Tuesday, December 27, 2016

Being Random

Alhamdulillah, rombongan umrah dah selamat sampai pada 24 December yang lalu.

Macam biasa, sure akan batuk & badan seram sejuk once dah sampai Malaysia. Perubahan cuaca gitewwww.

Paling best dengar cerita mak & abah dapat naik business class masa penerbangan balik. Mana mampu kan kalau nak bayar tiket semata-mata nak naik business class. Dapat pergi dengan economy class pon dah syukur banyak.

Bak kata mak - Kalau pergi lagi, mak nak naik kapalterbang yang macam ni.

Baiklah mak! Apa saja untukmuuuuuuu.

Ziarah kali ni, mereka berkesempatan ke Taif. Mak cakap tanah dekat Taif subur. Buah  besar-besar. Memang besar pon bila tengok buah delima yang mak bawak balik.hehe

Macam-macam mak belikan. Tapi yang paling best, makeup bag yang Saudi Airlines bagi. FURLA ko..gila tak suka.hahaha.

Gambo semua ada dalam FB. Aku malas nak upload dekat sini, boleh?

Oh ya, last week aku mendapat khabar berita yang tak dijangka langsung.

Wah wah wah.
Memang misteri nusantara betul.
Tersenyum je aku masa tu.

Sebab tu aku cakap, jangan suka sangat or mudah sangat menggunakan nama ALLAH.

"Demi ALLAH tak buat"

"ALLAH sayangkan kita, sebab tu berlaku"

If you're reading this (I know you're kinda stalker...kahhhhh!),

meh aku share apa dalam ceramah yang aku dengar:

"SETIAP YANG BERLAKU MEMANG TELAH DIATURKAN DAN DITENTUKAN ALLAH TAPI BELUM TENTU IA DALAM KEREDHAAN ALLAH"

Ko faham tak? Takkan lah tak faham. Ilmu agama ko lagi tinggi dari ilmu agama aku yang cetek ini.

Dekat dunia lagi ALLAH dah bukak aib ko and yet ko still tak segan menggunakan namaNYA untuk bermuka-muka.

Taubatlah selagi sempat.

Bukan taubat lepas tu buat lagi benda yang sama.

Bukan sekali. Dua kali dah.

Should I expect more?

Try me. Ko tau lah aku nak buat apa nanti.

Ko menganiaya aku. Ko tau tak?

Oh ya, ko tak nak blah ke dari situ?

Or ko memang jenis takde rasa malu?

Huh?


Wednesday, December 21, 2016

Thursday, December 15, 2016

Umrah 2016

Alhamdulillah, mak dan abah dijemput menjadi tetamu ALLAH untuk kesekian kalinya.
Same goes to Angah, Ateh & Abang. Anak-anak Angah & Ateh pon dapat pergi sekali.

Untung korang.
Kecik lagi dah dapat pergi.
Rezeki ALLAH siapa yang tahu kan?

Penerbangan menaiki MAS & Saudi Airlines.
Disebabkan last minute baru Ateh decided nak pergi, tu yang terpecah dua.
Nanti dekat Madinah diaorang jumpa.

Pukul 11 pagi sampai KLIA, pukul 2ptg depa checked in, 3ptg dah terbang.









Alhamdulillah selamat sampai di Madinah pukul 8.30pg waktu Malaysia (14.12.2016)


Masa taklimat, mutawwif kata beruntung dapat pergi semasa di bulan kelahiran Rasullah s.a.w.
Plan asal depa pergi bulan 11 tapi ditangguhkan ke bulan 12.
Cantikkan perancangan ALLAH? :)





Selain berkirim salam buat Baginda Rasullah s.a.w, aku minta Angah & Ateh bacakan doa di Raudhah nanti.

Moga aku dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah.

Dijauhkan dari menjadi orang yang munafik.

Dijauhkan dari manusia-manusia yang munafik.

Ditempatkan di syurga firdausi bersama mereka yang aku sayangi.

dan

Semoga ujian dan kesedihan yang aku lalui ini menjadi asbab kegembiraan untuk aku di akhirat kelak.

Aku tau, dalam doa mereka yang lain juga pasti terselit doa untuk aku.

Moga suatu hari nanti, ada rezeki untuk aku kesana.

KepadaMU aku berserah Ya ALLAH.

Wednesday, December 14, 2016

Wednesday, November 23, 2016

Monday, November 21, 2016

RC datang LAGI!

Kenapa akak beria-ia sangat promote Young Living Essential Oil ni? Bagus sangat ke?
- Tu antara soalan-soalan kegemaran yang akak dapat.

Jawapan akak:
OF COURSELAHHHHHHHH! Gila tak best pakai YLEO ni.

Kenapa brand Young Living? Ada banyakkkkk lagi brand lain dekat dunia ni?
Sebab, Young Living ni sangat transparent kepada penggunanya.
Nuuuu dekat UTAH, ada ladang yang dia tanam pokok lavender, silalah book tiket dan pergi melawat sekarang.
FROM SEED TO SEAL, kualiti YLEO memang tak boleh disangkal lagi.
Company lain ada tak ladang sendiri? Buat proses distillation sendiri?

Ehhh. Jauh pulak akak punya selingan padahal nak cerita pasal RC je.



RC ni blend dari pokok, cyprus, spruce dan tiga eucalyptus sekawan - radiata, globulus dan blue.

So sumber aslinya adalah dari: tumbuh-tumbuhan.

Fugsi utama adalah untuk membantu kamu, kamu dan kamu yang menghadapi masalah berikut:

Batuk
Selsema
Sakit Tekak
Hidung tersumbat
Sinus
Wheezing di dada disebabkan batuk selsema tadi

Ni testimoni rakan taulan akak yang dah menggunakan RC.
Satu untuk anak yang menghadapi selsema teruk (8 bulan), satu lagi untuk si anak yang ada resdung (umur anak  dalam peringkat sekolah rendah).

Mak mana yang tak risau bila  tengok si kecik selesema kan?
Sebab dari selsema akan trigger batuk.
Kalau tak elok, akan melarat jadi demam.
Tak mo lah sampai macam tu.
Kesian dkt si kecik yang menanggungnya nanti.
Kesian juga dkt mak sbb nanti tak cukup tido.hehe

Harga RC ni mampu milik.
Pakai pula cuma setitik je.

Nak tau dengan lebih lanjut, whatsapp akak je akak ye.





Monday, November 14, 2016

Testmoni : JOY

A testimoni from my dear friend, Padi


☀️We had JOY, We had season in the sun☀️
---------------------------------------------------
I seldom write about YL's emotional blend range. Well, sincerely, when I first started oiling, I am more interested with oils that are able support my family physical wellbeing. 

Then, one day (sometimes in July) Amiza Amincame to my home for a sharing session and later after the sharing session was done, Ayman started to throw tantrum. Yes, he looks bubbly and cute but once he snap, just stay away, I repeat, stay away! Ayman being the middle child, he struggles catching up with his big brother, Afnan and sometimes he wants to be cuddle like baby Aisha. You can see the conflict now, right?

So, after witnessing the terror, Amiza told me to try out JOY, use it everyday (morning and night before Ayman goes to sleep). Pheww, he cool down a lot after few days applying the protocol, both of us, Adif and myself can actually see the difference (this is among the reason why my husband is so in love with the oils too, peace parenting yaw✌🏻️).

Then, another friend shared about her son too, similar issue, told her the same thing that Amiza taught me, Alhamdulillah, she observed improvement too, a lot of improvement! This made me much much happier, to share and able to make other people's life easier and happier.

I was using JOY this morning, and suddenly the whole story caught me, the most important part in doing Young Living Business is to enjoy YL as your lifestyle, tell stories and keep sharing. Isn't it lovely? 


Wednesday, November 9, 2016

Monday, October 24, 2016

Just keep swimming!

Hello blog!

Pasang-surut mood nak menaip.
Kan bagus kalau apa yang terlintas dalam kepala otak, zretttttt terus tertaip.
Eh.
Tak boleh.
Kang ada orang lain baca, aku takut dia menangis tepi bucu katil. Kah!

So, ada beberapa emotional breakdown yang aku kena hadap beberapa minggu baru ni.
Cheh.
When I thought oh ok,  that's all.
Rupanyaaaa banyak lagi hoi!
Takpelah, yang tu aku serahkan pada ALLAH.

Kita bukan selamanya hidup dekat dunia ni.
Nuuuu akhirat nanti, pepandailah jawap.

Nampak kuat?
Rumah terbakar nampak asap.
Hati terbakar siapa yang tahu?
Haha.
Terima kasih Karamsing Walia utk pepatahmu ini.

What goes around, comes around.

Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa kita semua.

Aku nak buat kebaikan je.
LILLAHI TA`ALA.



Sunday, October 9, 2016

ISNIN???

Kenapa esok dah ISNIN??? 😅

Ni sindrom mak-mak yang bekerja.
Rasa kejapppp sangat weekend.
Tak puas nak bergolek-golek-bermain dengan anak-anak.
Alih-alih eh, esok mak kerja dah nakkk 😢

Anak-anak yang kena pergi taska atau sekolah pon, kadang-kadang ada drama gak bila tiba hari Isnin. Love-hate relationship gitu dengan taska & sekolah ni.hehe

Sooo, utk mengurangkan 'kenagaan' emak-emak(bapak2 biasa mmg cool je dalam apa jua situasi 😁), marilah cuba JOY.  Joy adalah gabungan 10 jenis tumbuh-tumbuhan dan salah satu daripadanya ialah ROSE(Rose adalah EO yang paling mahal okeh!)

Untuk anak-anak, JOY boleh membantu meningkatkan mood HAPPY bila nak ke taska atau sekolah. Boleh kurangkan cranky lah bak kata orang kampung akak. 😊

Untuk yang rasa lemauuu je nak ke pejabat, boleh juga cuba JOY. Pakai macam perfume. InsyaALLAH rasa gumbira je nak siapkan kerja dkt pejabat tu.

Selain itu, JOY juga boleh membantu mengatasi masalah kemurungan, tekanan perasaan dan apa-apa yang berkaitaan dengan 'kecederaan emosi'.

There was a time akak tepek JOY dekat muka sebab muka akak masa tu macam 'mak limah balik kampung' dah. Serabut oiii. Alhamdulillah JOY membantu sangat-sangat. 😊

Amacam? Rasa nak cuba JOY?

Whatsapp akak ye.



Friday, October 7, 2016

Salam Jumaat



Perempuan zaman sekarang,
Semakin gila.
Tak kenal dosa pahala.
Semua main belasah je.
Janji hati gembira katanya.

Perempuan zaman sekarang,
Bila kantoi, tak mengaku pula.
Siap kata - DEMI ALLAH ITU BUKAN SAYA!
AWAK INGAT SAYA TAK ADA AGAMA ke?
Angkuh sungguh butir bicaranya.
Inilah salah-satu contoh si penunggang agama.

Perempuan zaman sekarang,
Dia lupa dunia ini berputar.
Dia lupa ALLAH itu ada.
Sampai  bila kau nak bermuka-muka?
Kau yakin kau masuk SYURGA?
Tanpa perlu meminta maaf sesama MANUSIA?

Kau lupa?
Atau kau sengaja buat-buat lupa?
Heh.

Wednesday, September 21, 2016

Pembunuh Senyap

Sedang saya masak bubur dan nak basuh broccoli, tetiba terfikir nak guna THIEVES VEGE & FRUIT SOAK yang saya baru beli.

Memang HEBAT WEH!! 
SEKALI CELUP TERUS TANGGAL LAPISAN WAX / PENGAWET / PESTICIDE ke ape ntah yang putih2 di permukaan brokoli tu.

BOLEH NAMPAK JELAS PERBEZAAN YANG DAH DIRENDAM DENGAN THIEVES tu dengan yang belum direndam.

Selama ni anda hanya basuh2 sayur yang anda masakkan untuk keluarga anda dengan air?

Saksikan video ini untuk lihat perbezaan sayur yang hanya dibasuh dengan air biasa berbanding Thieves Vege & Fruit Soak ni.

Pastikan anda tidak hidangkan lagi SAYUR BERACUN kepada anak-anak anda.

Guna sekarang!

YOUNG LIVING THIEVES VEGE & FRUIT SOAK
YOUNG LIVING THIEVES VEGE & FRUIT SOAK
YOUNG LIVING THIEVES VEGE & FRUIT SOAK

Kalau TAK NAK dah makan SAYUR DAN BUAH BERACUN, contact saya untuk dapatkan
YOUNG LIVING THIEVES VEGE & FRUIT SOAK ni ye.

video
AnoiHalim 012-6844081
AnoiHalim 012-6844081
AnoiHalim 012-6844081

Tuesday, September 13, 2016

Pompuan jenis apa ni?


Aku memang tak faham spesis pompuan apa ni.

Ko dah kawen.
Ko dah ada anak.
Yettttt ko terhegeh-hegeh sangat nak kawan dengan laki orang lain tu kenapa????

Kawan lah dengan LAKI ko sendiri tak boleh ke?

Unless ko rasa laki ko ada kekurangan, tu yang gedik sangat carik laki orang lain.

Tak payah nak define 'cuma kawan' sebab tu semua BULLSHIT.

Haha.

Sorrylah aku memang EMO bab-bab spesis pompuan macam ni.

Macam tak ada otak nak fikir baik buruk.

Mohon guna OTAK tu sebaiknya.

Jangan letak OTAK tu dekat VONTOT.

Thursday, September 8, 2016

Apa BEST nye join Young Living Essential Rewards Membership?

Baca.Baca.Baca.

1. Anda dapat REWARDS POINT 10%-25% DARI SETIAP PEMBELIAN ANDA. 
Point ni boleh redeem FREE Young Living Products yang anda suka. Bayangkan macam anda beli RM100, anda dapat RM20 kembali. (tu pasal banyak sangat bende FREE we all boleh redeem dan guna. nak jual balik pon boleh)

2. Anda dapat LOYALTY GIFT SETIAP 3 BULAN.
Best tuu setiap 3 bulan dapat Hadiah!. Kalau anda Register sebelum October 2016, Hadiah die sangat2 BEST iaitu Free Dew Drop Diffuser Bernilai RM284, Everyday oil Collection Bernilai RM583, 3 EO bernilai RM340 kebawah setiap satu dan ARIA Diffuser bernilai RM1210!!
Tapi kalau register selepas bulan ni, hadiah setiap 3 bulan dapat jugak tapi kurang menarik sket. huhu

3. Anda dapat FREE STARTER KIT yang Bernilai RM200, RM356 atau yang bernilai RM713 pada pembelian PERTAMA bergantung kepada banyak mana pembelian anda.

4. Anda dapat join SUPPORT GROUP YLEO yang sarat dengan pelbagai informasi dan diskusi berkenaan EO.
Ni antara point yang sangat2 menarik bagi saya. lama2 anda akan dapat pakai banyak Essential Oil impian anda dengan PERCUMA sahaja. Sebab tu la saye sayangggg sangat dengan YOUNG LIVING sebab program untuk membership die sangat best. Sangat2 GENEROUS dalam memberikan free gift.
Berminat nak Join YL Membership?
Contact saye cepat2 untuk GRAB HADIAH menarik saya bgtau kat atas tu.
Ini baru cerita pasal YL membership. belum lagi cerita pasal Business. double triple best nye!!!! Yang tu kite cerita later ok.

Anoi Halim 
012.6844081

Denggi & ZIKA

Kenali perbezaannya.

Be it DENGUE or ZIKA, kedua-duanya dari jenis NYAMUK yang sama.

Silalah rajinkan diri bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan persekitarannya.

NO CURE FOR DENGUE OR ZIKA.

Jangan malas okeh!

Interested nak beli EO ni?


Sila whatsapp akak.


Wednesday, August 24, 2016

Friday, August 19, 2016

Thursday, August 18, 2016

Rise and Shine

The famous Nasi Lemak Saleha.

Wednesday, August 17, 2016

Badminton Olimpik 2016

Sapa tengok semi final beregu badminton semalam?

Saspennn oiiii tengook game diaorang tu. Dah macam main ping pong gaya lajunya.

Aku dengan husband mmg terjerit2 dekat rumah tu.
Feeling2 macam tengok dekat dalam stadium.
Siap pelok2 bila Malaysia dapat point.ahahaha

1st time team beregu lelaki dapat ke FINAL.

Beregu campuran pon dapat ke FINAL.

Tak zabarrrrrrr nak tengok final match nanti.

DLCW pulak semi-final akan jumpa Lin Dan. Hopefully dapat ke final juga.

GOOOO MALAYSIAAAAAAAAA!

Monday, August 15, 2016

Jejak Homeless...

Jumaat malam Sabtu baru ni (12.August.2016), aku join jalan-jalan jejak homeless dengan officemate husband. AbgSham yang organisekan. On short notice, dapat juga kumpul dana tambahan untuk project ni.

Eh ni kira 1st time lah aku join. Selalu baca experience orang lain je especially apa yang selalu dikongsi oleh Syed Azmi.

So habis kerja Jumaat tu, tak terus balik rumah. Kiteorang pergi makan asam pedas dekat Pasar Borong Melaka. Selama bermastautin dekat Melaka, ni lah pertama kali jalan-jalan cari kedai asam pedas. Overall, asam pedas mak laaagggggggggggggiii sedap.hahaha. Husband makan sesudu, dah berpeluh-peluh menahan kepedasan.

Eh dah lama tak berdating berdua memalam cenggini.mihmihmih

Lepas habis makan, terus ke Melaka Sentral. Total ada 8 orang yang bergerak menjejak homeless ni. Tapi ada yang two-in-one. Sesambil cari homeless, sesambil cari pokemon.haha

Dekat Melaka Sentral ada lebih kurang 7 orang. Then gerak naik 1 kereta ke Masjid Kg.Hulu. Dekat sini ada  4 orang tak silap. Ada tu yang dah 16 tahun homeless.Fuuuuh.

Lepas tu, pecah 2 team. 1 team ke Jonker Street, 1 lagi ronda around Kg.Jawa. Aku 1 kereta dengan husband, abgSham & en.Loqman. Last check point dekat Taman Rempah.

Such an eye opener tengok keadaan homeless ni. Pada yang dah ada kehidupan masing-masing, mohon bersyukur dengan apa yang ada. Jangan dengki. Guna akal fikiran yang ALLAH bagi tu ke jalan yang diredhaiNYA.

Ok nah layan gambar...




Yours truly with dearest husband.
What doesn't kill us, make us stronger. :)


Saturday, August 13, 2016

I don't know...Demi Allah

Jangan mudah menggunakan DEMI ALLAH untuk berselindung disebalik kesalahan yang dilakukan. 

Berani kerana benar.

Kita bukan selamanya hidup di dunia. Andai bukan di dunia, di akhirat sana kebenaran
pasti akan muncul jua.

Friday, August 12, 2016

Thursday, August 11, 2016

Remember...

 Never argue with an idiot.

 They will only bring you down to their level and beat you with experience.

Wednesday, August 3, 2016

HELLo!


Tuesday, May 24, 2016

RC for Everybody!

Respiratory Congestion atau RC antara EO yang sentiasa mendapat tempat diiiii? Di hati awak lah. ciaciacia. 😍😍😍
Ok-ok. Di hati mereka yang menghadapi masalah berikut:
😷Batuk
😷Selsema
😷Sakit Tekak
😷Hidung tersumbat
😷Sinus
😷Wheezing di dada disebabkan batuk selsema tadi
Kanak-kanak hingga orang dewasa boleh menggunakan RC ni.
Antara testimoni kawan-kawan yang paling win, letak RC dalam boiling pot untuk proses steam kan anak dia.
Zaasssss muntah kahak. 😌😌😌
(Dulu akak tak kenal EO, akak guna brand V tu.huhuhu)

Untuk keterangan lebih lanjut, PM or whatsapp akak okeh! 😘





Wednesday, May 11, 2016

Anak DEMAM?

Tips Harian Essential Oil @ Oilylicious™
Anak kalau demam, mak lah yang paaaaling runsingkan?
Eh. Ayah pon runsing juga cuma dia keep calm gituuu.
Paling horror kalau tengah bercuti-anak demam-klinik pulak jauh- belum tentu klinik tu bukak.
Lemon, lavender, peppermint dan thieves ni memang EO yang wajib ada dalam handbag akak. Sebab tulah akak perlukan handbag baru yang lebih besarrrr 😆😆😆 Eh?
InsyaALLAH sementara nak ke klinik, EO ni dapat membantu menurunkan suhu badan.
Ni usaha, segala yang berlaku dengan izinNYA jua.
Untuk keterangan lebih lanjut, boleh Whatsapp akak ye...

heart emoticon

Monday, May 9, 2016

Hadiah untuk FATHER'S DAY?

Ha...walaupon Father's Day atau Hari Bapa, bulan Jun nanti baru akan muncul, tetapi YL dah siap-siap bagi promo untuk dihadiahkan kepada HERO-HERO semua.

Eh tak semestinya untuk yang bergelar abah/ayah je. Untuk abam-abam, adik-adik lelaki di luar sana yang ingin tampil macho, hensem dan gagah perkasa,  boleh juga dapatkan set ni. Ada enam set kesemuanya. Haaaa pilih-pilih-pilihhhhhhhhh! (Gaya macam dekat pasar malam.ahaks)

So  6 set yang ditawarkan oleh Young Living ni ialah:



*klik GAMBAR untuk paparan lebih jelas


Set 1- SUPREME RELIEF SET to get your SUPERHERO STRESS FREE!
Consist of:
Aroma Siez - Provides relaxing sensation
Copaiba  - Sooth minor discomforts
Ortho Sport Massage Oil - Provide warming & relief sensation to the body

Set 2 - Get your working SUPERHERO a FOCUS BOOSTER SET to keep him moving forward!
Consist of:
Brain Power - To boost, clarify thoughts and to develop greater focus by diffusing (Akak ada extra diffuser. Siapa nak beli sila PM)hehe
Peppermint - Provides cooling sensation
Rosemary - Energizing and revitalizing!

Set 3 - EVERY MAN deserve the GENTLEMAN SET
Consist of:
Mister - Provide positive aroma that is beneficial for men
Transformation - Allows a person to replace negative beliefs through uplifting aroma
Shutran  - Boost up your masculinity!

Set 4 - SUPERHERO needs HIS DAILY ESSENTIALS!
Consist of:
Aromabright Toothpaste - Keep your SUPERMAN looking sleek and bright with their smiles!
Thieves Hand Purifier - Be protected everywhere you go.
Breathe Again Roll on - Provides calming effect.
Thieves - Goodbye GERMS!

SET 5 - Get your SUPERHERO looking sharp with FITNESS-TO-GO-SET
Consist of:
Ortho Ease Massage Oil - Soothes and warms tired and stressed bodies.
Cool Azul Sports Gel - A unique aloe-based formula absorbs smoothly into the skin, providing a cooling sensation!
Young Living Gym Bag - AWESOME!

Untuk maklumat lebih lanjut, Whatsapp aje. 

Friday, May 6, 2016

Oh My LEMON!

Kali ni akak tunjukkan dekat korang testimoni dari kengkawan akak yang dah menggunakan LEMON Essential Oil.
Batuk? Sakit Tekak?
Lemon kan adaaa.
Detox? Kulit muka bertambah licin gebu gebas? Crakced heels?
Rahsianya - gunalah LEMON Essential Oil.
Anak demam waktu malam?
Nak guna petua yg guna lemon tu, manalah ada kedai bukak memalam hari kan. 7-E pon tak ada jual lemon.

Maka, simpanlah sebotol LEMON Essential Oil ni. Sapukan pada tapak kaki dan spine. InsyaALLAH kebahlah demamnya nanti.
Nampak tak betapa banyaknya kegunaan lemon ni?

15ml tu guna 75biji LEMON tau. Harga member - RM51, non member- RM67.10
So apa tunggu lagi, mai order sebotol dengan akak. 

Friday, April 29, 2016

The beginning of my YLEO journey

Kemain tajuk aku dalam omputeh kan.hahaha. Ok meh aku cerita macam mana aku boleh terjebak dengan YLEO ni. YLEO ni shortform kepada Young Living Essesntial Oil ye para pembaca cikebum cikebum sekalian.

2015
Mula terjebak bila kawan sekolah, Afzan, cerita how she treated Afeef (her lovely autism kid) menggunakan EO. Rayyan masa tu dah nak dekat 1 tahun 4 bulan tapi takde 2 way conversation lagi dengan aku. Dok cakap Jermannnn je. Cakaplah Jepun pulak ke. Eh.

So afzan pon consult itu ini akhirnyaaaa terjebak lah aku. hahaha. Kebetulan 1st time dapat EO, Rayyan tak sihat. Kalau refer entry memang aku ada cerita sikit masa tu Rayyan demam. Aku pakaikan dia THIEVES dan PEPPERMINT. Alhamdulillah, dengan IZIN ALLAH, Rayyan kembali sihat. Part Rayyan nak suruh bercakap tu nanti aku cerita kendian eh.

So aku meneruskan guna Essential Oil ni dalam kehidupan harian. Nuha kena ketumbit pon, aku sapu kan EO. Eh sapu dekat keliling mata je. Dia pon kenal "I want the red bottle mama!"  (sebab Frankincense ni botol dia warna merah). Tapi tak lama lepas tu aku tak boleh bau EO. Aku rasa nak muntah. Pregnant khennnnn. Mabuklah bila bau EO tu. Terbehenti lah sekejap aku guna EO.

Dah habis berpantang, barulah boleh pakai EO semula. Tengok anak-anak pon ok, jarang2 sakit especially demam aku rasa - Eh, why not aku share kebaikan EO ni dekat mak-mak yang lain. So dari situlah aku start get serious dengan EO.

Oh. EO bukan hanya untuk anak-anak je. Untuk mak, ayah, adik, kakak, tok wan, pak cik, jiran sebelah rumah pon bolehhh pakai EO ni. Ok, dekat bawah ni aku bagi contoh LEMON.Kalau dalam FB, ramai yang share cara kurus dengan detox guna lemon. Sekarang lemon dah mahallll dik nonnnn. Sebiji, RM1.40 tak silap. So apa kata beli 1 botol LEMON ESSENTIL OIL. 15ml lemon essential oil ni dihasilkan dari 75 biji lemon. Haaaaa. Banyak kan. Young Living Essential Oil ni pulak cuma gunakan HASIL PERAHAN PERTAMA SAHAJA untuk dijadikan EO. Kira pati pertama tu sahaja lah. Ala, macam air tebu, pati air tebu tu yang paling sedap kan kan kan? Maaanis je rasa dia.


Takkan lah guna untuk detox sahaja? Oh tidak. Kalau anak-anak tak sihat, korang boleh mandikan dia dengan air lemon ni. Titik kan dalam besen, haa suruh dia berendam. Kalau untuk baby, 1 titik EO lemon ni sapukan pada tulang belakang dia. Kalau engkorang ada jerawat ponnn boleh letak dekat jerawat tu.

Ni contoh testimoni kawan-kawan yang gunakan LEMON untuk detox.


Ok. Siapa nak order, boleh Whatsappa ye. Harga Lemon 15ml ni RM51 (member), RM67.10 (non-member).

Whatsapp je kalau nak tanya apa-apa. InsyaALLAH aku akan explain satu-satu.

Thursday, April 28, 2016

Ainnur Raudhah

Assalammualaikum dan Hai!

Ha ko...almost setahun tak ada entry dekat blog ni. Almaklumlah, sejak dah jadik mak anak tiga ni, tahap kebizian menjadi lebih 3 kali ganda. Amboi kemain over buusy sampai 3 kali ganda kan.

Eh iyelah, anak aku dah 3 orang. Kenapa? Tak percaya?

Ala tadikan dah cakap setahun tak update.

Ni ha yang nombor 3



Ainnur Raudhah binti Anuar
4hb November 2015
Mahkota Medical Centre

Sekarang dah nak masuk 5 bulan dah cik kak ni. Sorrylah nakkk, masa Along dengan Angah, kemain lagi mama tulis update dalam blog bagai kan. Time awak mama tak cerita pon dalam blog. Jangan risau, kaseh sayang mama tetaplah sama tidak berbelah bahagi. So ni hutang entry utk kisah sepanjang mengandungkan awak dan kisah kelahiran awak :)

Mama dapat tahu mama mengandungkan awak pada bulan Feb 2015. Terkejut? Ya sebab tak plan. Tapi mama percaya PERANCANGAN ALLAH adalah yang terbaik.

Alhamdulillah, macam Along dan Angah, masa mama mengandungkan awak, mama tak de morning sickness yang teruk. In fact masa tu mama banyak task yang kena drive Melaka-JB. Mama rasa kuat sebab awak Ainnur Raudhah sayang.

Julai 2015 Hari Raya Aidilfitri. Turn beraya di Melaka. Kenyangggg woo makan rendang kerang, rendang daging, rendang ayam, sambal daging dan sambal kacang. Haaa macam-macam Ommi dan Mak Wan masakkan.




Fast forward masa awak dah 39 minggu ,mama & abah decide nak bersalinkan awak di Mahkota Medical Centre. Abah kan ada GL. So, marilah kita gunakan kemudahan yang ada. Doc bagi masa sampai 40 weeks sebab mama dah pernah ada kesan cser. Ok so minggu tu memang mama banyakkkannnn berjalan.

Hari Rabu, 4hb November 2015.

Mama tak boleh tido dari pukul 5 pagi. Perut rasa tak selesa. Mama tak pasti ni contraction ke atau braxton hicks. EDD awak 7hb November. Mama download contraction timer. Contraction tunjuk 5 minit sekali dalam 1 minit sakit tu. Tapi mak tak rasa sakit sangat lagi. Mama pinjam bola besar Along Nuha. Mama bouncing atas bola tu. Best je rasa.

Kebetulan hari Rabu tu mama ada checked up dekat Klinik Kesihatan. Lepas je solat subuh, mama bersiap2 terus ajak abah pergi klinik. Masa ni masih lagi rasa sakit tapi berable. Sampai klinik, nurse pon check. Dia kata ni contratcion. Nurse kata tunggu Dr buat VE. Haaa rupanya masa ni dah 4cm! Mama happy! Doc Chinese yang comel tu pulak cakap "Wahh...awak happy ye. Saya risau ni kalau awak terbesalin. Naik ambulance ok?" Nasib baiklah mama cakap mama bersalin dkt hospital lain. So mama dapat balik rumah dulu.

Balik rumah, sarapan, salam-salam minta maaf Mak Wan & Tok Dang then baru ke hospital. On the way ke hospital sempat mama suruh abah belikan milo ais sebab dahaga. kihkihkih

Sampai hospital, Dr checked mama dah 6cm. Wah. Dr tanya nak wheel chair tak? Mama kata takpe, mama jalan je ke labour room. Rasa jauhhh pulak labour room tu. Tunggu lif tak sampai-sampai, mama turun je lalu tangga. hehe

Dah salin baju semua, nurse pasang drip. Mama dah kata dah mama tak nak induce apa2. Dia kata, eh tak ni AIR BIASA je. Cheh macam lah mama tak tau tu PITOCIN! Sebab lepas dia pasang drip tu, sakit mama berganda2 terasa sakitnya. Abah pulak tak ada tengah uruskan resgistration ward. Oh mama memang makan je kurma.

Tak lama lepas tu, nurse checked kata air ketuban dah pecah. Depa sebok-sebok panggil Dr. Sementara nak tunggu Dr datang tu nurse suruh teran. 1st attempt, tak berjaya. Abah tak ada lagi masa ni. Agaknya awak nak tungguh abah. Abah sampai, Dr pon sampai, contraction pon sampai - PUSHHHHHHHHH! Plop. Alhamdulillah selamat dah mama keluarkan awak.




Kuat tau awak nangis. hehe. Then Dr check, balut dan bagi mama kiss. Tak lama dapat skin to skin sbb Dr ambil terus lepas tu. Oh ya mama minta maaf sebab susu pertama awak adalah susu formula. Mama tumpah darah sikit. Kena stay lama dalam labour room tu. Awak pula dah haus. Nak bawa awak masuk labour room tu, nurse tak bagi. So dengan paksa rela terpaksa kata YA utk 1oz susu formula. Sorry sayang!


3 jam lepas tu baru boleh masuk wad biasa. Mama cepat2 suruh abah bawa awak masuk. Alhamdulillah awak nak minum susu mama. <3 p="">
Esoknya dah boleh discharged. Masa hari ke-7 mama dan abah sendiri yang botakkan awak. Akikah awak pon mama dah buat dengan EZ Qurban. Nama awak dipilih oleh Tok Dang. Mula-mula mama nak letak Ainnur Adra. Tok Dang kata susah nak sebut. Bila tanya Ainnur Raudhah ok? Tok Dang setuju. Raudhah ni nama gelaran taman syurga yang ada di Masjid Nabawi, Madinah. Moga satu hari nanti mama dapat ke sana dengan anak-anak mama.



44 hari berpantang, awak memang good girl. Abah dan satu rumah dapat tido lena. hehe. Thank you sayang!


Doa mama, semoga Ainnur Raudhah menjadi anak yang solehah, yang patuh perintah ALLAH, sayang Rasulullah, hormat orang tua dan suka berbuat kebaikan. Semoga Ainnur Raudhah juga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Muaaahhhhssssss!!!