Monday, January 30, 2017

Thank you Young Living!

Busy.Busy.Busy

Hari Sabtu, alhamdulillah Anor dah selamat bertunang.
1 hari menyebokkan diri dekat rumah Pok Da.
Dari pagi sampai ke petang.
Kenduri kahwin insyaALLAH bulan April nanti.

Rumah memang penuh.
Along, Angah, Ateh, Abang & family masing-masing.
Kiddos je dah  18 orang.
Macam hari raya dah meriahnya.hehe

Hari ni, rumah masih meriah but towards petang, Ateh balik KL, Abang balik Johor.
Malam dah rileks sikit. So dapatlah unpack barang-barang dari YLEO.
Mostly aku dapat percumaaaaaa.
Generous sangat tau Uncle Gary ni. Macam-macam dia bagi.haha


Dalam kotak unggu ni pula, sponsor dari my dearest friend untuk one of the event akan datang. 
Bukan event aku pon but jenis aku, orang buat baik dengan aku, insyaALLAH 10 kali aku buat baik balik dengan orang.

Tapi kalau once ko buat taik, sorry lah. Campur pulak pakej dengan aku-tak-pernah-kaco hidop-ko-tapi apehal-ko bajet BAGOS sangat?
Lagilah sorry. Tak rugi aku tak berkawan dengan jenis FAKE macam tu.


Oh. Ni je ke produknya?
Ni je pon, RM540 hokeh.
Ko hado?


Friday, January 27, 2017

Grey's Anatomy Season 13

Baru habis layan GA Season 13, Episode 10.

Lama okeh GA ni berhenti bersiaran. Episode 9, tahun lepas bulan November.

Memang sabarrrr bebanyak nak tunggu episode 10.

Tapi GA skang tak best macam dulu. Dulu ada Christina yang sarkastik gila. Chirstina, i love you!haha. Ada si Derek Sheperd aka McDreamy. Ada Mark Sloan. Tapi dua-dua watak ni dah dimatikan.Cis.

Season 13 ni, familiar faces yang tinggal cuma Meredith Grey (dia punya cerita kan. heroin kenalah stay.hehe), Alex Karev, Bailey,  Hunt, Jackson, Arizona dan sapa lagi tah.

Kesian dkt Meredith sebab BFF dia tinggai Alex Karev ja. Tu pon si Alex nak  g serah diri dekat polis  sebab dia p tumbok intern.Tsk. 

Bulan April nanti, dengar khabarnya PRISON BREAK kembali semula!

Hoihhh, adakah Michael Scofield tak mati dulu? Kesian lah si Sara tu hidop sorang diri selama tu. 

Haih. Tak zabarrrrrr.

Esok dah start looong weekend. Hari ni pon dah ada yang start cuti.

Oh, malam tadi dating ngan husband tengok xXx: Return of Xander Cage. Korang tak yah lah tengok sebab cerita dia cliche.hahaha.

Sabotage dari org jahat - ada misi - van diesel kumpul geng utk selamatkan dunia - happy ending.

Tapi kalau korang suka action movie, bolehlah tengok. 

Wokeh eveybody, have a nice long weekend!



Wednesday, January 25, 2017

Monday, January 23, 2017

Hujan


Hari ni hujan turun non stop since dari malam tadi.  Naseb lah semua bagi kerjasama nak bangun pagi especially si baby besaq.haha. Taulah hujan sejuk. Siapa je yg rajin nak meninggalkan comforter yang nyaman itewwww kan. Lepas dropped Nuha dekat tadika, singgah beli breakfast the baru gerak ke office.

As usual, asal hujan kompem kereta slow-mo. Jem panjang lah jawapnya. Hikmahnya, dapatlah membelek2 muka org sebelah. 

"Eh, awat dah ada wrinkles ni?"

"Ok apa. Takde lah risau nanti. Nampak tua dah kan?"

"Iye keeeeeee tak yah risau?"

"Unless kalau org tu gila"

Hahahaha. Padu betul lah kan buat lawak. Kalau tengah minum air memang kompem tersembur.haha

Aha, i'm still selling Young Living Essential Oil ya.

Boleh vist  my FB : PERFUMERACK untuk update pasal EO. Tu pon sebenarnya dah lama tak update.bahahaha.

Alhamdulillah, ramai dah guna EO. Last week ada buyer beli Premium Starter Kit. Worth buying! Gentle baby yang stock in hand pon tinggal 1 botol je. Dekat YL dah lama out of stock. Sapa nak, sila whatsapp.

Musim cuaca tak menentu, EO yang paling hot selling adalah RC & Thieves.

Korang klik je labels dekat sebelah kanan tu ye. Takpon nanti aku buat entry baru pasal dua EO ni.

Monday Blues lagi kah?

Anggap je hari ni bukan hari Isnin macam minon ni.haha

Have a nice day!

Jangan main huuujannnn.


Friday, January 20, 2017

TGIF!

Aku dah jumpa SEMUA cerpen Aku Sebatang Pensel Mekanikal Hijau tu.

Aku rasa tak payahlah aku share dengan korang sebab aku takut korang akan muntah hijau- non stop-
7 hari berturut-turut.

Haaa kau. Memang sampai tahap tu nanti yang korang kena hadap.

Aku tak nak bertanggungjawab.kahkahkah

Lagi best cerpen ni ada MUSIM 1 dan MUSIM 2 tau.

Dua-dua pon aku dah jumpa.

Musim 1 punya cerita, lagi lah rasa nak muntah sampai keluar anak tekak ni haaaaa.

Aku takpe baca, sebab aku ada EO nak kawal muntah aku ni.mihmihmih

Oklah esok dah weeeekend.

Macam-macam plan nak buat esok.

Last but not least,

Kita hidup ni kalau tak memberi manfaat dekat orang lain, janganlah menyusahkan hidup orang lain.

Orang lain tak pasal-pasal pulak kena tanggung akibat perbuatan tu.

Bukan kah itu dah menyusahkan hidup orang lain namanya?tsktsktsk

Oh. Betullah ALLAH wujudkan semua benda bersebab. 

Nilah kot salah-satu sebabnya.

Semoga aku mampu menjadi lebih SABAR.

Enjoy your weekend everybody!



*** You can't make the same mistake twice. The second time it's not a mistake, it's A CHOICE.
** Sorry for being mean, YOU asked for it, remember?

Wednesday, January 18, 2017

Monday, January 16, 2017

Rise and shine

Hello Monday!

What a perfect weekend we had.

Will blog about it later.

xoxox


Thursday, January 12, 2017

Expect the UNEXPECTED.

Aku suka baca penulisan ummi.
Aku quote sikit apa yang ummi pernah tulis.

Untuk kau baca.
Khas untuk kau.


Siapa Makan Cili, Dia Yang Rasa Pedasnya.
Disetiap penulisan saya, saya tidak mendedahkan identiti sesiapa pun, gambar takde, nama takde, tetapi kenapa menyalak bagai nak runtuh bukit?
Terasa? Sentap?
Entah...kalau kamu tidak buat, buat apa nak sentap? Buat apa nak marah marah?
Pasaipa kamu mengamuk sakan? Sebab kamu buat, jadi kamu sentap.
Bagus orang sentap ni, menunjukkan hatinya masih boleh dibentuk.
Masih boleh dinasihati.
Mudah terasa apabila perkara memang kamu lakukan dan kamu rasa malu.
Padahal sebenarnya tidak ada siapa pun yang tahu kerana tidak ada identiti diri yang didedahkan.
Moga moga kamu bertaubat dan berubah.
Tidak mengulangi perbuatan lampau yang merugikan.
Semoga Allah membantu kamu dan kita semua menjadi orang mukmin yang Allah redhai.


Bukan sekali aku bagi warning dekat kau.
Aku whatsapp, aku email. Tapi ada kau kesah?
Kau abaikan semua tu. Kau turutkan kata hati kau.
Sepatutnya kau lebih faham apa yang akan aku rasa bila kau buat kerja bodoh tu.
Huh.

Perkataan maaf yang kau cakap tu untuk kesalahan yang mana?
Minta maaf secara bundle?
Kau ingat tu perkara kecik?

Forgive, yes.
Forget, NOT YET.

Kenapa baru sekarang aku pungpang?
Sebab perbuatan kau sangat berbekas di hati.
Parut yang kau buat, sangat menyakitkan aku.
Bukan mudah aku nak melupakan.
Mungkin sampai mati aku akan ingat setiap perbuatan kau.

Banyak lagi cara yang kau boleh buat, tapi kenapa cara itu yang kau pilih?
Kau ada cara untuk aku lupakan perbuatan kau?
Kalau ada, bagitau aku.

Kau mesti nak suruh aku SABAR dan REDHA dengan UJIAN ni kan?
Aku terima ujian ni tapi sekali lagi aku cakap, perbuatan yang kau buat, mungkin sampai mati aku akan ingat.

Aku bukan nak cari musuh.
Aku tak nak bermusuh.
Kau pon bukan musuh aku sebelum ni.
Aku tak terfikir langsung ko akan BUAT KERJA BODOH lagi BANGANG tu.
Kau taukan yang mana satu aku maksudkan?
Jangan buat-buat tak tau atau buat-buat lupa pula yang mana satu.

Aku nak tau, kenapa kau buat macam tu?
Tergamak ko kan?

Nak anggap semua ni tak ada apa-apa, benda kecik aje. Sorry.
Kalau benda ni jadik dekat kau, nanti kau buatlah macam tu.
Rasa benda ni kecik aje.

Tapi aku doakan kau tak akan hadap benda ni.
Sebab sakitnya, peritnya, ALLAH je yang tahu.

Sorry kalau kau sentap lagi.
Aku belum tentu masuk syurga tapi neraka bukan tempat yang aku nak tuju.

By the way, if this stupid things happen again in the future, ko tau apa aku akan buat kan?



Wednesday, January 11, 2017

Sunday, January 8, 2017

Ainnur Nuha Masuk Tadika!

Our deareast little caliph dah 5 tahun!
Cepat betul masa berlalu.
Rasa baru je Doc tunjuk awak dekat mama masa dalam bilik bedah.
Tetiba awak dah nak masuk tadika.




Dua tahun lagi sekolahRendah, sekolahMenengah, masuk U, kerja, then kawen.
Tsk.
Mama emo.haha

1st day hantar awak, alhamdulillah awak tak nangis pon.
Rela je bangun awal, mandi & bersiap.
Selalu  bangun pagi pukul 10 kan kan kan?
Masa 'honeymoon' awak dah abes.
Same goes to mama dan abah.
Tak boleh nak bergolek-golek lepak-lepak lagi dah lepas solat subuh.
Mihmihmih.

Nama awak "Nuha", mama dan abah pilih sebab maknanya BIJAKSANA.
Walaupon dulu selalu je misi dekat klinik cakap ni nama gabungan nama kami.
Mama iyakan ajeee sebab memang ada juga kriteria tu masa pilih nama untuk awak.hehe

Selamat menempuh alam persekolahan.
Doa kami semoga Nuha menjadi anaknda yang berjaya dunia akhirat.

Be kind to others ok darling?
Be "NUHA" too.




We love you!



Sunday, January 1, 2017

Hello 2017


Hello


I wish that everyone gets exactly
what they deserve.

Happy New Year