Thursday, December 15, 2016

Umrah 2016

Alhamdulillah, mak dan abah dijemput menjadi tetamu ALLAH untuk kesekian kalinya.
Same goes to Angah, Ateh & Abang. Anak-anak Angah & Ateh pon dapat pergi sekali.

Untung korang.
Kecik lagi dah dapat pergi.
Rezeki ALLAH siapa yang tahu kan?

Penerbangan menaiki MAS & Saudi Airlines.
Disebabkan last minute baru Ateh decided nak pergi, tu yang terpecah dua.
Nanti dekat Madinah diaorang jumpa.

Pukul 11 pagi sampai KLIA, pukul 2ptg depa checked in, 3ptg dah terbang.









Alhamdulillah selamat sampai di Madinah pukul 8.30pg waktu Malaysia (14.12.2016)


Masa taklimat, mutawwif kata beruntung dapat pergi semasa di bulan kelahiran Rasullah s.a.w.
Plan asal depa pergi bulan 11 tapi ditangguhkan ke bulan 12.
Cantikkan perancangan ALLAH? :)





Selain berkirim salam buat Baginda Rasullah s.a.w, aku minta Angah & Ateh bacakan doa di Raudhah nanti.

Moga aku dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah.

Dijauhkan dari menjadi orang yang munafik.

Dijauhkan dari manusia-manusia yang munafik.

Ditempatkan di syurga firdausi bersama mereka yang aku sayangi.

dan

Semoga ujian dan kesedihan yang aku lalui ini menjadi asbab kegembiraan untuk aku di akhirat kelak.

Aku tau, dalam doa mereka yang lain juga pasti terselit doa untuk aku.

Moga suatu hari nanti, ada rezeki untuk aku kesana.

KepadaMU aku berserah Ya ALLAH.

No comments: