Monday, August 15, 2016

Jejak Homeless...

Jumaat malam Sabtu baru ni (12.August.2016), aku join jalan-jalan jejak homeless dengan officemate husband. AbgSham yang organisekan. On short notice, dapat juga kumpul dana tambahan untuk project ni.

Eh ni kira 1st time lah aku join. Selalu baca experience orang lain je especially apa yang selalu dikongsi oleh Syed Azmi.

So habis kerja Jumaat tu, tak terus balik rumah. Kiteorang pergi makan asam pedas dekat Pasar Borong Melaka. Selama bermastautin dekat Melaka, ni lah pertama kali jalan-jalan cari kedai asam pedas. Overall, asam pedas mak laaagggggggggggggiii sedap.hahaha. Husband makan sesudu, dah berpeluh-peluh menahan kepedasan.

Eh dah lama tak berdating berdua memalam cenggini.mihmihmih

Lepas habis makan, terus ke Melaka Sentral. Total ada 8 orang yang bergerak menjejak homeless ni. Tapi ada yang two-in-one. Sesambil cari homeless, sesambil cari pokemon.haha

Dekat Melaka Sentral ada lebih kurang 7 orang. Then gerak naik 1 kereta ke Masjid Kg.Hulu. Dekat sini ada  4 orang tak silap. Ada tu yang dah 16 tahun homeless.Fuuuuh.

Lepas tu, pecah 2 team. 1 team ke Jonker Street, 1 lagi ronda around Kg.Jawa. Aku 1 kereta dengan husband, abgSham & en.Loqman. Last check point dekat Taman Rempah.

Such an eye opener tengok keadaan homeless ni. Pada yang dah ada kehidupan masing-masing, mohon bersyukur dengan apa yang ada. Jangan dengki. Guna akal fikiran yang ALLAH bagi tu ke jalan yang diredhaiNYA.

Ok nah layan gambar...




Yours truly with dearest husband.
What doesn't kill us, make us stronger. :)


No comments: