Tuesday, February 14, 2017

Oh My Weekend!

Hari Sabtu dimulakan dengan aktiviti masak-memasak.
Malam sebelumnya mak dah request nak makan meeehun putih for breakfast.
Ada yang panggil meehun singapore. Tak kesahlah apa namanya kan.
So pesan dekat mak utk singgah beli ayam lepas mak balik subuh.

Tersedar 5.30am, rendam meehun dulu sesiap. Supaya tidaklah meehun keras kejung nanti.haha
Tunggu mak balik beli ayam baru start masak.

Ok ni resepinya.Tak ingat resepi ni amik dari mana. Tapi so far feedback tidaklah mengecewakan.

1 peket meehun (aku suka guna cap gajah)
Isi ayam (sukehati nak banyak mana) - potong kecik/dadu. Besar ibu jari
Fishball (aku suka beli cap mushroom) - 1 peket. Ni pon sama, potong tiga.
Fishcake (sama, cap mushroom)- 2 keping. Potong cam besa.
Kobis (pilih kobis hat kecik), potong panjang mcm buat salad tu.Agak-agak sendiri nak banyak mana.
Carrot - 1 batang. Potong panjang-panjang.

6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
*ni tumbuk bersama

Lada sulah *ikut sukahati hangpa nak pedas takat mana
Lada hitam *ni pon sama. Jangan curah 1 botoi sudah

Cuka buatan - 2 sudu


Cara-cara
1. Ayam dah potong dadu tadi, gaul dengan garam secukup rasa. Mohon agak-agak. Jangan masin sangat.
2. Gorengkan ayam sampai masak.
3. Bila agak-agak dah masak, masukkan fishcake dan  fishball.
4. Goreng lagi bagi semua bahan-bahan masak.
5. Masukkan bawang putih yang dah ditumbuk bersama lada hitam
6. Kacau sampai semua bahan mesra.
7. Masukkan lada sulah dan lada hitam - Ni pon sama, mohon agak-agak.
8. Bila semua bahan dah mesra, curah air takat tutup bahan.
9. Masukkan cuka. Aku suka letak 2 sudu ja. Tak lah masam sangat.
10. RASA! Apa yang kurang, mohon tambah sendiri.mihmihmih
11. Masukkan carrot.
12. Kacau dan kacau.
13. Masukkan meehun. Jangan sukehati nak kacau meehun. Kang meehun tu hancur. Nak bagi lembut, tutup kuali tu sat.
14. Sebelum tutup api, masukkan kobis.
15. Gaul bagi kobis tu rata.
16. SIAP!



Cara nak buat panjang kemain, tapi percayalah, senang aje.

Ada yang suka makan dengan kicap cili.
Ada yang suka makan dengan cili jeruk.

Habis topik sarapan pagi.

Alang-alang tu,  terus masak lunch sebab husband ajak teman p servis kereta kat Masjid Tanah.
Aku masak sup ayam. Sonang!hahaha

Habis servis kereta, jalan-jalan hingga ke Tg.Bidara.
Angin punyalah kuat. Rasa nak sangkut hammock, terus tido kat situ.hehe

Otw balik, singgah pula MPO.
Husband survey running shoes.
Wide selection juga dkt Nike.
Tapi husband kata nak tengok tempat lain nanti.
Aku masuk Skechers.
Berbunga-bunga hati sebab Go Walk ada dkt sini!
Sekali tu hampa sebab takdak size.huhu




Pukul 6pm barulah gerak balik.
Dapatlah hasil lain utk husband, mak dan abah.hehe
So korang, how's your weekend?

No comments: