Thursday, April 28, 2016

Ainnur Raudhah

Assalammualaikum dan Hai!

Ha ko...almost setahun tak ada entry dekat blog ni. Almaklumlah, sejak dah jadik mak anak tiga ni, tahap kebizian menjadi lebih 3 kali ganda. Amboi kemain over buusy sampai 3 kali ganda kan.

Eh iyelah, anak aku dah 3 orang. Kenapa? Tak percaya?

Ala tadikan dah cakap setahun tak update.

Ni ha yang nombor 3



Ainnur Raudhah binti Anuar
4hb November 2015
Mahkota Medical Centre

Sekarang dah nak masuk 5 bulan dah cik kak ni. Sorrylah nakkk, masa Along dengan Angah, kemain lagi mama tulis update dalam blog bagai kan. Time awak mama tak cerita pon dalam blog. Jangan risau, kaseh sayang mama tetaplah sama tidak berbelah bahagi. So ni hutang entry utk kisah sepanjang mengandungkan awak dan kisah kelahiran awak :)

Mama dapat tahu mama mengandungkan awak pada bulan Feb 2015. Terkejut? Ya sebab tak plan. Tapi mama percaya PERANCANGAN ALLAH adalah yang terbaik.

Alhamdulillah, macam Along dan Angah, masa mama mengandungkan awak, mama tak de morning sickness yang teruk. In fact masa tu mama banyak task yang kena drive Melaka-JB. Mama rasa kuat sebab awak Ainnur Raudhah sayang.

Julai 2015 Hari Raya Aidilfitri. Turn beraya di Melaka. Kenyangggg woo makan rendang kerang, rendang daging, rendang ayam, sambal daging dan sambal kacang. Haaa macam-macam Ommi dan Mak Wan masakkan.




Fast forward masa awak dah 39 minggu ,mama & abah decide nak bersalinkan awak di Mahkota Medical Centre. Abah kan ada GL. So, marilah kita gunakan kemudahan yang ada. Doc bagi masa sampai 40 weeks sebab mama dah pernah ada kesan cser. Ok so minggu tu memang mama banyakkkannnn berjalan.

Hari Rabu, 4hb November 2015.

Mama tak boleh tido dari pukul 5 pagi. Perut rasa tak selesa. Mama tak pasti ni contraction ke atau braxton hicks. EDD awak 7hb November. Mama download contraction timer. Contraction tunjuk 5 minit sekali dalam 1 minit sakit tu. Tapi mak tak rasa sakit sangat lagi. Mama pinjam bola besar Along Nuha. Mama bouncing atas bola tu. Best je rasa.

Kebetulan hari Rabu tu mama ada checked up dekat Klinik Kesihatan. Lepas je solat subuh, mama bersiap2 terus ajak abah pergi klinik. Masa ni masih lagi rasa sakit tapi berable. Sampai klinik, nurse pon check. Dia kata ni contratcion. Nurse kata tunggu Dr buat VE. Haaa rupanya masa ni dah 4cm! Mama happy! Doc Chinese yang comel tu pulak cakap "Wahh...awak happy ye. Saya risau ni kalau awak terbesalin. Naik ambulance ok?" Nasib baiklah mama cakap mama bersalin dkt hospital lain. So mama dapat balik rumah dulu.

Balik rumah, sarapan, salam-salam minta maaf Mak Wan & Tok Dang then baru ke hospital. On the way ke hospital sempat mama suruh abah belikan milo ais sebab dahaga. kihkihkih

Sampai hospital, Dr checked mama dah 6cm. Wah. Dr tanya nak wheel chair tak? Mama kata takpe, mama jalan je ke labour room. Rasa jauhhh pulak labour room tu. Tunggu lif tak sampai-sampai, mama turun je lalu tangga. hehe

Dah salin baju semua, nurse pasang drip. Mama dah kata dah mama tak nak induce apa2. Dia kata, eh tak ni AIR BIASA je. Cheh macam lah mama tak tau tu PITOCIN! Sebab lepas dia pasang drip tu, sakit mama berganda2 terasa sakitnya. Abah pulak tak ada tengah uruskan resgistration ward. Oh mama memang makan je kurma.

Tak lama lepas tu, nurse checked kata air ketuban dah pecah. Depa sebok-sebok panggil Dr. Sementara nak tunggu Dr datang tu nurse suruh teran. 1st attempt, tak berjaya. Abah tak ada lagi masa ni. Agaknya awak nak tungguh abah. Abah sampai, Dr pon sampai, contraction pon sampai - PUSHHHHHHHHH! Plop. Alhamdulillah selamat dah mama keluarkan awak.




Kuat tau awak nangis. hehe. Then Dr check, balut dan bagi mama kiss. Tak lama dapat skin to skin sbb Dr ambil terus lepas tu. Oh ya mama minta maaf sebab susu pertama awak adalah susu formula. Mama tumpah darah sikit. Kena stay lama dalam labour room tu. Awak pula dah haus. Nak bawa awak masuk labour room tu, nurse tak bagi. So dengan paksa rela terpaksa kata YA utk 1oz susu formula. Sorry sayang!


3 jam lepas tu baru boleh masuk wad biasa. Mama cepat2 suruh abah bawa awak masuk. Alhamdulillah awak nak minum susu mama. <3 p="">
Esoknya dah boleh discharged. Masa hari ke-7 mama dan abah sendiri yang botakkan awak. Akikah awak pon mama dah buat dengan EZ Qurban. Nama awak dipilih oleh Tok Dang. Mula-mula mama nak letak Ainnur Adra. Tok Dang kata susah nak sebut. Bila tanya Ainnur Raudhah ok? Tok Dang setuju. Raudhah ni nama gelaran taman syurga yang ada di Masjid Nabawi, Madinah. Moga satu hari nanti mama dapat ke sana dengan anak-anak mama.



44 hari berpantang, awak memang good girl. Abah dan satu rumah dapat tido lena. hehe. Thank you sayang!


Doa mama, semoga Ainnur Raudhah menjadi anak yang solehah, yang patuh perintah ALLAH, sayang Rasulullah, hormat orang tua dan suka berbuat kebaikan. Semoga Ainnur Raudhah juga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Muaaahhhhssssss!!!


No comments: