Tuesday, April 7, 2015

So HELLO?

Assalammualaikum. *wave laju-laju*

Iye aku tau blog aku ni bukan setakat dah bersawang, tapi dah tumbuh lalang hingga ke pinggang.
Amboi kemain peribahasa kan.

As usual, reason cliche - Busy you olllssss.
You ollsss lah sangat. Macam ada orang baca blog ko ni. kah!

So hi 2015!
Dimulakan dengan birthday Ainnur Nuha pada 17 Januari 2015.
3 tahun dah lilcaliph aku.
La ni hari-hari dia buat konsert dekat rumah.
"let it gooooooooo let it goooo....can hod it dat animoreeeeee"

Dia mintak mak wan (mak aku) telekung.
Ingatkan nak solat rupanya nak sarungkan aje dekat tali getah tu jadikan ala-ala baju Elsa.
Kemain tinggi imaginasi. haha
Sukehatilah sayangku Ainnur Nuha.
Moga membesar jadi anak yang solehah.

20hb Februari.
Besdei buah hati yang 32. Ewah dah 32 pon dok buah hati bagai. Sukehatilah.
Semoga kita ditempatkan bersama-sama disyurga firdausi.
Walaupun nanti ditemani bidadari si mata jeli, jangan lupa isteri mu ini. haha

Dah kenapa aku buat ucapan macam hari raya.
Belasah.
Hari ni mode sukehati menaip ikut kata hati.

28hb Februari.
Besdei aku yang 32 tahun juga.
Semoga aku mampu kurus.
Azam yang gagal dipenuhi setiap tahun.tettttt. T_____T

Masuk bulan March, memang busy gille siapkan pameran sempena kemahkotaan sultan johor.
Aku dah buat yang terbaik. Buku biru tentang sejarah johor tu berapa kali aku ulang baca supaya tak ada facts yang silap.
Dulu buku Hikayat Hang Tuah aku kena hadam. Sekarang ni buku sejarah johor.
Haaaa. Kerja aku skang ni baca membaca amalan mulia gitu.
Dah berlangsung pon pameran tu.
Korang pergilah tengok dekat Persada JB. Sampai hujung april kalau tak silap.

March pon aku macam zombie sebab Rayyan tak sihat.
Eh Muhammad Umar Ar Rayyan dah nak masuk 20 bulan.
Manja ketuk sangattttttt. Dialah yang paling kecik dalam rumah tapi dialah yang macam boss T_________T
Masih sedang develop vocab.
Tapi babytalk dia macam cakap german. Sebab aku pon tak paham apa dia cakap.
Bulan March hari tu a few days dia tak sihat.
Demam + batuk + selsema.
Ha, jarang-jarang sakit sekali dapat kombo.


Nak dijadikan cerita masa tu kawan-kawan aku dah ber-Essential Oil dengan Young Living
So aku pon cubalah.
Aku pakaikan rayyan thieves(utk boost imunisasi badan + batuk + keluarkan kahak) + peppermint (untuk turunkan suhu badan). Tapi aku still bagi PCM.

Alhamdulillah
Alhamdilillah
Alhamdulillah

Dalam 3 hari, hingus takdak, batuk takdak, demam pon surut.
Paling ingat bila pakaikan thieves tu, tak lama lepas tu mmg muntah yang super banyak. Kahak2 terkumpul semua keluar.
Kalau korang dengar geli, sorrylah tapi bagi mak-mak, melihat anak berjaya keluarkan kahak merupakan satu kejayaan!
hahaha

Aku dah jadik member, so sesiapa yang nak cuba Young Living Essential Oil ni, boleh whatsapp aku di nombor:

0 1 2 6 8 4 4 0 8 1

Oklah, moga-moga akuk bertambah rajin update blog ni sebab macam-macam aku nak share dengan korang tentang kebaikan Young Living Essential Oil ni.

Ni testimoni dari kawan-kawan aku. Jangan lupa, nak order whatsapp aku okeh!








2 comments:

Sabri said...

Assalam..

Di mana you beli brand ni? A few years ago ada ejen di Kuchai Lama, tapi minah tu dah tak jual lagi dah.

Sekarang ni I bought a few brands dari a few sellers - satu di Segambut, satu di PJ. So nak compare dgn Young & Living punya EO's.

Thanks ye..

aNoiHalim said...

Waalaikumussalam.

Saya adalah independent distributor untuk Young Living Essential Oil.

YLEO dah 20 in years in market but baru dua tahun masuk Malaysia.

From SEED to SEAL, YLEO mempunyai kualiti EO dalam kelas tersendiri.

Jika encik berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh whatsapp saya di: 0126844081.

Terima kasih.