Thursday, January 12, 2017

Expect the UNEXPECTED.

Aku suka baca penulisan ummi.
Aku quote sikit apa yang ummi pernah tulis.

Untuk kau baca.
Khas untuk kau.


Siapa Makan Cili, Dia Yang Rasa Pedasnya.
Disetiap penulisan saya, saya tidak mendedahkan identiti sesiapa pun, gambar takde, nama takde, tetapi kenapa menyalak bagai nak runtuh bukit?
Terasa? Sentap?
Entah...kalau kamu tidak buat, buat apa nak sentap? Buat apa nak marah marah?
Pasaipa kamu mengamuk sakan? Sebab kamu buat, jadi kamu sentap.
Bagus orang sentap ni, menunjukkan hatinya masih boleh dibentuk.
Masih boleh dinasihati.
Mudah terasa apabila perkara memang kamu lakukan dan kamu rasa malu.
Padahal sebenarnya tidak ada siapa pun yang tahu kerana tidak ada identiti diri yang didedahkan.
Moga moga kamu bertaubat dan berubah.
Tidak mengulangi perbuatan lampau yang merugikan.
Semoga Allah membantu kamu dan kita semua menjadi orang mukmin yang Allah redhai.


Bukan sekali aku bagi warning dekat kau.
Aku whatsapp, aku email. Tapi ada kau kesah?
Kau abaikan semua tu. Kau turutkan kata hati kau.
Sepatutnya kau lebih faham apa yang akan aku rasa bila kau buat kerja bodoh tu.
Huh.

Perkataan maaf yang kau cakap tu untuk kesalahan yang mana?
Minta maaf secara bundle?
Kau ingat tu perkara kecik?

Forgive, yes.
Forget, NOT YET.

Kenapa baru sekarang aku pungpang?
Sebab perbuatan kau sangat berbekas di hati.
Parut yang kau buat, sangat menyakitkan aku.
Bukan mudah aku nak melupakan.
Mungkin sampai mati aku akan ingat setiap perbuatan kau.

Banyak lagi cara yang kau boleh buat, tapi kenapa cara itu yang kau pilih?
Kau ada cara untuk aku lupakan perbuatan kau?
Kalau ada, bagitau aku.

Kau mesti nak suruh aku SABAR dan REDHA dengan UJIAN ni kan?
Aku terima ujian ni tapi sekali lagi aku cakap, perbuatan yang kau buat, mungkin sampai mati aku akan ingat.

Aku bukan nak cari musuh.
Aku tak nak bermusuh.
Kau pon bukan musuh aku sebelum ni.
Aku tak terfikir langsung ko akan BUAT KERJA BODOH lagi BANGANG tu.
Kau taukan yang mana satu aku maksudkan?
Jangan buat-buat tak tau atau buat-buat lupa pula yang mana satu.

Aku nak tau, kenapa kau buat macam tu?
Tergamak ko kan?

Nak anggap semua ni tak ada apa-apa, benda kecik aje. Sorry.
Kalau benda ni jadik dekat kau, nanti kau buatlah macam tu.
Rasa benda ni kecik aje.

Tapi aku doakan kau tak akan hadap benda ni.
Sebab sakitnya, peritnya, ALLAH je yang tahu.

Sorry kalau kau sentap lagi.
Aku belum tentu masuk syurga tapi neraka bukan tempat yang aku nak tuju.

By the way, if this stupid things happen again in the future, ko tau apa aku akan buat kan?



No comments: