Tuesday, December 27, 2016

Being Random

Alhamdulillah, rombongan umrah dah selamat sampai pada 24 December yang lalu.

Macam biasa, sure akan batuk & badan seram sejuk once dah sampai Malaysia. Perubahan cuaca gitewwww.

Paling best dengar cerita mak & abah dapat naik business class masa penerbangan balik. Mana mampu kan kalau nak bayar tiket semata-mata nak naik business class. Dapat pergi dengan economy class pon dah syukur banyak.

Bak kata mak - Kalau pergi lagi, mak nak naik kapalterbang yang macam ni.

Baiklah mak! Apa saja untukmuuuuuuu.

Ziarah kali ni, mereka berkesempatan ke Taif. Mak cakap tanah dekat Taif subur. Buah  besar-besar. Memang besar pon bila tengok buah delima yang mak bawak balik.hehe

Macam-macam mak belikan. Tapi yang paling best, makeup bag yang Saudi Airlines bagi. FURLA ko..gila tak suka.hahaha.

Gambo semua ada dalam FB. Aku malas nak upload dekat sini, boleh?

Oh ya, last week aku mendapat khabar berita yang tak dijangka langsung.

Wah wah wah.
Memang misteri nusantara betul.
Tersenyum je aku masa tu.

Sebab tu aku cakap, jangan suka sangat or mudah sangat menggunakan nama ALLAH.

"Demi ALLAH tak buat"

"ALLAH sayangkan kita, sebab tu berlaku"

If you're reading this (I know you're kinda stalker...kahhhhh!),

meh aku share apa dalam ceramah yang aku dengar:

"SETIAP YANG BERLAKU MEMANG TELAH DIATURKAN DAN DITENTUKAN ALLAH TAPI BELUM TENTU IA DALAM KEREDHAAN ALLAH"

Ko faham tak? Takkan lah tak faham. Ilmu agama ko lagi tinggi dari ilmu agama aku yang cetek ini.

Dekat dunia lagi ALLAH dah bukak aib ko and yet ko still tak segan menggunakan namaNYA untuk bermuka-muka.

Taubatlah selagi sempat.

Bukan taubat lepas tu buat lagi benda yang sama.

Bukan sekali. Dua kali dah.

Should I expect more?

Try me. Ko tau lah aku nak buat apa nanti.

Ko menganiaya aku. Ko tau tak?

Oh ya, ko tak nak blah ke dari situ?

Or ko memang jenis takde rasa malu?

Huh?


Wednesday, December 21, 2016

Thursday, December 15, 2016

Umrah 2016

Alhamdulillah, mak dan abah dijemput menjadi tetamu ALLAH untuk kesekian kalinya.
Same goes to Angah, Ateh & Abang. Anak-anak Angah & Ateh pon dapat pergi sekali.

Untung korang.
Kecik lagi dah dapat pergi.
Rezeki ALLAH siapa yang tahu kan?

Penerbangan menaiki MAS & Saudi Airlines.
Disebabkan last minute baru Ateh decided nak pergi, tu yang terpecah dua.
Nanti dekat Madinah diaorang jumpa.

Pukul 11 pagi sampai KLIA, pukul 2ptg depa checked in, 3ptg dah terbang.









Alhamdulillah selamat sampai di Madinah pukul 8.30pg waktu Malaysia (14.12.2016)


Masa taklimat, mutawwif kata beruntung dapat pergi semasa di bulan kelahiran Rasullah s.a.w.
Plan asal depa pergi bulan 11 tapi ditangguhkan ke bulan 12.
Cantikkan perancangan ALLAH? :)





Selain berkirim salam buat Baginda Rasullah s.a.w, aku minta Angah & Ateh bacakan doa di Raudhah nanti.

Moga aku dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah.

Dijauhkan dari menjadi orang yang munafik.

Dijauhkan dari manusia-manusia yang munafik.

Ditempatkan di syurga firdausi bersama mereka yang aku sayangi.

dan

Semoga ujian dan kesedihan yang aku lalui ini menjadi asbab kegembiraan untuk aku di akhirat kelak.

Aku tau, dalam doa mereka yang lain juga pasti terselit doa untuk aku.

Moga suatu hari nanti, ada rezeki untuk aku kesana.

KepadaMU aku berserah Ya ALLAH.

Wednesday, December 14, 2016