukung Ar Rayyan yang tengah tido. Nampak satu Chinese family yang sedang tolak troli.

"Excuse me aunty, parking kereta dekat mana ye?".Senyum semanis boleh.
"Oh. Ni kereta i. Kejap ye i tunggu driver". Aunty pon senyum manis.
"Ok aunty. I nak booked parking u. Susah nak dpt parking hari ni. Ramai org".
"Boleh-boleh. Hari ni mmg ramai orang maa. Ha tu driver i".

Fuhh...lega sebab tak perlu tunggu lama. Taulah dukung Ar Rayyan. 10kg dah kompem.hehe

Lepas kereta tu keluar, aku berdiri betul-betul depan kotak parking tu & tepon husband ckp parking dah dapat. Suruh husband pusing semula tempat td.

Mana kereta yg bagi signal nak masuk, aku memberi isyarat "sorry, parking occupied" . Senyum semanis boleh jangan dilupakan.

Tapiiii tiba-tiba ada satu kereta wish ni terus bagi signal and terussss nak masuk. Ewah ewah mak enon. Tak nampakkah aku yg tercegat control ayu ni?  Dengan panasnya. Ingat aku saja-saja ke nak berdiri mcm ni. Again, aku memberikan isyarat yg sama.  Si pemandu membalas tapi aku tak paham sign language dia. Tak nampak pon ye jugak sbb cermin dia gelap.

Aku cuma senyum sambil tunjuk kereta husband yg selang satu kereta di belakangnya. Dia tak puas hati sambil meligatkan lagi sign laguage dia.

Aku geleng dan senyum lagi. Posisi masih kekal. Tak berganjak walau seinci. Ingat senang nak dapat parking?????hahaha

Akhirnya kereta wish mengalah. Dia mengundurkan kereta dan sebelum berlalu pergi, si penumpang sempat mengangkat tangan dan menunjukan isyarat "piiiiiirahhhhh"

Ololololo. Macam dia sorang yang ada tangan kan. Tak kesahlah janji kereta aku dapat parking.

Moralnya, memang ada manusia yang kurenggg sensitiviti. Dengan orang yg tengah dukung anak yg sedang tdo pon ko nak carik gaduh.

Apadaaa.

No comments: